Monday, October 20, 2008

ZALIM KAH UMNO?

Kejujuran Pak Lah tak usah dipertikaikan lagi. Demi untuk menyelamatkan parti orang melayu yang tersohor dengan ahlinya berugama Islam, beliau ketepikan kesenangan dan lucutkan kuasa untuk melihat orang melayu dan agama Islam akan terus relevan dibumi Malaysia ini.

Berilah peluang kepada Pak Lah membetulkan apa yang tidak betul, berilah peluang kepada Pak Lah menyusun gerak kerja bagi memperkemaskan jentera parti dan kerajaan. Beliau telah tunaikan tuntutan akar umbi, beliau telah menyerahkan dengan tertib peralihan kuasa, yang dapat tempat tetap mendapatnya dengan kehendak ilahi.

Tun Mahathir keterlaluan apabila mendesak supaya orang orang yang digambarkan menyokong Pak Lah tidak diberi tempat dalam sah kempimpinan UMNO, nampaknya Tun Mahatihir mengunakankan hak demokerasi untuk menyingkirkan menantu Pak Lah dari diberi tempat dalam sah kepimpinan pemuda UMNO dengan membiarkan anaknya bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Tun sendiri lupa bahawa beliau telah mematikan demokerasi dalam UMNO Negeri Kelantan disatu masa dulu dengan membelangkan semangat demokerasi apabila beliau mempengaruhi ahli Majlis Tertinggi supaya di Kelantan tidak diadakan pemilihan diperingkat Bahagian yang mana beliau hanya melantik dengan telunjuk siapa Ketua Bahagian yang setia kepada beliau untuk menjadi Ketua Bahagian.

Tun telah mencemarkan demokerasi dalam UMNO apabila berkuasa, hari ini beliau sekali lagi cuba meletupkan suasana yang tidak baik dalam UMNO dari luar. Dizaman Tun Mahathir juga UMNO di haramkan. Saya lah diwaktu itu menjadi kuli kepada UMNO beroperasi ditingkat 8, Bangunan UMNO sama sama menghidupkan UMNO Baru dengan berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur tiap tiap minggu tanpa dapat gaji dan upah, semuanya FREE kerana bersemangat untuk UMNO.

Hari ini UMNO telah menghina saya.
Ikuti surat terbuka saya nanti.

No comments: