Apabila anda diminta supaya datang menghadap Tuanku Sultan, itu merupakan permintaan yang sepatutnya tidak perlu ditolak kerana sejak Tuanku berangkat pulang kedalam negeri anda belum lagi berpeluang melihat Tuanku dari dekat dan bertanya kabar.
Tentunya sebagai orang Islam anda sepatutnya merasa amat gembira kerana peluang sebegitu tidak diberi kepada semua orang, apatah lagi sebelum Tuanku ke luar negara untuk urusan perubatan anda adalah diantara orang harapan kepada Tuanku.
Anda juga telah mendengar berbagai-bagai cerita berkenaan kesihatan Tuanku, ada cerita mengatakan Tuanku masih gering, masih tidak mampu bercakap, masih tidak boleh melihat dan sebagainya dan ada cerita mengatakan Tuanku sudah boleh bertitah, fikirannya pulih seperti sediakala, sudah boleh mendengar dan melihat dengan terang dan ada pengesahan doktor pakar yang mengatakan Tuanku sudah boleh membuat keputusan.
Kenapa peluang ini tidak disambut oleh anda dengan hati yang senang dan terbuka, kenapa anda terlalu ego dan lupa daratan, Anda telah menolak titih Tuanku yang mahu anda datang menghadap pada malam ini, anda beri syarat kepada Tuanku yang mana anda akan datang menghadap apabila anda boleh membawa 12orang bersama anda. Apa perlunya untuk anda membawa orang seramai itu untuk mengiringi anda untuk menghadap Tuanku. Apakah anda rasa keselamatan diri anda tidak terjamin untuk anda memasuki Istana Mahkota. Apakah anda merasa Tuanku akan bertindak zalim kepada anda kerana sebelum pada ini anda tidak pernah menghadap Tuanku semasa Tuanku berada di Hospital di Singapura. Tuanku adalah Sultan yang tidak zalim dan kejam.
kalau itulah anggapan anda terhadap Tuanku, itu bermakna otak anda sudah rosak, kebaikan yang Tuanku berikan kepada anda untuk bertanya kabar dengan anda yang dianggap serba tahu dalam pentadbiran anda pula memberi syarat kepada Tuanku. Saya rakyat kelantan amat malu kerana ada manusia yang begitu ego dan sombong terhadap Tuanku. Manusia jenis apakah anda ini, tidak ada budi pekerti dalam diri. Ingatlah wahai anaknda-anaknda kepada Tuanku,orang seperti ini tidak harus diberi muka, kalau hari ini orang ini sanggup menyembah derhaka kepada Tuanku tidak mustahil satu hari nanti orang ini juga akan menderhaka kepada anaknda-anaknda Tuanku.
Sudahlah titah Tuanku tidak dilaksanakan, dijemput menghadap pun diberi syarat seolah-oleh Tuanku mesti mematuhi kehendaknya. Apa yang patut kita namakan orang yang seperti ini?.
3 comments:
Dari segi adat dan bahasa kelakuan begitu adalah jelas tindakan DERHAKA.
Dan dari segi wadah politik semasa ia dapatlah dilihat sebagai menuruti selera DAP dan si AnuWar yang mencorakkan pemikiran mengikut anjuran para pemikir Yahudi bersama dengan Li Blood Line (yahudi timor) yang tidak mahu melihat keujudan Raja lagi dalam dunia ini.
We got to be carefull with Li bloodline.Masalahnya kita org biasa xblh buat apa.Harap generasi baru yang berkuasa mempunyai kesedaran ini.
kpd pemjengut2 blog,anda harus berwaspada dgn blog2. kadang2 apa yg di tulis adalah hasil dari imijinasi,cerita2 rekaan utk menjatuhkan maruah sesorang. apalagi ,seseorang itu musuh politik atau musoh idiologi kpd sang penulis.ada penulis blog kerdil dgn penulisan nya cuba utk membodek atau menunjol diri kerana
kalau tidak dgn blog jangan harap orang akan kenal mereka apa lagi pihak yg dibodek.saya cabar tulisan saya disiar.
Post a Comment