Saya ada mendengar bahawa di Malaysia ada 'Akta Hasutan' tapi saya tidak mempelajarinya, kata seorang sahabat dari negara jiran Indonesia. Beliau adalah seorang bekas menteri dizaman Presiden Gus Dur lagi.
Ya ada, tapi saya juga kurang mahir, jawab saya ringkas.
Pagi ini saya mencari-cari, apa tujuan soalan itu ditanya dan saya jawab sendiri, tujuannya adalah kerana di malaysia sekarang ini banyak sangat 'hantu-hantu' yang bertopengkan manusia menghasut supaya negara jadi huruhara, supaya rumahtangga bercerai berai, supaya insituisi keluarga berpecah belah dan perpaduan kaum menjadi tegang. Ini berlaku kerana ada hasutan.
Sebagai contoh, kawan saya dua orang Dato' yang telah ditarik, tidak mungkin beliau melakukan kesalahan penderhakaan kepada KDYMM Tuanku Sultan kerana pada setiap mana mereka itu sentiasa menghadap Tuanku Sultan, tapi tiba-tiba namanya diistiharkan sebagai orang yang ditarik semua gelaran dan bintang.
Logiknya berlaku peristiwa yang demikian bukan kerana mereka berdua itu melakukan kesalahan penderhakaan tapi ada unsur-unsur lain yang boleh diperdebatkan oleh rakyat. Dan tidak mungkin berlaku sekiranya tidak ada lapuran yang berupa menghasut menyebabkan mereka berdua itu ditarik gelarannya.
Rakyat dan saya akan berpuas hati sekiranya ada peruntukan undang-undang yang boleh mendedahkan apakah sebab setiap orang yang telah dianugerahkan gelaran dan ditarik hendaklah diumumkan kepada rakyat. Tapi sayang peruntukan undang-undang begitu tidak ada maka kita tidak akan mendapat tahu apa jenis kesalahan yang mereka lakukan.
Tambahan pula baru-baru ini ada kerabat membuat kenyataan akhbar bahawa KDYMM Tuanku Sultan tidak perkenan anugerah Jaksa Pendamai (JP) yang diberi kepadanya ditarik sepertimana yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
Bertambah kalutlah pemikiran rakyat dan rakyat bertanya apa dah nak jadi. Mungkin kerana isu ini jugalah sahabat saya dari Indonesia itu bertanya pasal 'Akta Hasutan'. dan orang seperti Ahmad Jafri Mohemad adalah mangsa kepada penghasut kerana dihasutlah maka Ahmad Jafri Mohemad yang tidak tahu apa-apa tentang tulisan saya terus membuat lapuran polis. Bodoh lagi Dungu.
Bahayanya mengundang sekiranya sejarah melayu Melaka berulang seperti yang ditulis dalam blog Tun Dr. Mahathir Mohamed kerana dizaman itu dua orang manusia yang bernama Kitol dan Mandeliar masih hidup wataknya sehingga kini. Begitu juga watak Khoja Hasan sebagai lambang 'Penghasut' kini sedang bermaharajalela mencactit nama siapakah akan dijadikan mangsa keserakahan hidup dikalangan puak mereka yang sudah tidak kenal erti dosa.
Ya Allah, Selamatkan Negeri kami dan Usrah D'Raja Kami.
No comments:
Post a Comment