Atas sifat selaku Presiden Majlis Seni Budaya Kelantan (MASK) saya menyokong hasrat Rohani Mat Zain seorang pengiat seni Makyong terkenal di Kelantan mahu bersemuka dengan YAB Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar PAS Kelantan berhubung larangan kesenian tersebut yang terkandung dalam Enakmen hiburan dan kawalan tempat-tempat hiburan 1998 kelantan.
Kata Rohani, persembahan Makyong sekarang sudah tidak ada lagi jampi serampah dan pemujaan bahkan bacaan doa dimulakan sebelum persembahan berlangsung, ini menunjukkan pengiat seni di Kelantan tahu soal ugama, tahu yang mana boleh dan tidak boleh dan tidak masuk akal sekiranya kerajaan Kelantan masih menyekat kegiatan Makyong dari dipertutunkan kepada orang ramai dengan alasan kerana Makyong dilakunkan bercampur diantara lelaki dan perempuan.
Sedangkan hiburan lain yang mana pelakunnya lelaki dan perempuan bersama dapat dipertuntunkan, alasan kerana Makyong bercampur diantara lelaki dan perempuan tidak menjadi asas yang kukuh untuk mengharamkan persembahan Makyong kerana percampuran itu berlaku dimana-mana dalam persembahan hiburan. Kalau tidak pelakun bercampur pun tapi penuntun duduk bercampur dan bercampur juga diantara yang bukan muhrim.
Melihat wayang gambar dan drama ada bercampur diantara pelakun lelaki dan perempuan dan ramai masyarakat malaysia dan kelantan minat melihat Wayang gambar dan Drama sama ada lelaki ataupun perempuan. Kadang-kadang wayang gambar dan drama pelakunnya lebih seksi daripada pemain Makyong.
Oleh itu Kerajaan PAS hendaklah mengkaji semula Enakmen Hiburan yang menyekat kebebasan pengiat seni untuk terus memajukan warisan seni dan kebudayaan yang terdapat di kelantan, jangan kerana hanya untuk melebalkan kerajaan kita baik maka kita menyekat kegemaran dan kemeriahan seni budaya warisan bangsa kita di kelantan.
Betul kata Rohani, jangan jadikan Makyong sepi ditempat sendiri sedangkan ianya dikagumi oleh bangsa-bangsa lain diseluruh dunia. Kalau mahu jadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang betul-betul tidak ada perkara yang melanggar hukum adalah sangat dialu-alukan supaya semua bentuk yang haram dihapuskan dinegeri kelantan termasuklah penumpang kereta sewa yang bukan muhrim tidak dibenarkan menaiki kereta tersebut dan menjadi kesalahan untuk dipenjarakan sekiranya didapati bersama sebagai penumpang ataupun setiap sebuah bas dikhaskan untuk perempuan hanya untuk penumpang perempuan saja dibenarkan naik termasuklah pemandu sekali.
Walau bagimanapun Tok Guru Nik Aziz boleh buat apa saja yang beliau suka kerana Kerajaan itu adalah Kerajaan PAS dibawah pengaruh Tok Guru dan diharap sempena dengan muktamar PAS di Kota Bharu nanti ada perwakilan PAS yang cerdik dapat menegur kebekuan pemikiran Kerajaan PAS di Kelantan berhubung dengan Seni Budaya dan kegiatan seni warisan.
No comments:
Post a Comment