UMNO baru selesai berkampung diPWTC menilai kemampuan bagi mempertahankan kerajaan BN dalam PRU 13. PAS pula sedang memperkemaskan jentera diperingkat akar umbi bagi mempastikan kerusi yang ditandingi menang dengan sempurna manakala PKR dan DAP sedang menilai calun-calun yang setia pada perjuangan.
Semua bergerak kearah pilihanraya. terbaru kejutan yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang mana Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibuburkan selepas tahun baru cina. Ertinya pilihanraya akan berlaku selepas sambutan tahun baru cina, kalau pun Parlimen tidak dibubarkan tapi Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibubarkan, ertinya SPR terpaksa mengumumkan tarikh pilihanraya dan pembuangan undi pasti berlaku.
Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tentunya ada perhitungan yang menyakinkan bahawa PR akan terus memerintah negeri Selangor lagi pun sekarang ini UMNO dan BN Selangor masih gagal untuk menonjolkan calun menteri besar sekiranya BN menang di Selangor. Rakyat Selangor tentunya bijak apabila terus mengekalkan PR memerintah untuk tempuh lima tahun lagi.
Rezeki rakyat Selangor akan terus melimpah ruah kerana PRU13 nanti kerajaan Malaysia pun akan diperintah oleh PR, ,ini diakui sendiri oleh beberapa tokoh UMNO yang secara tidak sengaja telah mendedahkan rahsia bahawa kerajaan BN dibawah pimpinan PM Najib adalah tersangat lemah.
Apabila bekas-bekas Perdana Menteri dan bekas menteri terpaksa bercakap untuk tolong berkempen dalam pilihanraya nanti itu bermakna UMNO dan BN sedang berada dalam kesakitan seolah-oleh berada dalam nazak antara hidup dan mati. Orang yang paling takut apabila BN kalah dan PR dapat membentuk kerajaan ialah Tun Mahathir dan Ibrahim Ali. Mereka berdua nampak sangat takut kepada PR.
Walau bagaimana pun peluang untuk BN terus berkuasa masih dapat diselamatkan, apabila UMNO dan BN berjaya memecahkan perpaduan yang disepakati oleh PR diantara parti PAS, PKR dan DAP. memecahkan kesepakatan diantara PAS dan DAP hanyalah satu-satu peluang yang ada pada UMNO dan BN.
Maka tidak hairanlah UMNO begitu beria-ia benar menjadi jurucakap kepada Nasaruddin Mat Isa apabila Nasa dilucutkan sebagai ahli Majlis Syura PAS, sedangkan pemimpin UMNO tidak ambil kisah langsung terhadap ahlinya yang dibuli oleh pemimpin UMNO di peringkat Bahagian seperti apa yang berlaku di Bahagian Tanah Merah dan Ketereh.
UMNO lebih rela mempertahankan 'ahli politik yang jahat' dari bertindak adil terhadap ahli yang dibuli oleh pemimpin diperingkat Bahagian, jasteru itu UMNO hanya mengharapkan kepada isu yang cuba dicetuskan supaya pakatan rakyat berpecah belah. Dan separuh daripada gerakan UMNO dan BN itu telah berjaya hari ini setelah Nasaruddin dan Hassan Ali diperkudakan oleh UMNO.
Tapi isu Nasaruddin dan Hassan Ali tidak merosakkan kesepakatan PR, bahkan semua isu yang cuba dibangkitkan oleh UMNO dan BN telah dipadamkan dengan sekelip mata oleh kebijaksaan Tok Guru Nik Aziz apabila Tok Guru membuat lawatan ke kediaman Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan dan kerumah Karpal Singh.
Isu hudud dan isu pengunaan nama Allah terus terpadam. Kebijaksaan Tok Guru itu apabila beliau secara simbolik mengajar rakyat iaitu bukan payah untuk berbaik-baik dengan musuh dan terlalu mudah untuk bermusuh dengan kawan baik. PR tidak mungkin akan berpecah dan akan tetap utuh kerana PAS, PKR dan DAP melayari satu matlamat iaitu kalahkan UMNO dan BN dalam Pilihanraya umum nanti.
No comments:
Post a Comment