Macam-macam fitnah dilemparkan kepada Tok Guru Haji Hadi Awang Presiden PAS berhubung dengan ucapan beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Trengganu pada 7hb. April 1981. Antara isi sedutan ucapan TGHH ialah,
"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka".Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Ucapan oleh seorang penceramah politik yang masih muda dan bersemangat, pada waktu itu, berapa umur TGHH, jadi biasalah ucapan yang bersemangat dan berapi-api apabila berada dipentas politik, kenapa sampai begitu sekali ditakuti oleh UMNO sehingga 24 jam tiap2 hari di fitnah terhadap TGHH berhubung dengan ucapan itu.
Sekiranya berminat untuk mengatahui kenapa TGHH berkata demikian, eloklah kerajaan menunaikan permintaan TGHH untuk diberi masa selama satu jam siaran langsung dalam TV1, TV2 dan TV3 bagi membolehkan TGHH berkata benar untuk dinilai oleh seluruh rakyat terhadap isi pati ucapan beliau itu, adakah bertentangan dengan hukum Allah.
Kenapa kerajaan takut untuk memberi peluang kepada TGHH selama satu jam untuk TGHH berpeluang mempertahankan ucapan beliau sedangkan pihak Kerajaan mempunyai masa selama 23 jam lagi untuk mengupas kembali ucapan yang disampaiukan oleh TGHH. Sekiranya kerajaan dan UMNO jujur inilah masanya untuk dinilai oleh rakyat siapa benar dan siapa berbohong.
Kenapa kerajaan masih berdolak dalih diatas permintaan TGHH, kenapa peluang yang diberi oleh TGHH tidak disambut oleh Kerajaan, nampak benar tidak ada keikhlasan dalam isu amanat TGHH kerana pihak kerajaan hanya pandai menuduh tapi tidak sanggup memberi peluang untuk dijawab.
Kegagalan pihak kerajaan membenarkan TGHH mengadakan siaran langsung didalam TV milik kerajaan itu menandakan kekalahan awal kerajaan BN dalam menghadapi PAS menjelang PRU 13. Dengan ini teramat jelas isu amanat TGHH sengaja dicetuskan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar yang boleh menjatuhkan kerajaan BN regim Dato' Najib apabila isu Altantuya dihidupkan kembali.
Nampak sangat BN telah ketandusan isu, cerita 32 tahun dulu dicungkil untuk sengaja di jadikan isu, wal hal dimasa itu Khairy Jamaludin entah berada dikubang 'selut' mana. Jadi kesimpulannya isu amanat TGHH tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada PR kerana apa yang rakyat sedang tunggu ialah bolehkah TGHH diberi peluang oleh kerajaan supaya siaran langsung selama 1 jam dapat diadakan seperti mana yang dicadangkan oleh TGHH.
Kesanggupan TGHH mengambil bahagian mengadakan siaran langsung dalam televisin menunjukkan TGHH bersedia berhadapan dengan sesiapa saja kerana TGHH berpegan kepada prinsip berani kerana benar.Bukan seperti kerajaan dan UMNO hanya berani mencabar tapi takut memberi lapangan untuk TGHH bertemu rakyat secara siaran langsung.
No comments:
Post a Comment