Apabila manusia TIPU TUHAN seperti Dasy Fajarina, maka apa lagi bahasa yang hendak dipakai untuk disamakan dengan manusia itu. Apabila anak turut serta berbohong dihadapan rumah ALLAH, apa perkara yang harus disamakan dengan perbuatan yang terkutuk itu. Apabila Isteri menfitnah suami kerana marah tiap-tiap pagi dikejut untuk sembahyang subuh, apa jenis manusia seperti itu.
Inilah kisah menarik yang saya mahu paparkan untuk diberi perhatian oleh semua peminat berhubung dengan cerita fitnah yang direkayasa oleh manusia yang diberi nama Dasy Fajarina dan bagaimana Tengku Temenggong sayang terhadap isterinya.
Cerita di media Indonesia mengatakan bahawa Manoharo berjaya melarikan diri daripada suaminya Tengku Temenggong itu adalah tidak benar, sebenarnya TT mengizinkan Manohara ikut ibunya untuk pulang ke Jakarta tanpa dihalang, dalam erti kata TT memberi pilihan kepada Manohara dan apabila Manohara memilih untuk ikut ibunya pulang TT menyerahkan semua barang kepunyaan Manohara untuk dibawa pulang.
Dalam pertemuan antara Manohara dan ibunya di tingkat 3, Hotel Royal Plaza dalam bilik 314 selama 6 jam, Manohara membuat keputusan untuk meninggalkan suaminya TT, Manohara pergi begitu saja tanpa bertemu dengan TT dan Tuanku Raja Perempuan Kelantan. Egonya Manohara tidak bertempat, Tuanku Raja yang selalu membelai Manohara dan dianggapnya seperti anak sendiri rasa sedikit terkilan kerana Manohara meninggalkan Hotel tanpa bertemu untuk sekurang-kurangnya menghormati kepada orang yang telah memberi madu kepadanya, tapi apa yang terjadi Manohara membalas dengan memberi racun.
Bukan saja tidak menghormati adat tapi ditambahkan lagi dengan fitnah dan kata nesta, Manohara menuduh TT mencederakannya dengan strike di dahi, mencedera buah dada dengan mencalar-calar didada, dipaksanya senyum apabila di acara keramaian, kalau tidak senyum apabila pulang kerumah akan dipukul dan dikurung, tubuhnya di suntik dengan humor dalam tiga hari sekali untuk menenangkan fikiran, diberi gaji rm3000 sebulan sebagai pembuat kueh dan dikejut setiap dinihari untuk sembahyang subuh sedangkan dia malas untuk bangun.
MasyaAllah, jahatnya TT, tidak berperikemanusia sehingga sanggup mendera isterinya sendiri, inilah anggapan rakyat Indonesia terhadap TT, inilah jalur fitnah yang dicipta oleh Dasy dan Manohara dan fitnah ini berjaya memakan otak rakyat Indonesia yang bodoh sehingga membawa isu ini dibincang oleh pemerintah Indonesia dan Malaysia. Orang jahat sememangnya lincah, Dasy teramat lincah sehingga boleh melalaikan pemerintah Indonesia dari menghukum rakyatnya yang bernama Dasy Fajarina yang terbukti kejahatan oleh Kerajaan Perancis terhadap kesalahan penyeksaan yang dilakukan kepada pembantu rumah yang bernama SALIHAH juga rakyat Indonesia. Mahkamah di Perancis menjatuhkan hukuman 18bulan penjara terhadap Dasy dan sekali lagi atas kelincahannya, dia kabur melarikan diri di Jakarta. Bebaslah Dasy dari masuk penjara sehingga hari ini.
Dan diatas kelincahan itu juga Dasy sempat bertemu Tengku Temenggong dan mendorong anaknya Manohara untuk mencuri hati TT dan akhirnya atas cinta sama cinta TT dan Manohara dikahwinkan mengikut hukum Islam kerana TT beragama Islam. Kedamaiannya tidak lama kerana soal wang dan harta Dasy sekali lagi menggunakan kepakaran kelincahannya melarikan Manohara ke Jakarta dan menuntut supaya dibelikan Kereta, Apartment dan mengadakan pesta perkahwinan secara besar besaran barulah Manohara boleh ke Kelantan mengikut suaminya TT.
Dalam urusan untuk menyatukan TT dan Manohara supaya masjid yang mereka berdua bina tidak runtuh saya beberapa kali ke Jakarta untuk memujuk Manohara supaya pulang ke pangkuan suaminya, setiap kali saya bertemua Manohara saya bertanya adakah dia masih cinta kepada TT dan jawab Manohara kalau dia tidak sayang kepada TT dia sudah minta cerai dan dia juga berkata bahawa TT adalah suami dia yang pertama dan terakhir. Tapi dalam baik Dasy selalu menipu saya. setiap kali janji untuk mereka datang ke Kelantan dan apabila sampai waktunya ada saja alasan yang Dasy beri untuk tidak mahu ke Kelantan, saya kira saya ditipu oleh Desy kerana kelincahannya sebanyak tujuh (7) kali. Itulah yang menyebabkan saya kata orang yang JAHAT itu lincah.
Manohara lagi jahat dari Dasy sekiranya kata-kata dan tuduhan yang dia lemparkan kepada TT itu datangnya dari lubuk hatinya sendiri, ini kerana TT dan Manohara telah bersumpah didepan kaabah bahawa mereka akan sehidup semati, sayang antara satu sama lain, dan kata kata itu dinyatakan kepada saya oleh mereka berdua selepas mereka selesaikan mengerja umrah.
Banyak lagi cerita yang mendebarkan dan berdiri bulu roma, tapi cukuplah disini dulu untuk dihayati bersama, apakah benar TT itu yang jahat, atau Dasy yang kepala jahat atau Manohara sebenarnya budak jahat. Semua orang boleh membuat tuduhan tapi tuduhan hendaklah disertakan dengan bukti, tuduhan tanpa bukti tidak boleh diterima pakai kerana ia adalah bersifat Fitnah. Dan dalam hal ini sehingga sekarang Manohara dan Dasy tidak dapat menunjukkan bukti dan ini membuktikan bahawa Dasy dan Manohara adalah pembuat fitnah.
Kalau TUHAN mereka sanggup tipu, apa lagi kita manusia yang dijadikan Tuhan, awaslah supaya kita tidak terjebak dalam kelincahan Dasy untuk mempermalukan rakyat Indonesia kerana diatas kelincahan Dasy. George Mann bapa kepada Manohara tidak dapat melihat wajah anaknya selama 15 tahun dan kerana kelincahannya dan juga SALIHAH truma apabila mendengar nama Dasy Fajarina kerana takut rambutnya di cukur botok sehingga kepala berdarah, alat sulit dicucuk dengan besi, tubuhnya dipukul dengan penyakut baju sehingga kulitnya hancur. Itulah apa yang ku dengar.
Jadinya kerana beliau pernah melakukan kejahatan dan penyeksaan, maka dihala pula tuduhan kepada TT dan bagi memperkuatkan tuduhannya tanpa bukti maka digunakan suara dan wajah anaknya untuk menyokong tuduhan itu, anak yang takut yang pernah melihat keganasan ibunya terpaksa akar untuk membaca skrip ibunya atau anak memang dirasuk supaya membenci TT kerana hajat untuk memperalat TT tidak kesampaian.
Jangan tipu TUHAN.
No comments:
Post a Comment