Jawab jangan tak jawab?
Soalan:-
1. Siapa yang sebenarnya membuat spekulasi?
2. Siapa sebenarnya yang tidak memberi peluang kepada keluarga diraja menyelesaikan apa jua masalah keluarga
3. Siapa yang dimaksudkan dengan pemimpin itu?
4. Dimanakah fakta yang tidak betul yang ditulis dalam blog
5. Siapakah Tengku Penglima Raja sebelum daripada ini?
6. Kenapa hanya merasa terharu dengan pihak yang mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan dan Pemangku Raja Kelantan saja tidak termasuk Raja Perempuan Kelantan dan Usrah D'Raja yang lain. Mengapa?
7. Apa sebenarnya yang hendak diberitahu oleh Pengelola.
Harakahdaily
KOTA BHARU, 3 Jun: Pejabat Istana Diraja Kelantan merakamkan penghargaan sambil berharap tidak ada pihak yang membuat sebarang spekulasi berkaitan hal ehwal istana Kelantan.
Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, berilah peluang kepada keluarga diraja menyelesaikan apa juga masalah keluarga dengan cara yang diperuntukkan undang-undang.“Setiap dari kita dilahirkan sebagai pemimpin.
Pimpinlah dan kawallah orang di bawah pimpinan kita ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah swt.”Kita akan diadili oleh masyarakat di dunia ini dan oleh Allah swt di akhirat kelak. Marilah kita berdoa agar setiap daripada kita ditempatkan bersama insan yang soleh di akhirat kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak media yang memberi kerjasama pada saat-saat yang memerlukan perhatian ikhlas dari semua pihak.Menurutnya sedikit sebanyak berita yang disiarkan dapat membetulkan fakta tidak betul disebarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui kertas layang dan blog.”Saya merasa terharu dengan pihak yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan dan Pemangku Raja Kelantan,” katanya.
Abdul Halim juga berkata, semalam berlangsung majlis pengurniaan gelaran kebesaran negeri, Tengku Panglima Raja di Istana Negeri Kubang Kerian yang disempurnakan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.Katanya, baginda telah mengurniakan gelaran kebesaran negeri kepada Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang membawa gelaran Tengku Panglima Raja Kelantan.
Kata beliau gelaran tersebut berdasar kepada Perkara 43(1), Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian kedua.Perkara 44(1) perlembagaan yang sama pula menyebut baginda ada hak untuk mengurniakan gelaran Tengku Bendahara atau Tengku Temenggung atau Tengku Laksamana atau Tengku Panglima kepada mana-mana kerabat lelaki.”
Tengku Mohamad Rizam merupakan ahli Majlis Perajaan Negeri dan banyak berjasa kepada institusi kesultanan Kelantan.”Beliau yang kini bertugas sebagai pegawai kanan sebuah bank merupakan anakanda sulung kepada Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah dan cucu sulung kepada Almarhum Sultan Yahya Petra,” katanya.
4 comments:
Askum....bg saya yg cetek pengetahuan ni saya tak nampak apa janggalnya atau apa yg tak kena nya bila Pemangku Raja Kelantan (PRK) anugerahkan gelaran berkenaan kpd sepupunya itu..... dan merangkap sepupu bondanya juga......
Cuma saya nampak dlm hal ni seolah jarum & benang tak sekait...itu sj....Tg Rizam dlm 'group' lain manakala ayahanda Tg Rizam dlm 'group' lain....
Kan elok kalau en. soberi berterus terang saja menyatakan apa sebenarnya ketidak puasan hati drpd dok berkias2 gini....
Chek Sobri, aku kenal mu ni sapa,
anak Pakdo Sepien. Aku nak royat ko mu dalam hal kerabat diraja kelate tu mu jange masuk sebelah mana-mana pihak la sebab mereka tu adik beradik dan mak denagn anak, kalu mu masuk sebelah TT SEKALI PUN SEKSOK KALU MEREKA ANAK BERANAK BERBAIK SEMULA MU JUGA HAK TERSENGEH-SENGEH MACAM MONYET NYA
reggie.
Aku tak kenal kamu kerana kamu tidak tunjukkan siapa kamu sebenarnya. Orang macam kamu ni sebenaranya tidak bermoral, mengatakan orang apa yang kamu rasa
dihati JAHAT mu.
Untuk maklumanan mu aku tidak pernah campur dalam kemelut Istana Kelantan, tapi apa yang cuba aku gambarkan kerana ada orang seperti Halim Hamat lah maka kekalutan terus berlaku dalam Istana Kelantan. Harap kamu jujur dan tampillah secara jantan dan tunjuklah muka kamu itu huduh ataupun handsome. Salam.
Post a Comment