Thursday, October 23, 2008

Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO untuk siapa sebenarnya?.

Perlembagaan Parti UMNO dan tindakan displin adalah dua perkara yang berbedza, Dalam Perlembagaan jelas mengatakan Perkara 28.13: seseorang yang dikenakan tindakan di bawah Akta Pertubuhan atau diisytiharkan MUFLIS oleh mahkamah tidak dibenarkan bertanding untuk sebarang jawatan.

Perkara 28.14: Seseorang ahli yang jawatannya lucut kerana diisythar MUFLIS oleh mahkamah TIDAK BOLEH MEMEGANG JAWATANNYA kembali sehingga pemilihan akan datang walaupun kesnya selesai.

Manakala Tataetika Ahli UMNO merupakan peraturan yang dibuat oleh parti untuk mendisplinkan ahli ahli. Tujuannya adalah untuk membenteras segala bentuk penyelewangan, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif ysng boleh melemahkan parti. Perkara yang berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO ini terkandung didalam FASAL 20.12 Perlembagaan UMNO.

Dalam perkara 8.1 panduan Tataetika Ahli UMNO ada menyatakan:-

Ahli-ahli perti yang memegang jawatan dalam parti adalah dilarang sama sekali daripada menyalahgunakan apa jua kuasa atau apa apa yang bersamaan dengannya yang ada pada mereka bagi tujuan persendirian didalam menjalankan peraturan parti dan hendaklah sentiasa menjalankan dasar dasar parti.

Merujuk kepada contoh dalam klausa (g) tataetika Ahli UMNO tersebut adalah salah dari segi Etika dan Displin UMNO jika ahli gagal memberitahu Majlis Tertinggi sekiranya beliau telah jatuh MUFLIS atau gugur jawatan. (apa tindakanya)

Bagi ahli ahli yang telah melanggar peraturan Perlembagaan atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan hukuman dibawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO yang akan dikenakan oleh Majlis Tertinggi berdasarkan kuasa yang ada melalui Fasal 20 Perlembagaan UMNO.

Terang dan jelas yang tertulis, tapi yang tersiratnya masih ada ahli ahli UMNO tidak mematuhi perlembagaan atau sengaja dilindungi.

Hubaya hubaya lah. Signal untuk satu Bahagian di Kelantan,

No comments: