Kenapa takut sangat dengan tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim bahawa ADUN dan MP lompat parti dibayar RM2juta seorang, kenapa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaluddin memberi tempoh 48jam untuk Anwar Ibrahim mendedahkan nama sipenerima wang sogokan itu dan kenapa pemberita RTM seperti orang yang bodoh dan terancak akal memaksa Anwar Ibrahim mendedahkan tuduhan tersebut.
Mendesak Anwar Ibrahim untuk mendedah dan menjawabnya adalah kerja sia-sia kerana tuduhan itu dibuat kepada anakbuahnya, tuduhan itu adalah startegi politik Anwar Ibrahim dan sesiapa yang cuba mencampurinya akan terperangkap. Lihatlah nanti.
Kenapa UMNO perlu menyahut tuduhan Anwar Ibrahim itu sedangkan pada masa yang sama UMNO mengatakan bahaw tuduhan Anwar Ibrahim itu bohong dan hanya sebagai kenyataan politik, jadi dah tahu kenyataan Anwar Ibrahim itu adalah kenyataan politik kenapa UMNO bersusah payah hendak tahu siapakah orangnya yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim itu.
UMNO hendaklah tak usah layan dengan stail politik Anwar Ibrahim itu kerana apabila UMNO melayan dengan sendiri UMNO seperti takut kepada Anwar Ibrahim dan dengan itu UMNO akan terperangkap dengan kelincahan Anwar Ibrahim. Biarlah Zaharin dan Zulkepli Nordin saja yang menjadi bodoh seperti ayam laga, buat apa UMNO nak masuk campur kerana sekiranya UMNO iktiraf orang seperti mereka berdua itu maka darjat UMNO juga akan turun nilainya kerana sudah terang mereka berdua itu adalah manusia yang tidak berperinsip.
Biarkan mereka dari bekas PKR berkelahi sesama mereka, berkelahi diantara wakil rakyat yang ada prinsip dengan yang tidak berperinsip, UMNO hendaklah menjadi penuntun dari jauh dengan melihat kerbau dan kambing bersenandung dengan PKR kerana tidak ada untung kepada UMNO untuk PRU ke 13 nanti sekiranya melayan bekas wakil rakyat PKR itu kerana rakyat sendiri sudah tahu bahawa mereka berdua adalah manusia yang tidak boleh dipegan buku.
sekiranya UMNO melayan mereka nanti akhirnya apabila nafsunya tidak dijaga maka segala tuduhan akan dibuat kepada UMNO seperti mana mereka menuduh Anwar Ibrahim sedangkan kesahihannya belum pasti lagi. Kita bimbang semangkin banyak mereka berdua bercakap pasal Anwar Ibrahim dan menyokong UMNO semangkin ramai rakyat akan membenci kita dan akan bertambah banyak menyokong Anwar Ibrahim.
Percayalah pengikut dua orang 'Z' itu tidak seramai pengikut Anwar Ibrahim, kalau hendak dibandingkan jauh seperti bumi dan langit.
No comments:
Post a Comment