Di Pasir Gudang Johor ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman, di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada di calunkan pada pilihanraya umum nanti.
Di Melaka bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri keluar UMNO menyertai PAS, di Kedah seorang bekas menteri keluar UMNO dan menubuh parti baru, di Sabah Timbalan Menteri letak jawatan dan keluar UMNO menyertai Pakatan Rakyat PR. Dan ramai lagi sedang menanti untuk keluar UMNO.
Pilihanraya semakin hampir, UMNO semakin nazak, kuasa seakan-akan terlepas, kerakusan akan terbongkar, nasib tidak menentu, kerajaan separuh tumbang, apa agaknya akan berlaku selepas pilahanraya umum ke 13 ini. Apakah malaysia akan menerima sebuah kerajaan baru yang adil dan telus yang meletakkan keutamaan membela rakyat sebagai asas mentadbir secara sama rata.
Menolak dan menghukum mereka yang lakukan rasuah dan menzalami rakyat, membahagikan harta khazanah negara kepada yang berhak, tidak membazir, membangun negara yang seimbang serta ,membela nasib rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan, meagihkan kekayaan negera dengan sempurna dan memerintah dengan amanah.
Tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan rakyat terbanyak dan sebuah kerajaan itu akan jatuh dengan cepatnya apabila rakyat bangkit menentang, begitulah nampaknya bakal dihadapi oleh kerajaan BN kini, rakyat sudah tidak berpihak kepada BN lagi, rakyat sedang bangkit untuk merubah kerajaan hanya masa yang menentukan.
Yang bagusnya rakyat Malaysia ada tatasusila, tahu adab dan bersopan santun, sabar dan bersedia menunggu. Rakyat sedang menunggu pembubaran parlimen, rakyat sedang menunggu tarikh mengundi dan rakyat sedang menunggu hari menyambut ketibaan kerajaan baru, kerajaan PR. Bila?
Rakyat tahu, peralihan kuasa akan berlaku dengan aman dan tenang, rakyat tahu kuasa melayu tidak terhakis, rakyat tahu bangsa lain akan menghormati bangsa melayu dan rakyat tahun Islam adalah ugama rasmi negara Malaysia. Dan rakyat sedang menunggu janji.
Janji kerajaan PR untuk menurunkan harga minyak serta merta, janji menghapuskan pinjaman PTPTN, janji gaji guru dinaikkan, janji bekas tentera akan dapat tanah, janji peneroka FELDA tak payah bayar pinjaman pembelaian saham, janji pinjaman tekun tidak dikenakan kadar feadeh, janji kereta tak ada duti import, janji keadilan untuk semua dan banyak lagi janji untuk kesejahteraan rakyat.
Dalam masa lima tahun rakyat akan dapat menilai, sekiranya janji tinggal janji, rakyat akan terus bangkit dan bangkit diwaktu itu adalah bangkit dengan kemarahan, tentu kita tahu, apa akan terjadi apabila rakyat bangkit dengan kemarahan. bangkit menuntut janji.
Oleh itu janji PR bukan janji main-main, janji pakatan rakyat bukan janji yang tidak akan ditepati, janji PR adalah janji yang akan dikotakan, kerana PR tahu akan kemampuan untuk menyediakan keadilan kepada rakyat, harta negara adalah harta rakyat, harta negara adalah untuk dinikmati oleh rakyat, sebab itu kerajaan PR akan menjadi sebuah kerajaan rakyat yang menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.
Negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Wilayah adalah paksi pemerinatah PR, disusuli oleh Sabah, Perak, Negeri Sembilan dan akan didokong oleh Pahang,Trengganu dan Johor. Biarlah Melaka dan Serawak untuk sementara waktu tidak bersama PR. Natijahnya BN tumbang secara sedar. walaupun dalam politik angin perubahan boleh bertukar bila-bila masa.
PR diingatkan jangan melangkah sumbang.
No comments:
Post a Comment