Thursday, January 3, 2013

Cari tempat untuk membawa Ustaz Azhar Idrus di Gua Musang.

Esok akan ke Kelantan melalui Gua Musang, ada jemputan disana sebilangan orang-orang asli ingin berjumpa bagi menyambungkan cerita semasa YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Calun Semangat 46) lawan Tan Sri Husein Ahmad (Calun BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Gua Musang dulu.

Tahun itu jugalah helikopter yang membawa Tan Sri Anuar Musa untuk pulang ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas kerana enjinnya rosak, maka tumpanglah Tan Sri Anuar Musa menaiki kereta saya untuk dihantar ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa yang mana Abang Zainal Abidin Abdul Rahman (Abe Zaar) jadi pemandu.

Banyak perjanjian antara Abe Zainal dengan Tan Sri Anuar Musa dimeterikan semasa dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pengakalan Chepa. Tapi satu pun tidak berlaku, janji tinggal janji bahkan dikhianati oleh Tan Sri Anuar Musa.

Di Gua Musang nanti selain perjumpaan dengan bekas-bekas tokoh orang asli yang bekerja kepada UMNO semasa pilihanraya kecil dulu yang saya membawanya round diseluruh peti undi dengan menaiki helikopter akan saya ambil kesempatan untuk bertemu mata dengan pegawai pegawai KESEDAR yang dulunya berkerja rapat dengan saya semasa saya ditugaskan oleh Kementerian Kemajuan Tanah bagi mengawasi agensi dibawahnya iaitu KESEDAR, RISDA dan FELDA dengan menempatkan saya di Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang.

Semuga perjalanan saya besok akan membuahkan hasil untuk pejuangan bagi menegakan keadilan dan menentang kemungkaran dan rasuah. Marilah kita mendengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus sebagai sebuah ilmu bagi menghadapi mereka yang menjadi ahli UMNO dan menyokong UMNO semata-mata untuk kepentingan diri.


No comments: