Runtuhnya Stadium Trengganu yang dibina tahun lalu, banyak menjadi tandatanya. Nasib baik keruntuhan itu tidak berlaku semasa berlangsungnya pertandingan bolasepak, mujurlah tidak waktu pembesar negeri berada disitu, mujurlah tidak berlaku semasa adanya persembahan yang dihidangkan dengan hiburan.Mujurlah Ahmad Said tidak berada disitu.
Kalau diwaktu runtuhnya itu Ahmad Said berada disitu maka nacam-macam andaian isu akan dicipta, tentunya terlintas difikiran anda apa pihak-pihak yang tak suka kepada Idris Jusoh akan kaitkan dengan keruntuhan stadium itu, apa pula PAS akan komen, PKR dan parti pembangkan lain akan bersuara.
SPRM sebuah badan yang berwibawa sudah tentu akan mencari punca dari sudut pandangan jabatannya, mereka yang didapati terlibat sehingga runtuhnya stadium itu akan dikejar dan kepada mereka yang mendapat nikmat hasil terbinanya stadium itu harus bertanggongjawab dan akan akur kepada undang-undang.
Jangan pula dengan runtuhnya stadium yang dibina semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasionlal itu akan terbawa-bawa sehingga runtuhnya sebuah kerajaan dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti, kerana ditrengganu sekarang ini semuanya rapuh, politik UMNO pun rapuh dan kerapuhan itulah menunggu keruntuhan.
No comments:
Post a Comment