Talihayat BN di Parlimen Jeli dan DUN Kok Lanas akan putus dalam piliharaya umum ke 13 nanti sekiranya undi pos ditukar kepada undi biasa, karung-karung yang selalu jadi mistri apabila sampai saat mengira undi yang selalunya berpihak kepada BN akan terjadi sebaliknya.
Jika ini terjadi nampaknya BN Kelantan akan hilang satu lagi kerusi Parlimen dan hanya akan tinggal satu saja kerusi Parlimen daripada 14 kerusi di Kelantan itu pun sekiranya YBM Tengku Razaleigh Hamzah masih dikekalkan calun BN bagi Parlimen Gua Musang.
Pakatan Rakyat Kelantan nampaknya sedang berusaha supaya kerusi Parlimen Gua Musang akan dapat ditawan dengan harapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak lagi bertanding atas tiket BN, tidak mustahil dalam pilihanraya umum ke 13 nanti YBM Tengku Razaleigh tidak akan bertanding atas tiket BN ataupun bersara dari politik dan sekiranya ini berlaku agak payahlah BN hendak mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang.
Sekiranya kerusi Parlimen Gua Musang juga tidak dapat dipertahankan oleh BN maka jawabnya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kesemua kerusi Parlimen akan dimonopoli oleh Pakatan Rakyat di Kelantan. Ini akan terjadi apabila kita melihat dari dekat kegelisahan ahli-ahli UMNO di Kelantan yang masih mengharapkan perubahan berlaku dalam UMNO tapi terus dikecewakan oleh Majlis Tertinggi UMNO apabila Dato' Sri Najib mengumumkan pemilihan pemimpin ditangguhkan selama 18 bulan lagi.
Dengan penangguhan pemilihan dalam UMNO itu tentunya dalam pilihanraya yang akan datang muka-muka lama lagi lah yang akan menjadi calun, kalau berubah pun saya kira tak sampai 10% kerana dalam politik UMNO Kelantan tidak ada sesiapa yang berani 'engkar' kehendak Ketua Bahagian dan tentunya Ketua Bahagian akan menamakan kroni-kroninya saja sebagai calun pilihanraya nanti.
Selalunya calun dalam pilihanraya dicadang dan disokong oleh Ketua Bahagian yang mana orang itu dipilih dikalangan kroni-kroninya saja walaupun ahli diakar umbi tidak menyukainya. Inilah yang selalu terjadi dan akan terus terjadi di Kelantan kerana keseluruhan Ketua Bahagian tahu kehendak mereka tidak akan diubah oleh pucuk pimpinan UMNO sama ada diperingkat negeri atau pun pusat.
Saya mendahului rakan-rakan dalam UMNO keluar parti kerana saya tidak mahu kecewa dan dikecewakan. Ramai ahli UMNO seperti saya tapi tidak keluar parti kerana sebab sebab tertentu tapi hati dan perasaan mereka telah bertekad untuk mengajar pemimpin dengan tidak mengundi BN dalam pilihanraya.
Ini akan berlaku bukan saja di Kelantan bahkan diseluruh Malaysia, itulah sebabnya hanya 55 kerusi Parlimen saja yang selamat untuk UMNO. Kedudukan ini tidak memungkinkan BN akan terus berkuasa dalam pilihanraya umum kelak. Banyak kerusi Parlimen UMNO akan bertukar kepada Pakatan Rakyat. Walau bagaimana pun disaat-saat akhir sebelum menjelangnya hari mengundi kedudukan ini boleh berubah sekiranya Pakatan Rakyat tersalah buat perhitungan kerana rakyat akan menilai dari sudut keikhlasan mana-mana parti yang akan terajui kerajaan nanti.
3 comments:
so why worry if you all don't want umno, let lim kit siang to become pm
all umno man bercakaran satu sama lain jadi macam selangor, jadi macam penang, jadi kelam kabut macam perak dan semua orang melayu boleh balek hutan......kah...kah...kah.....
guano demo tok siar komen kawe?
exnavy- bahasa anda gunakan itu agak keterlaluan.
Post a Comment