Wednesday, March 31, 2010

Ala dodo, dodo sidodo !

Tak kira dari parti mana, asalkan isu kemanusiaan dan keselamatan disuara saya akan menyokong. Aziz Kadir walaupun dari Ketereh Kelantan ia peka kepada masaalah keselamatan rakyat dan kalau Aziz Kadir dari UMNO alangkah bahagianya bersuara bagi pihak rakyat Trengganu. Apakah YB Parlimen dari Trengganu tidak tahu untuk bersuara bagi keselamatan rakyat.

Saya, YB Haji Ab Aziz Bin Ab Kadir [Ketereh] akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan Dewan yang mulia ini membincangkan kejadian bangunan Institiut Oseanografi dan Institiut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sedang dalam pembinaan runtuh, petang semalam yang mengakibat seorang buruh mati dan empat cedera parah."

Tan Sri Yang Dipertua,

Pada 29 Mac 2010 jam 5.10 petang ketika para pekerja sedang sibuk melakukan kerja-kerja binaan di Universiti Malaysia Terengganu tiba-tiba bangunan Institiut Oseanografi dan Institiut Akuakultur Tropika runtuh. Kejadian ini mengakibatkan seorang buruh mati dan empat lagi cedera parah.

Bangunan ini akan digunakan oleh ribuan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan universiti apabila siap kelak. Kejadian ini menjadi tandatanya samaada keseluruhan pembangunan kampus universiti ini selamat dan tidak mengancam keselamatan dan nyawa penggunanya.

Terlalu banyak kejadian keruntuhan dan kecacatan dalam pembangunan projek-projek di Terengganu yang mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Antaranya, keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, keruntuhan kubah Masjid Kampung Puteh, keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok, keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC), kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu dan pelbagai lagi.

Kejadian keruntuhan dan kecacatan ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi akibat kecuaian di semua peringkat dari proses tender hingga kelulusan pembangunannya. Kejadian ini mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Projek prasarana ini akan digunakan ramai orang awam dan perlu penyelesaian segera sebelum lebih banyak nyawa akan terkorban.

Terima kasih

YB Haji Ab Azizi Bin Ab Kadir
Ahli Parlimen kawasan Ketereh

2 comments:

Abdoel Moeis said...

Saya amat bersetuju. Jangan nanti berlk lagi perkara yang sama. Setakat ni belum ada ramai lagi yang terkorban. Kalaulah masa itu anak-anak kita sedang belajar.. nauzubillah

Anonymous said...

mana intigriti,mana maruah seolah2
ahli2 politik di teranganu manusia dari alam marikh samaada dari pas ke atau umno ke. apakah mereka menu
ngu teguran dari tuanku utk menyedarkan mereka atau dari malaik
at utk membalik bumi mereka atau menuggu allah menukar semua rakyat teranganu dari manusia fasif kpd manusia perihatin. mereka ahli kahfi ditidorkan. mata mereka terbuka tapi otak mereka tidor.bencana menimpa dari perbuatan mereka sendiri.mereka adalah sebagaimana di katakan kafir nikmat,tungu lah kehancuran kalau sikap mereka tidak berubah.