Monday, March 8, 2010

Ada Menteri malas?

"bukan malas kerja tapi malas layan rakyat"

YAB. Perdana Menteri.

Dailog bukan saja penting dalam menyelesaikan konflik tetapi juga dalam membuat keputusan seharian yang melibatkan hal ehwal tempatan ataupun antarabangsa, demikian kata-kata YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam bolg 1Malaysia.

Puas hati saya apabila membaca saranan yang dibuat itu, katanyanya sekiranya rakyat sanggup untuk mendengar, berbincang, bersikap analitikal serta adil dalam membuat keputusan, penyelesaian dan persefahaman yang lebih baik mampu dicapai antara satu sama lain.

Sejuk hati, aman dan damai rasa dunia ini, sekiranya Dato' Najib seorang yang berprinsip begitu, alangkah baiknya saranan dan kehendak YAB Perdana Menteri ini diamalkan oleh semua Menteri dan Penjawat Awam. Apabila amalan ini menjadi satu kemestian sudah tentu banyak perkara dapat diselesaikan dan tidak akan ada pihak yang sakit hati dan kurang percaya kepada kerajaan.

Sebagai contoh, apabila ada rakyat menulis surat memohon rayuan atau pertolongan kepada seorang Menteri, adalah diharap Menteri berkenaan terlebih dahulu mengkaji isi surat tersebut jangan hanya mengambil mudah apabila menerima surat oleh kerana bukan kenalan baiknya maka lantas mengarah pegawai khasnya membalas dengan menolak rayuan untuk memohon pertolongan dengan tidak mengendahkan maksud yang sebenar yang dipohon oleh rakyat.

Rakyat yang tahu dan celek tidak mudah boleh menerima alasan yang tidak masuk akar, apa tah lagi penolakan rayuan itu tidak dibincang dengan mata bertentang mata yang rakyat dapat meluah perasaan sebenar, tapi Menteri pula bagi memudahkan kerjanya dan tidak mahu menyusahkan diri terlebih dahulu menolak mentah-mentah surat rayuan daripada rakyat tapi sekiranya yang merayu itu adalah kawan karibnya maka dijemput untuk berbincang bagi menyelesaikan masaalah kawan karibnya itu kadang kala diminta pegawainya mencari jalan dan keadah bagi meluluskan permohonan rayuan kawan karibnya.

Saya tulis ini adalah pengalaman pahit saya hadapi sendiri, Minta dan merayu nak jumpa seorang Menteri dah berbulan-bulan tak dapat, tunggu punya tunggu dapat sekeping kertas yang jawapannya tidak masuk akal yang ditulis oleh pegawai bawahannya. Kalau Dato' Seri Najib nak tahu saya boleh memberitahu orangnya. Pejabat Menteri berkenaan juga tidak melayan dengan baik surat daripada pejabat Perdana Menteri.

So, bagaimana hasrat dan harapan YAB Perdana Menteri untuk dapat melihat penyelesaian yang lebih baik seperti yang diharapkan dan dicari oleh YAB Perdana Menteri itu sekiranya seorang Menteri tidak ada nilai kemanusiaan, teramat sibuk sehingga tidak beri waktu untuk rakyat bertemu.

YAB Perdana Menteri hendaklah memberi arahan kepada Menteri-Menteri supaya memberi layanan kepada rakyat, sekiranya tak ada waktu untuk bertemu sendiri bolehlah diatur supaya pegawai-pegawai kanan Menteri bertemu dan berbincang dengan rakyat yang ingin menyampaikan hasrat kepada Menteri kerana saya dapati setiap pejabat Menteri ada ramai pegawai khas yang dilantik dan diharap pegawai Menteri itu pula apabila melayan rakyat jangan berlagak lebih daripada Menteri, buruk akibatnya.

Kepada pembaca blog ini, Sdr/i diminta memaklumkan kepada YAB Perdana Menteri sekiranya Sdr/i ada line dipejabat Perdana Menteri. Terima Kasih.

1 comment:

PUTRA MERDEKA said...

namakan menteri tu tuan, agar dapat kawan-kawan bloggers yang lain spin, kita bukan nak menjatuhkan pemimpin tapi nak membetulkan sebarang kelemahan yang dilakukan oleh pemimpin, yang masih boleh dibetulkan la..yang tak boleh! hantar scrap jer laa
salam