Perpaduan Melayu kini terasa lega, apabila ada suara dari parti-parti Melayu mulai berbisik untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Tidak mustahil sejarah yang dicipta oleh Tun Abdul Razak akan berulang lagi. Langkah-langkah kearah itu boleh disusun, PAS telah membuka jalan dan diharap UMNO tidak melepaskan peluang.
Kerja mudah jangan diperpayahkan, kemelut politik Melayu harus diharmonikan, apabila ada suara keinsafan teruskanlah dengan berkasih sayang, jangan pula kerana ingin mencari keuntungan kedamaian diabaikan yang akibatnya negara jadi milik orang.
Berbagilah harta seperti harta sepencarian, tolak, bagi, campur biarlah adil dan seksama supaya orang lain jangan ambil kesempatan, negara kita adalah hak kita. Maju mundurnya bangsa kita terletak diatas kebijksanaan pemimpin kita, hari ini telah terbuka ruang antara PAS dan UMNO tidak untuk terus bersengketa.
Mudah-mudahan usaha pemimpin diantara kedua puak akan memenangkan bangsa kita, lihatlah nanti apa akan adakah kerjasama, maka pilihanraya kecil Manik Urai akan jadi pengukurnya.
No comments:
Post a Comment