Dato' Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan Kelantan bersetuju supaya Menteri Besar Dato' Nik Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak bagi membuat tuntutan kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak sebanyak RM1 billion.
Husam berkata Kelantan mulai menjadi negeri pengeluar minyak sejak tahun 2004 dengan anggaran pengeluaran petroleum di kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 billion. Dan tuntutan sebanyak RM1 billion itu adalah tunggukkan sejak tahun 2004.
Pada saya tentu kerajaan pusat tidak akan melayani tuntutan kerajaan kelantan itu, kerana kerajaan kelantan di perintah oleh PAS, apatah lagi dengan memberi wang tunai sebanyak RM1 billion kepada musuh politik, tidak akan terjadi sama sekali, kecuali Nik Aziz bersetuju dengan Nasaruddin Isa bahawa perbincangan kearah menwujudkan kerajaan perpaduan akan diteruskan diantara PAS dan UMNO.
Apabila ada kerajaan perpaduan, maka ujudlah kedamaian politik orang melayu, dengan itu penyusunan bagi meningkat pembangunan negeri kelantan boleh bermula, bukan saja wang royolti RM1 billion akan melimpah ke kelantan bahkan banyak lagi projek raksasa akan dilaburkan kerana kelantan itu sendiri melambangkan negeri melayu yang terkenal dengan 'serambi mekkah'.
Usaha genarasi kini untuk melihat kelantan terus membangun secara realiti tidak akan kesampaian selagi kelantan di perintah oleh PAS dan pusat di perintah oleh UMNO/BN. Kelntan akan membangun dengan gahnya sekira UMNO dapat memerintah kelantan dan pusat juga di perintah oleh UMNO atau kelantan di perintah oleh PAS dan pusat di perintah oleh kerajaan di perintah oleh Pakatan Rakyat (PR). Dalam politik serba mungkin.
Jalan yang pintas yang boleh membangunkan kelantan adalah jalan yang diwar-warkan oleh Haji Hadi dan Nasaruddin Isa, itu pun kalau ikhlas dan dalam politk nampaknya keikhlasan itu jadi no 2, kepentingan adalah no 1. Sama ada PAS dan UMNO semuanya mahu cari untung dan dalam merealisasikan agenda kerajaan perpaduan nanti siapa yang untung, kalau pemimpin mahu melihat rakyat yang untung tentu hasrat itu akan menjadi kenyataan, sekiranya gagal, jelas pemimpin kedua-dua parti tidak mahu rakyat yang mendapat nikmat.
Dalam hal ini sekiranya penubuhan kerajaan perpaduan tidak wujud, PAS lah yang tidak ikhlas kerana hanya bercakap sebagai retorik tapi tidak ada usaha secara bersungguh-sungguh kearah itu walaupun Dato' Najib berkata sudah nampak PAS itu ikhlas. UMNO pula akan dianggap sombong kerana gagal berunding dengan PAS sedangkan PAS sudah membuat tawaran secara terbuka. Dalam hal ini PAS sedang menunggu jemputan UMNO dan adalah amat malang sekiranya UMNO masih tidak mengambil tindakan susulan kerana masih dengan egonya.
Kerajaan pusat diminta tidak terus menolak permintaan kerajaan negeri untuk mendapat royalti minyak itu, walau pun tidak boleh diberi wang secara tunai adalah lebih baik mencari satu keadah supaya rakyat negeri kelantan juga dapat menikmati hasil yang terdapat di negeri kelantan. Adillah dalam mencuri rezeki dunia.
No comments:
Post a Comment