Mingguan Malaysia hari ini (19hb. Oktober 2008) mempaparkan wawancara dari dua tokoh politik kelantan, satu Tan Sri Annuar Musa dan satu Tan Sri Tengku Ahmad Ritahaudeen. Kedua duanya berhubung dengan UMNO. Annuar Musa dengan tajuk besarnya 'BERBAKTI TANPA JAWATAN' dan Tengku Ritahaudeen dengan tajuk 'TIADA KES PILIH KASIH'. kedua-dua wawancara ini di tulis oleh penulis terkenal iaitu sdr ZULKIFLEE BAKAR.
Tan Sri Annuar Musa berkata, Ukuran bagi orang politik bukan semata-mata kepada jawatan yang dipegang tapi kepada apa yang diperjuangkan, maka beliau mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis tertinggi dan tidak juga akan menawarkan diri sebagai calun Naib Presiden walaupun untuk mendapat cukup pencalunan tidak menjadi masaalah kepada beliau.
Dan apabila wartawan bertanya, Apa sebenarnya yang benar benar merisaukan Tan Sri sehingga mendorong membuat keputusan ini, beliau menjawab, Kerisauan saya banyak, ini termasuklah saya melihat Puteri UMNO sudah menjadi semakin lemah. Ada pula Ketua Bahagian berhasrat bertanding diperingkat pusat tetapi di Bahagian sendiri tinggal dua cawangan saja. Walaupun keadaan begitu serius tetapi mereka masih mengejar jawatan.
Hal mengejar jawatan inilah yang menjadi topik yang paling baik untuk direnong. Ada orang pegang jawatan dengan tak buat apa-apa masih lagi mahu pertahankan. Enjoy dengan jawatan tapi telopong tak buat apa apa hanya nanti orang suruh baru nak bergerak.
Ada orang baru dua hari naik pangkat, dah nak bertanding jawatan MT, taukeh pun dirempoh, cermin dilanggar sehingga pecah dah tak boleh menilik lagi, maka tak tahulah nak tengok rambut, keras atau licin.
Tapi yang saya nak pertikaikan sedikit yang Tan Sri Annuar Musa kata bahawa ukuran bagi orang politik bukan semata-mata kepada jawatan yang dipegang tetapi kepada apa yang diperjuangkan, ayat itu sudah ketinggalan zaman.Orang sekarang dah tak pikir soal perjuangan, soal budi dan soal kesetiaan. Orang sekarang pikir, siapa kamu, ada pangkat kah, ada jawatan besar kah, ada wang kah, tapi kalau semuanya tak ada, harapkan kepada semangat dan perjuangan, jawabnya kosong, tak ada siapa nak peduli.
Itu lumrah hari ini. Orang yang ada pangkat dan kuasa disanjung, tengok macam Timbalan Presiden MCA,walau pun terlibat dalam perkara yang tak bermoral, dah dikeliling penyokongnya, entah entah kalau pemimpin UMNO takut pada MCA beliau dilantik sebagai menteri pula. minta jauh lah.
Dan Ku Deen berkata dalam UMNO tak ada Kes Pilih Kasih, kita tunggulah betul ke begitu?.
No comments:
Post a Comment