suara hati rakyat kelantan
Salam Tuan Haji.
- Salam Tuan Hj, Sebagai tanda menghormati Tuanku Sultan dan agak bersopan, sememangnya digalakkan sempena Hari Keputeraan Tuanku acara atau majlis sambutan ditangguhkan dan lebih afdal sekadar diadakan majlis doa dan solat hajat untuk kesejahteraan Tuanku Sultan dan rahmat buat seluruh rakyat Kelantan.
Soal majlis penganugerahan darjah dan kebesaran negeri, semolek-moleknya atas budi bicara insan dan pertimbangan akal juga ditangguhkan dahulu sehingga isu Istana Kelantan kembali didaulatkan.
Meskipun surat penganugerahan kepada calon-calon penerima telah dikeluarkan, namun sebagai tanda menghormati Tuanku Sultan dan institusi Diraja Kelantan, sewajarnya majlis penganugerahan darjah dan kebesaran negeri ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak meskipun penganugerahan tersebut adalah bidang kuasa Pemangku Raja.
Jangan nanti rakyat beranggapan menjadi suatu tradisi wajib Hari Keputeraan Sultan hanyalah lebih kepada Hari Penganugerahan Darjah dan Kebesaran Negeri, seharusnya darjah tersebut perlu dikawal penganugerahannya sebagai simbolik kewibawaan dan kemuliaan Institusi Diraja .
* Apakah sekiranya majlis Istiadat pengurniaan Darjah dan Bintang ditangguhkan akan menjejas Hari Keputraan Sultan, saya rasa tidak. Kerana banyak terdapat majlis-majlis yang dirancang terdahulu boleh ditanggohkan. Apa sebabnya Kerajaan Negeri beria-ia benar untuk meneruskan acara Istiadat tersebut, mungkin kah ada pembesar negeri yang akan dianugerahkan Darjah Kebesaran sehingga tak sabar lagi untuk menerimanya.
Atau ada orang keliling yang sudah terjebak dengan perkara sumbang sehingga tidak dapat bersuara untuk memberi nasihat kepada Yang Teramat Mulia, Pemangku Raja supaya menangguhkan dulu istiadat tersebut bagi menghormati 'Keluarga' yang masih lagi bersedih kerana Tuanku Sultan belum sihat sepenohnya.
Apa agaknya motif sehingga Ketua Polis Negara membuat pengumuman bahawa kawasan Balai Besar akan dikawal KETAT pada 30hb. Mac nanti sempena hari pengurniaan Darjah Kebesaran yang akan diteruskan walaupun KDYMM Tuanku tidak perkenan diadakan. Apakah kerana Ketua Polis Negara adalah salah seorang yang akan menerima Darjah Kebesaran pada hari tersebut?.
No comments:
Post a Comment