Dalam waktu Dato' Awang Adek sedang menyelaras peruntukan wang ihsan kepada rakyat Kelantan sebanyak RM20 juta, Dato' Shafie Afdal pula mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM150 juta kepada orang Asli.
Bermaknanya orang Asli lebih beruntung daripada rakyat Kelantan, inilah salah satu amalan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan yang mana keutamaan akan diberi oleh Kerajaan kepada golongan yang sepatutnya dibantu dengan harapan pulangan akan memadai.
Sekiranya rakyat Kelantan telah memberi kemenangan kepada UBN dan UBN memerintah negeri Kelantan sudah pasti wang royalti minyak akan melimpah ruah dan Kelantan membangun setanding dengan Selangor, Wilayah Kuala Lumpur ataupun Melaka, tapi kerana Kelantan dibawah pentadbiran PAS maka rakyat Kelantan tidak dapat mengecap nikmat wang royalti minyak tapi hanya dapat merasa wang ihsan saja yang mana dari RM20 juta itu kalau dibagi kepada rakyat Kelantan sama rata setiap orang akan mendapat 15 sen sahaja.
Oleh itu rakyat Kelantan masih lagi berpeluang untuk menikmati wang royalti minyak sekiranya rakyat Kelantan sanggup pejam mata, iaitu pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti hendaklah memilih dacing untuk dipangkah.
Lihat orang asli dapat peruntukan yang begitu banyak bagi membangunkan taraf hidup mereka kerana Kerajaan yakin orang asli akan memilih dacing apabila adanya pilihanraya tak kira pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil, sebagai contoh, Tengku Razaliegh Hamzah kalah di peti undi pos broke (pengundinya orang asli) bertanding atas tiket semangat 46 lawan TS Husein Ahmad (BN) sedangkan pengaruh peribadi TR kuat disitu.
Dalam politik. Rakyat Kelantan dan Orang Asli dilayan berbedza. Orang Asli tak minta pun dapat, rakyat Kelantan buat tuntutan tak dapat. Kenapa ada perbedzaan diantara rakyat Kelantan dengan yang lain. Kenapa?.
No comments:
Post a Comment