Tuesday, June 16, 2009

nafsu kuat, tenaga kurang !

Kemurungan jelas terlihat diwajah ahli UMNO terutamanya ahli-ahli UMNO didalam Bahagian Kuala Krai menjelang Pilihanraya kecil DUN Manik Urai yang akan berlangsung pada bulan Julai 2009 nanti.

UMNO yang dianggap boleh menang dalam pilihanraya kecil nanti agak kucar kacir kerana masaalah pemilihan calun telah menyekat kemeriahan berpesta untuk merainkan kemenagan dengan mudah. Ini ekoran ada beberapa orang yang bertindak tidak ikhlas terhadap perjuangan kerana mementingkan diri dan puak.

Dato' Ramzi Ab.Rahman selaku Ketua UMNO Bahagian tidak diberi hak yang mutlak untuk memilih calun yang dapat diadunkan dengan selera ahli UMNO, pengundi dan penyokong. Dalam Bahagian Kuala Krai tanggongjawab hendaklah diletak sepenohnya kepada beliau supaya gerak kerja yang mantap dapat diaturkan semuga perjalanan merintis kejayaan dapat diterjemahkan dengan kemenangan.

Kehadiran Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Perdana Menteri pada hari Jumaat nanti (19hb. June 2009) tidak banyak boleh membantu sekiranya ahli-ahli UMNO di Kuala Krai sendiri masih bersikap lepas tangan kerana masing-masing menunggu siapa calun yang akan diletakkan nanti. Inilah yang melemahkan kekuatan yang ada pada UMNO. Nafsu kuat tapi tenaga kurang.

Sembelih lembu dan adakan jamuan raksaksa bagi menyambut kehadiran Tan Sri Muhyiddin ke Manik Urai tidak merubahkan sokongan rakyat kepada parti PAS, tapi mendampingi rakyat secara sederhana tanpa menunjukkan keegoaan sedikit sebanyak boleh membantu memikat rakyat menyokong UMNO.

Tan Sri Muhyiddin hendaklah nasihati Jabatan Pendidikan Kelantan, Jabatan Pembangunan Kelantan (JPP) dan UMNO Kelantan supaya mematuhi nasihat YAB Dato' Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya tidak ada jamuan besar-besaran bagi merainkan lawatan pemimpin.

No comments: