Saturday, October 25, 2008

Dikalahkan sebelum bertanding, Kuatkah UMNO?.

Pemilihan pemimpin UMNO di peringkat Bahagian akan menjahnamkan UMNO sekiranya peraturan parti disalahguna oleh urusetia kerana kepentingan puak. Dan inilah banyak yang terjadi sekarang ini. Soal teknikal diambil kira untuk membatalkan cawangan dari menjadi sah, sekiranya cawangan berkenaan tidak berpihak kepada puak urusetia.

Amalan ini berlaku apabila kejahatan menguasai diri puak puak yang ingin menang mudah dan takut kalah, kerana semasa menjadi pemimpin puak puak ini yang mentadbir Bahagian tidak menjalankan tugas dengan baik,maka apabila ada orang yang cuba untuk sama sama menawarkan diri, maka kelam kabutlah. senjata yang ada ialah mematikan cawangan melalui teknikal.

Yang anehnya tahun lalu semua cawangan bijak dan pandai, tak ada satu pun cawangan diambil tindakan kerana salah teknikal, tiba-tiba tahun ini orang orang di cawangan sudah menjadi bodoh, nak menguruskan mesyuarat cawangan pun dah tak pandai, wakil Bahagian pun jadi binggong kelu tak pandai nak nasihat ahli ahli cawangan supaya menjalankan mesyuarat megikut agenda.

Inilah lakunan dan perbuatan manusia yang tidak AMANAH, nak jadi pemimpin ummah, nak bawa perjuangan jihat untuk rakyat jelata, tapi perangainya TUHAN saja yang tahu. Pemantau pula bukan melaikat, pihak pihak yang bijak akan mendapat kemenangan. Inilah lumrah, kalau yang dilawan itu ada pengaruh susah sikit lah. Memang kerajaan yang menang.

Akibatnya akan berlarutan. Yang untungnya parti lawan. yang akan hancurnya UMNO. maka eloklah peraturan digunakan bagi sekadar menentukan keahlian yang sah menghadiri mesyuarat, ahli yang tidak dilarang oleh perlembagaan, Teknikal ciptaan seperti salah isi borang,tak isi borang lapuran bukan sabagai satu perkara yang WAJIB yang menyebabkan cawangan diharamkan atau pencalunan tidak dikira

Jangan kalahkan seseorang calun sebelum bertanding, Tak elok nampaknya dan rakyat boleh baca apa sebenarnya muslihat seseorang itu tak kira mereka itu siapa yang pasti culu akan kelihatan siapa sebenarnya "dia" itu.

Dah terang lagi bersuluh.

No comments: