Dewan Rakyat mula bersidang hari ini setelah berihat hari minggu untuk memberi peluang wakil rakyat pulang kekawasan masing-masing. Negeri Kelantan mempunyai 14 orang wakil Rakyat Parlimen, 2 orang diwakili BN dan 8 orang diwakili PAS serta 3 orang diwakili PKR dan 1 orang bebas yang bergelar 'Adi Jagat' pembela melayu. Semuanya melayu yang berugama Islam dan seorang daripada mereka ada berjawatan Menteri. Dato' Wan Hashim adalah seorang melayu yang perlu pembelaan.
Kebetulan pada minggu lalu, Kelantan dilanda kemelut Istana apabila KDYMM Tuanku Sultan selamat berangkat pulang ke dalan negeri setelah hampir 9bulan mendapat rawatan di sebuah Hospital di Singapura. Kasihatan KDYMM bertamah baik dan lapuran hospital yang berada ditangan YAM Tengku Temenggong Kelantan mengesahkan bahawa KDYMM telah boleh membuat keputusan dan pemikirannya adalah baik.
Akhbar melapurkan bahawa Dato' Wan Hashim bin Wan Daud telah dilantik oleh KDYMM Tuanku sebagai Setiausaha Sulit dan telah menyampaikan titah Tuanku bahawa bermula pada 24hb. Mac jawatan Pemangku Raja yang disandang oleh YTM Tengku Muhammad Faris Petra ditamatkan dan dengan itu KDYMM Tuanku kembali memerintah.
Ekoran daripada itu pihak Polis DiRaja Malaysia telah menangkap Wan Hashim Wan Daud dirumahnya pada jam 8.30 malam dan berita akhbar hari ini menyiarkan bahawa Wan Hashim disambung tahanannya selama 2 hari lagi. Itulah ganjaran yang diterima oleh Dato' Wan Hashim Wan Daud yang selama ini namanya jarang-jarang disebut oleh rakyat kelantan apabila beliau bersara daripada jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) dan Presiden Bolasepak Kelantan (KAFA).
Hari ini rakyat mahu tahu, apakah kesalahan yang dilakukan oleh Dato' Wan Hashim itu sehingga beliau terpaksa tidur beralaskan lengang, apa pentafsiran seksyen 419. kalau sabit kesalahan berapa tahun jel dan denda yang maksima yang akan beliau hadapi.
Rakyat seperti saya apabila bertanya kepada pihak berkuasa tentunya tidak akan dilayan. Datuk Wan Hashim dari ditahan selama 3 hari dilanjutkan lagi selama 2 hari, tentunya kepada rakyat Wan Hashim telah melakukan jenayah yang besar. Persoalan inilah yang menjadi rakyat ingin tahu, jenayah apa yang hendak dituduhkan terhadap Dato' Wan Hashim.
Semuanya akan terjawab sekiranya para wakil-wakil rakyat daripada kelantan yang berada di parlimen hari ini bertanya kepada kerajaan, tentunya Dato' Seri Hishamuddin sebagai menteri Keselamatan Dalam Negeri dan bertanggongjawab dalam urusan polis telah diberi maklum tentang tangkapan itu, lagi pun orang yang ditangkap itu adalah orang kenamaan dan telah berkhidmat kepada KDYMM Tuanku Al-Sultan.
Rakyat kelantan akan menunggu 'suara wakil rakyat mereka' diparlimen, adakah mereka itu akan terus membisu untuk menjaga body supaya tidak dianggap mencampuri urusan polis, sedangkan kes yang ditanggong oleh Dato' Wan Hashim sebenarnya menjadi seribu tandatanya.
Kepada Ryzal72, terima kasih dan jangan salah faham.
4 comments:
Assalamualaikum,
Sdr terlalu tegar dengan syle GEDEBE. Satu style yang membelenggu ahli politik UMNO Kelantan suatu ketika dahulu, di era sdr. Sayugia diingatkan bahawa TIADA SIAPA YANG BOLEH KEBAL DARI UNDANG-UNDANG. ORANG BIASA KE.... ORANG "WAN" KE... ORANG TENGKU KE...ORANG BUKAN TENGKU KE. Tak perlu sampai pening kepala mengaitkan dengan kredibiliti DS Hisamuddin. Berpijaklah dibumi yang nyata. UNDANG-UNDANG tetap sama kepada semua orang. Ikhlas.
Saya setuju undang-undang tidak mengira siapa, yang salah mesti dihukum dan akan menerima balasannya kalau terlepas didunia pasti diakhirat nanti akan terima balasannya. Itu janji TUHAN.
RyzaL72 tidak faham tulisan saya. Saya bukan nak mengaitkan Kredibiliti DS Hishamudin dalam kes ini. Saya tahu DS Hisham adalah seorang menteri yang saya bagus dan saya hormati dan dia adalah kawan karib saya.
Apa yang saya nak sampaikan 'jangan ada orang ambil kesempatan diatas kelembutan tindakan DS Hisham dalam menerajui KDN. Ada faham. Di Kelantan orang biasa lebih kebal dari orang berada.
Assalamualaikum Tuan,
Pohon baca artikel saya dlm utusan hari ini re institusi raja Kelantan!
apa yg wan hashim buat telah di balas dgn setimpal,lain kali pandai2 lah jaga tingkah laku,kalau nak gedebi jadilah gedebi baik bukan cuba utk menghuruharakan negeri kelantan kerana kelantan milik semua rakyat kelantan. jangan jadi sudu lebeh dari kuah.dymm pemangku raja adalah tempat rakyat menaruh keyakinan jadi jangan musnahkan harapan rakyat,daulat tuanku,,,
Post a Comment