Hari ini UMNO Bahagian Ketereh mengadakan Rumah Terbuka sempena Sambutan Hari Raya di Banggol Kewat, Dataran KADA Kok Lanas. Saya tidak berkesempatan hadir kerana terpaksa hadir di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur atas urusan perbicaraan Taksiran Bayaran yang saya tuntut dengan MARA HOLDING SDN BHD. Kes ini saya dah menang hanya menunggu Mahkamah memutuskan berapakah yang patut MARA HOLDING bayar kepada syarikat saya.
Jat Ketua Cawangan Banggol memberitahu majlis hari raya berjalan dengan sempurna, ramai rakyat yang hadir berbagai jenis manusia, ada yang berhati mulia dan ada yang muka jahat dan biasalah kata Jat, orang yang mulut manis dan jubur masam pun ada. Nak tahu siapakah orang itu boleh telepon Jat 013-9860436.
Mengambil semangat Tan Sri Annuar Musa, walaupun tidak berjawatan tidak menjadi masaalah untuk terus berjuang, ruang ada dimana mana. dan saya akan pastikan UMNO Bahagian Ketereh tidak akan ada tempat bagi orang orang yang mahu memperalatkan parti untuk kepentingan peribadi kalau sungguh kata Tan Sri Annuar Musa, UMNO bukan hak mutlak peribadi seseorang.
Saya ramalkan sekiranya perwakilan UMNO Cawangan Ketereh sedar, maka muka muka yang dikira penjahat dalam bahagian tidak akan terpilih sebagai jawatankuasa UMNO Bahagian bagi tahun 2008/2011. Dan sekiranya ini berlaku maka Tan Sri Annuar Musa akan ada kekuatan baru, kalau tidak prestasi beliau akan menurun kerana ada pakatan diam untuk membuat beliau terkedu dan bosan seterunya akan berihat dari gelangang politik.
6 bulan dari sekarang adalah waktu yang akan menentukan arah tuju kedudukan UMNO Bahagian Ketereh.