Monday, June 22, 2009

PELIK tapi BENAR

Bukit yang diwar-war oleh pihak Manohara dan Desy Fajarina berhubung dengan tuduhan PALSU terhadap YAM Tengku Temenggong Kelantan adalah berupa foto-foto dari handphone BB yang diambil selepas dikatakan dia disakiti dan pemeriksaan Visum oleh seorang doctor forensik didalam bilik hotel dan di hospital.

Bukti berhubung dengan foto dinyatakan oleh seorang yang dimahir dalam bidang tersebut iaitu ROY SURYO, yang mana dia telah melihat foto-foto yang telah ditunjukkan oleh Desy Fajarina dan Manohara. Roy Suryo mengatakan foto itu tulin dan tidak ada siapa yang menafikan, saya juga setuju bahawa foto itu tulin hanya yang kita mahu tahu adakah foto itu dapat membuktikan bahawa kejadian mulai 10 mac awalnya ia luka-luka ditangan memang dilakukan oleh TT.

Mengikut Roy Suryo lagi, sendutan di kepala terjadi pada 5hb. April, kalau bekas luka yang terjadi disekitar dada diambil 25hb. - 29hb April, sedangkan Manohara pakai kaos merah pada 29hb. April. Itulah penjelasan pakar dalam menganalisa foto-foto yang diserahkan oleh Desy Fajarina dan Manohara.

Maka pihak peguam/pengacara yang mewakili Manohara mengancam untuk mendakwa Roy Suryo kerana mengedarkan gambar atau foto-foto Manohara kepada media, sedangkan para peguam/pengacara berahi benar untuk mendedahkan semua perkara kepada media untuk mencari publisiti murahan. Apa muslihat para peguam/pengacara mereka itu atau ada perkara yang hendak disembunyikan kerana bukti foto itu boleh memakan diri?.

Bukti Visum juga boleh membuat saya ketawa, walau pun seorang doctor ahli forensik yang tersohor di Indonesia telah melihat tubuh Manohara iaitu MUN'IN IDRIS didalam bilik hotel bersama peguam/pengacara 'HOTMAN' sudah diistihar bahawa pemeriksaan Visum sudah dibuat, apakah pemeriksaan bahan bukti hanya boleh dilakukan didalam bilik hotel, bukti apa yang sebenarnya dilakukan didalam bilik hotel, pelikkan.

Setelah didesak maka Visum kali kedua diadakan dan dilapurkan bahawa "Namun bedanya Visum kali ini tidak berlangsung diruang Unit Gawat Darurat (UGD) yang tersedia ruang Visum tapi Visum berlangsung disebuah kamar yang biasanya diguna untuk memvisum MAYAT". sekali lagi saya ketawa dan kali ini ketawa besar sampai muntah-muntah, tapi tidak muntah berdarah seperti yang di rekayasa oleh Manohara.

Inilah dua perkara yang patut kita semua bincang dan kalau diamat-amati maka terlahirlah kisah sebenar disebalik Penipuan dan Pendustaan Desy Fajarina dan Manohara manakala Roy Suryo yang berkata benar hendak didakwa oleh Desy Fajarina dan Manohara mungkin selepas ini Mun'in Idris juga akan didakwa seperti Desy dan Manohara mendakwa saya dan isteri saya hanya kerana pulang dari umrah bersama TT dan Isterinya Manohara.

Banyak lagi kisah menarik dan lucu tentang orang biasa yang tak mengenang budi dan mendapat gelaran 'CIK PUAN TEMENGGONG' kerana dipunggut oleh TT.

No comments: