Monday, June 8, 2009

KEADILAN untuk semua !

Yang ku lihat semasa di Kelantan Manohara segar, riang ria, makan pelahat, belajar kereta, hadir disemua majlis rasmi, bergurau, bercakap dengan tetamu termasuk orang-orang besar dan ternama dan apabila ditanya dijawabnya dengan berhalus dan lembut bahawa dia suka berada di Kelantan.

Selepas 12jam berada bersama ibunya Dasy Fajarian di Hotel Plaza Singapore dan setelah menjejak kaki di Indonesia, Manohara terus ke MEDIA dengan tidak ada perasaan malu dan segan menghina suaminya Tengku Temenggong (TT). Semuanya mendapat liputan meluas dari media Indonesia. Tuduhan tanpa bukti dan berunsur FITNAH itu rupa-rupanya menjadi berita menarik dan utama.

Sudah lebih satu minggu Manohara berada di Indonesia, dalam jangka masa itu Manohara sempat menyanyi, menari dan menghadiri majlis sosial termasuklah 'Live Show' untuk menghina TT, mengaibkan suaminya yang telah memberi kemewahan dan keselesaan hidup kepadanya dan keluarganya. Manohara tidak ke Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk membuat lapuran seperti yang diceritakan kepada masyarakat bahawa beliau telah di calar-calar dengan siksa di dadanya, bahawa dia telah di Sterika didahi dan tengkoknya, bahawa dia telah di tenyeh dengan api rokok cigar didahinya, bahawa dia telah disuntik humor sehingga muntah berdarah. Sepatutnya Manohara terus ke Doctor untuk mendapat pengesahan penyiksaan itu sebagai barang bukti bagi mendakwa TT.

Tapi Manohara tidak bertindak demikian, bahkan Manohara sibut melayan orang-orang yang memujanya termasuk pengacara muda yang akan memberi khidmat secara percuma, orang sakit yang tidak perlu doctor dan orang yang dapat penderaan tidak perlu tindakan polis, cukup mencurigakan?.

Manohara cukup berani orangnya, walaupun dalam usia muda (17tahun 4bulan) telah sanggup dan bersedia menerima kecaman dan tindakan undang-undang, sanggup membuat tuduhan palsu terhadap suaminya dan menuduh pejabat Kedutaan INDONESIA di Malaysia terima RASUAH. Berani 'bodoh' itu tentunya akan memakan diri kerana kecantikan yang beliau miliki itu tidak akan kekal sampai ke tua dan kecanikan itu juga yang menjadi modal untuk beliau berani bercakap bohong.

TT akan meneruskan niatnya untuk membawa Manohara ke pengadilan diatas tuduhan PALSU dan FITNAH yang telah diucapkan oleh Manohara dan Dasy Fajarina terhadapnya melalui TV dan Suratkabar, urusan pengadilan akan dibuat setelah semua bukti disusun oleh peguam/pengacara yang telah dilantik olehnya. Tindakan ini diambil kerana waktu 7 hari yang TT beri kepada Manohara dan Dasy Fajarina untuk memohon maaf secara terbuka tidak dilaksanakan oleh mereka berdua itu.

Isu ini akan terus menarik setelah janji saya untuk membongkarkan kisah siapa sebenarnya Dasy Fajarina dan sikap Manohara yang demikian sehingga TT di FITNAH dan disebalik tuntutan-tuntutan perdamaian setelah Manohara dikaburkan dari Singapore Oktober 2008 lalu.

Apa yang berlaku di Indonesia dari bulan Oktober 2008 hingga bulan Februari 2009 dan apa yang berlaku di Madinah dan Mekkah serta apa yang dinikmati oleh Manohara semasa berada di Kelantan pada bulan Mac 2009 hingga dia dizinkan pulang ke Jakarta mengikuti ibunya pada 31hb. Mei 2009. Semuanya dalam "PENDEDAHAN SAYA" yang tersirat dan tersurat MANOHARA ANAK SIAPA?

No comments: