Terkejut besar saya apabila Saifuddin Nasution, Setiausaha Agong, Parti Keadilan Rakyat PKR memberitahu bahawa parti keadilan rakyat mempunyai ahli hampir 4 juta orang dalam waktu terdekat ini yang mana akan terdiri dari golongan muda.
Apakah pengumuman beliau itu sebagai propaganda atau memang PKR sedang berusaha kearah itu dan tidak mustahil angka itu diperolehi oleh PKR kerana jentera PKR tentunya akan berkerja lebih kuat kerana mereka itu adalah dipihak pembangkang. Daftar ahli satu bab, undi bab yang lain. Dalam pilihanraya buka ahli yang menentukan kemenangan tapi undi yang boleh memberi kemenangan kepada parti.
Sebagai contoh,dalam satu pilihanraya umum lalu ada peti undi yang BN tak dapat satu undi pun sedangkan ahli UMNO dipeti undi tersebut ada beberapa ratus orang. Ini berlaku dikawasan Parlimen Gua Musang ketika YBM Tengku Razaleigh mula-mula menubuh semangat 46.
Angka ahli tidak boleh dipakai bagi menentukan kerusi pilihanraya, yang boleh dipakai apakah rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti masih setia bersama BN atau nak cuba beralih angin kepada pakatan Rakyat. Dua kompenan besar pengundi akan menentukan kerajaan pada pilihanraya yang akan datang, pertama golongan peneroka, petani, nelayan & penternak dan kedua golongan penjawat awan yang mana warganya sekarang ini mencecah 1.5juta orang.
Pengecuali cukai import kepada barang-barang keperluan bermain golf tidak boleh menjamin undi kepada BN dalam piliharaya umum nanti. Wad percuma kepada keluarga penjawat awam adalah satu keputusan yang bijak dilakukan oleh Dato' Seri Mohd Najib, Perdana Menteri selain berusaha gigih untuk menyelesaikan masaalah peneroka Felda, menaikkan taraf hidup para Nelayan dan Penternak dan menyusun semula Lembaga Pengarah MADA dan KADA bagi menjaga kepentingan para petani. Usaha ini adalah startegi bagi menjamin BN akan beroleh kemenangan besar pada PRU 13 nanti.
Soalnya sekarang, apakah semua perkara yang diucapkan oleh para pemimpin UMNO bagi memberi keutamaan kepada rakyat betul-betul dapat dinikmati oleh rakyat bawahan atau semua keuntungan hanya dibahagi dikalangan para pemimpin UMNO diperingkat pusat, negeri dan bahagian. Subsidi yang kecil-kecil sampailah lebih kurang kepada ketua-ketua cawangan.
PKR tidak perlu mengadakan peruntukan banyak-banyak, cukup dengan membongkar segala bentuk penyelewengan bagi menjatuhkan imej kerajaan, seorang pentadbir kerajaan atau pegawai parti UMNO membuat salah seperti semua pegawai kerajaan dan ahli parti terlibat melakukan kesalahan yang sama, begitu hebatnya propaganda pihak pembangkang dan yang hairannya ramai rakyat yang percaya.
Kenapa sekarang apabila PKR adakan ceramah orangramai berduyun-duyun keluar mendengarnya tapi apabila UMNO adakan ceramah terpaksa buat kerahan melalui jabatan kerajaan baru ada orangramai mendengarnya?.
Puncanya dimana.
No comments:
Post a Comment