Tuesday, November 30, 2010

Antara 'Ketuanan Melayu' dan Perpaduan Melayu

Datin Seri Wan Azizah Ismail, Presiden PKR sedang berucap soal 'Ketuanan Melayu'

Apabila Datin Seri Wan Azizah Presiden PKR bersuara mengatakan PKR menolak perkataan 'Ketuanan Melayu', hirup pekut mereka-mereka yang gelabah untuk mempertahankan kuasa politik dan NGO yang dikatakan memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang-orang melayu sehingga ada yang tersasul dikaitkan pula tentang kuasa-kuasa raja melayu.

Semua yang mengeluarkan kenyataan yang tidak senang cara Wan Azizah berpolitik telah menyelar Wan Azizah dengan sanggup mengatakan bahawa Wan Azizah adalah 'pelacur politik' yang pada hakikatnya, siapa sebenarnya yang dirinya dilacurkan hanya semata-mata berjuang bagi menegakkan slogan saja tapi tidak dengan perbuatan dan tindakan.

Mana ada lagi matlamat 'ketuanan melayu' dibumi Malaysia ini kalau dilihat seramai 6 orang Ketua Setiausaha Kementerian dilantik bukan dikalangan penjawat awam terdiri daripada orang-orang melayu, bukankah itu buktinya bahawa 'ketuanan melayu' telah dihapuskan dalam pentadbiran Kerajaan melayu dan Slogan 1Malaysia juga menuju kearah penghapusan perkataan 'ketuanan melayu'.

Pada hemat saya, inilah yang hendak diperkatakan oleh Wan Azizah bahawa dalam sesebuah negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang kaum tidak mengira bangsa dan keturunan yang harus dapat mesti diberikan asalkan tidak melanggar perlembagaan negara dan tidak menafikan hak-hak keistimewaan oranag-orang melayu.

Orang melayu akan terus menjadi tuan selagi kedudukan Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara masih kekal dan ini akan terus kekal selagi kuasa politik berada ditangan orang-orang melayu. Tapi buat apa dibesar-besarkan slogan 'ketuanan melayu' yang mana kuasa ada pada melayu tapi tidak menolong rakyat melayu yang hampir 90% taraf hidup rakyat miskin adalah terdiri daripada bangsa melayu.

Melayu akan terus bertahan dan bermartabat dibumi Malaysia (Tanah Melayu) selagi kuasa dipegan oleh orang melayu dan untuk menjaminkan kuasa terus berada ditangan orang melayu faktor utamanya melayu itu kena bersatu.

Bergerak kearah mewujudkan "Perpaduan Melayu' adalah usaha yang sangat murni yang akan menjaminkan kepentingan melayu, disinilah slogan keutamaaan perpaduan hendaklah melebihi keutamaan peribadi. Tolak soal gila kuasa dan jawatan, rapatkan barisan kepimpinan melayu tak kira dari fahaman parti politik mana sekali pun, jangan ada pilih-pilih bulu untuk berbincang soal perpaduan melayu.

Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi, Dato' Najib, Tan Sri Muhyideen, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz adalah pemimpin-pemimpin melayu, ditangan merekalah terletaknya bagi mewujudkan perpaduan melayu sekiranya kedudukan mereka ini boleh disatukan dalam kerangka mewujudkan perpaduan melayu maka perkataan 'ketuanan melayu' tidak perlu dibahaskan.

NGO yang mendabik dada untuk menjadi hero melayu hendaklah berusaha kearah itu, tak berjaya hanya dengan membuat lapuran polis dan mencerca sesama melayu. Kencing dulu didalam tempurung dan lihatlah wajah sendiri. Betul-betul melayukah kamu itu.

Monday, November 29, 2010

PKR- Bahtera yang SELAMAT.

terjun dengan labu-labunya


Lebih sebulan lalu (oktober 2010) saya mewakili UMNO Bahagian Ketereh menjadi Perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia dan pada 1hb. November 2010 saya dengan rasminya telah mengistihar KELUAR UMNO. Keluar bukan kerana 'benci' kepada rakan-rakan ahli dalam UMNO tapi keluar dengan kesedaran dan insaf bahawa terdapat banyak pemimpin UMNO telah terpesong dari pejuangan asal penubuhan UMNO untuk melaksanakan landas perjuangan sebenar. Mereka jadikan UMNO sebagai alat untuk kepentingan diri dan kroni bagi mengaut keuntungan peribadi dengan melupakan kepada jasa dan budi pejuang-pejuang UMNO yang terdahulu.

Banyak perkara-perkara asas dalam perjuangan UMNO telah dipesongkan yang mana akan saya hujahkan dalam pedato 'jalajah Kelantan' yang akan bermula tahun 2011 nanti, Insya Allah akhir Januari ataupun awal Februari akan dimulakan.

Pada 27 dan 28hb. November kelmarin saya dijemput sebagai tetamu khas oleh Parti KEADILAN Rakyat PKR di Konvensyen perti tersebut yang ke 7 di Dewan Sivik, Petaling Jaya, Selangor, saya mengikuti perjalanan persidangan parti tersebut dengan minat untuk mengetahui keadaan sebenar kekuatan semangat ahli-ahli perwakilan dan pemimpinnya kerana sebelum ini terpapar didada akhbar arus perdana dan dilayar tv milik kerajaan bahawa parti PKR seakan-akan 'hancur' dan tidak bermaya.

Ternyata setelah dua hari menjadi tetamu khas segala tomohan dan propaganda yang diberitakan melalui media arus perdana yang pro Kerajaan BN adalah sebagai 'gimik' untuk memesongkan pemikiran rakyat bahawa parti PKR sudah 'nazak' seperti kata, Tan Sri Muhyudden Yassin bahawa PKR adalah kapal yang sudah pecah yang disiarkan oleh Astro Awani semalam.

Semua berita yang disiarkan bahawa parti PKR seakan-akan terkubur adalah meleset sama sekali setelah melihat semangat yang tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli perwakilan dan pemimpin PKR yang berada didalam dewan sivik itu. Bahkan apabila mengamati perbahasan dan pengulungan yang diluahkan oleh setiap orang yang diberi peluang berucap ternyata bukan kapal PKR yang akan pecah tapi sebaliknya kapal UMNO/BN yang akan tenggelam.

Dua peristiwa yang saya ikuti iaitu Perhimpunan Agong UMNO dan Konvensyen PKR ternyata perbedzaannya amat ketera. Dalam Perhimpunan Agong UMNO persidangan hambar dan perwakilan asyik membodek pemimpin manakala pemimpin pula tidak langsung memberi jaminan bahawa UMNO akan menyingkirkan mana-mana pemimpin yang menyalah guna kuasa untuk kepentingan diri dan puak-puaknya.

Sebagai contoh, YB. Sdr Saifuddin Nasution selaku setiausaha Agong PKR menerima kretitkan ahli-ahlinya secara terbuka dan bersedia membetulkan kesilapan yang ada dan mengambil tanggongjawab penuh untuk menyelesaikan segala rayuan dan aduan yang dibuat oleh ahli-ahli, tidak seperti setiausaha Agong UMNO yang tidak mahu menyelesaikan masaalah dan melepaskan tanggongjawab kepada orang lain.

Kapal PKR tidak akan tenggelam sepeti mana dakwaan Muhyideen Yassin tapi hanya masuk kepengkalan untuk membaiki sedikit kerusakan yang dipunah oleh Zaid Ibrahim, kini kapal PKR sudah mulai belayar untuk meredah lautan bagi menuju ke PUTRAJAYA, ianya akan bermula di negeri Serawak dengan berpaksikan wadah perjuangan 'KEADILAN' untuk rakyat. YB. Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR yang baru dengan berani mengatakan bahawa pada PRU 13 nanti Pakatan Rakyat akan merebahkan kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Sri Najib dan Rosmah Mansor.

Ketika sempat duduk minum bersama dengan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail dan suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim jelas kelihatan mereka berdua itu tidak gundah gunala, kelihatan mereka berdua ceria dan penuh yakin bahawa PKR akan terus kukuh dan kuat walaupun Anwar Ibrahim sedang dicanangkan dengan isu moral oleh UMNO dan BN.

Manakala ketegasan Sdr. Mustapa Kamil Ayub akan terus bersama PKR walaupun dipujuk oleh Muhyideen Yassin untuk meninggalkan PKR memberi suntikan semangat yang berkobor-kobor kepada ahli-ahli PKR sehinga ada yang menitis airmata tanya kesyukuran dan gembira.

Senario ini akan membuat pemimpin UMNO tidak akan 'genera' tidur. (sila baca akhbar buletin RAKYAT keluaran terbaru dipasaran sekarang).

Thursday, November 25, 2010

Siang Mencuri, Malam Menari?

Keganasan gunung berapi 'MERAPI' sudah pun reda, begitu jugalah dengan pemilihan pucuk pimpinan parti KEADILAN rakyat (PKR), episod bertumbuk, lontar kerusi dan maki hamun sudah semakin reda sama seperti luahan larva gunung berapi merapi itu.

PKR akan mengadakan Konvensyen pada 27hb. Nov ini di dewan sivik PJ, disitulah segala-galanya akan dikupas dan diterjemahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, hancur ataupun semakin kuat akan dapat kita semua nilai apabila selesainya konvesyen parti PKR nanti dan selepas daripada itu akan bermula pula pemilihan parti DAP dan disusuli oleh PAS.

Tentunya banyak berita yang tidak menyenangkan oleh penyokong Pakatan Rakyat akan dipropagandakan oleh akhbar arus perdana, itu sudah menjadi lumrah dalam penyiaran berita oleh media yang dimiliki dan pro Kerajaan BN. Internetlah yang akan disukai oleh banyak orang untuk mendapat berita yang sebenar apa berlaku dalam pemilihan parti Pakatan Rakyat.

Propaganda yang berlebihan yang disiarkan oleh media arus perdana banyak merugikan parti-parti kompenan BN terutamanya UMNO, rakyat semakin tidak yakin dengan berita-berita disiarkan itu, yang ruginya Kerajaan BN, yang ruginya UMNO, walaupun terdapat 80% berita yang disiarkan itu betul tapi rakyat mulai curiga. Inilah akibatnya apabila budaya 'bodek' diamalkan oleh peneraju media arus perdana yang dimiliki oleh Kerajaan.

Apabila rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap berita-berita kejayaan Kerajaan BN akibatnya rakyat juga hilang kepercayaan untuk menyokong BN dalam pilihanraya maka senang lenanglah pemimpin Pakatan Rakyat dan tak perlu banyak bersusah payah untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokongnya dalam piliharaya umum ke 13 nanti.

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Serawak adalah medan terakhir kepada BN untuk mengelak ianya terjerumus kelembah kekalahan dalam PRU ke 13, walaupun ianya bukan menjadi faktor utama tapi ianya menjadi pemaking kepada usaha-usaha BN bagi merampas kembali negeri-negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Benar seperti kata Tun Mahathir Mohamed, kemenangan BN dalam piliharaya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi bukan menjadi ukuran sebenar bahawa sokongan rakyat kepada BN telah pulih terutamanya di Kelantan. Sebagai contoh dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir dulu BN menang tapi BN kalah dalam piliharaya umum ke 12.

Modal UMNO yang selesa dengan 55 kerusi Parlimen akan dapat dimacukan sekiranya slogan Tranformasi dalam UMNO itu menjadi, soalnya mampukan Presiden UMNO Dato' Sri Mohd Najib dapat melaksanakan sepenuhnya apabila melihat gelagat pemimpin UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian masih ditahap lama. Sombong, Ego dan tidak berpijak dibumi nyata.

Bercakap soal ketelusan, anti rasuah dan berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara tapi 'dialah' sendiri yang mengamalkan perbuatan yang terkutut dan tidak disukai oleh rakyat jelata. "Siang Mencuri, Malam Hari Menari". Inilah ragam manusia dan cuba lihat kehidupan dan kemewahan mereka, tak berniaga tapi harta melimpah ruah.

Wednesday, November 24, 2010

KEMARUK KUASA


Ada seorang ahli Parlimen meminta kerajaan menyekat Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya tidak dibenarkan keluar negara, Katanya kerana Anwar Ibrahim memcerca negara Malaysia. Satu permintaan yang tak masuk akal dan ada pula meminta supaya Parti Keadilan Rakyat PKR dibubarkan setelah Zaid Ibrahim keluar PKR juga satu permintaan yang tak masuk akal.

Semua itu melambangkan perasaan takut terhadap Anwar Ibrahim dan PKR. Orang yang menyuarakan pendapat supaya Anwar Ibrahim disekat dan PKR dibubarkan merasa dirinya tidak selamat kerana mereka itu tahu 'gelombang Pakatan Rakyat menuju PUTRAJAYA' semakin hari semakin mantap dan semakin dekat.

Pemimpin UMNO tahu daripada 222 kerusi Parlimen diseluruh negara hanya 55 kerusi saja selamat untuk UMNO manakala bagi kerusi kompenan BN diseluruh Malaysia termasuk sabah dan Serawak hanya 42 kerusi yang selamat yang selebihnya masing-masing diibaratkan nasib dihujung tanduk.

Itulah sebab dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini, Dato' Sri Mohd Najib beria-ia benar mengajak para perwakilan supaya mempertahankan PUTRAJAYA lantas beliau mengajukan supaya ahli-ahli UMNO rapatkan barisan dan berkerja sabagai satu pasukan.

Oleh kerana tak ada isu yang boleh dipesongkan supaya rakyat terus membenci Pakatan Rakyat dan memberi sokongan yang padu kepada BN maka pemimpin UMNO dan media arus perdana yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba mempromosikan isu Zaid Ibrahim keluar PKR yang mana ada akhbar mempamerkan gambar Zaid Ibrahim lebih besar daripada gambar Rosmah Mansor.

Zaid Ibrahim tiba-tiba dijadikan 'hero keluar parti' mengalahkan Tun Mahathir Mohamed yang satu ketika keluar daripada UMNO yang diikuti oleh Sanusi Junid iaitu bekas Presiden UMNO dan bekas Setiausaha Agong UMNO sedangkan Zaid Ibrahim hanya ahli biasa PKR yang menumpang kasih daripada Anwar Ibrahim.

Dan oleh kerana terdesak juga BN terpaksa membuka keahlian secara terus dan keahlian bersekutu yang jelas menagih sokongan. PERKASA siang-siang lagi membuat kenyataan tidak berminat menjadi ahli sekutu BN tambahan pula keahliannya tidak dibenarkan bertanding diatas lambang BN. Begitu juga agaknya NGO yang rasional yang ahli-ahlinya terdiri dari berbagai-bagai fahaman politik tidak mungkin sanggup menjadi ahli sekutu BN hanya sekadar pak turut.

Culu-cula telah terbayang bahawa PUTRAJAYA akan berubah wajah.

Sunday, November 21, 2010

Cheng Ho & Hang Li Po.

Hari ini bermula 'CHENG HO EXPO 2010 - Kelantan - China International Trade Fair di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dari 21hb. hingga 26hb. November 2010 yang mana majlis perasmian akan diadakan pada pagi ini, (21hb. Nov, Hari Ahad) bertempat di dewan Konvensyen, Kelantan Trade Center, Kota Bharu.

Rakyat Kelantan dan seluruh orangramai di Malaysia ini berpeluang melihat sendiri hasil pengeluar barang-barang dari negeri China di Expo tersebut yang mana istimewanya hasil pengeluran ubat-ubatan tradisional selain daripada product lain.

Sebelum ini rakyat Kelantan dikejutkan dengan tulisan Mohd Sayuti Omar MSO bersabit dengan berita "Bos Kahwin Curi, Setiausaha Kahwin Lari' yang menjadi tanda tanya siapakah gerangan orangnya. Apakah Puteri Hang Li Po telah terlebih dahulu muncul di Kelantan ini dan diikuti pula ketibaan Laksama Cheng Ho pada hari ini.

Friday, November 19, 2010

Peluang Khairy Jamaluddin jadi Menteri?


Banyak benar lembu-lembu dikorbankan di Kelantan sempena sambutan Hari Raja Haji tahun ini yang mana tarikh sambutannya dipertikaikan oleh YB.Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian. Begitulah peristiwa Nabi Ibrahim menyembeleh anak kesayangan Nabi Ismail atas perintah Allah.

Didalam UMNO peristiwa mengorbankan ahli-ahli parti yang aktif seringkali berlaku terutamanya semasa ada pemilihan pucuk pimpinan parti baik diperingkat Bahagian ataupun diperingkat pusat. Jawatankuasa displin parti akan memastikan yang mana patut dikorbankan dan yang mana patut dibebaskan, keputusan dibuat mengikut acuan sendiri dan tidak berpandukan kepada Kod Etika dan perlembagaan parti.

UMNO semakin hari semakin lemah, contohnya tindakan pucuk pimpinan parti yang sengaja dilakukan terhadap YB. Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Khairy diaibkan apabila calun yang kalah kepadanya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB. Mukhris Tun Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Naib Ketuanya juga dilantik sebagai Timbalan Menteri sedangkan beliau yang dipilih secara demokerasi sebagai Ketua Pemuda UMNO tidak diberi peranan didalam Kerajaan.

Itu adalah tindakan yang melemahkan semangat Pergerakan Pemuda UMNO yang menjadi barisan depan kepada perjuangan parti. Apabila pemuda lemah parti juga akan lemah dan kesannya akan melarat kepada pilihanraya umum pru 13 nanti.

Tun Mahathir Mohamed bekas Presiden UMNO mengakui bahawa dalam pilihanraya umum ke 13 nanti agak sukar untuk BN mendapat mejoriti 2/3 dalam Parlimen nasib baik beliau tidak mengatakan bahawa BN akan tumbang dan hilang kuasa dalam pilihanraya umum kelak. Sekiranya Tun Mahathir meramalkan kerajaan BN akan tumbang agaknya adalah menteri yang akan terkencing nanti.

Menteri yang ada fail dengan SPRM dan mengumpul kekayaan melebihi kemampuan yang ada tentunya akan menerima balasan apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran PUTRAJAYA ini termasuklah 18 kes berprofail tinggi yang diumumkan oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim semasa beliau menjadi menteri yang bertanggongjawab kepada SPRM dulu.

Bagi menyejukkan hati rakan-rakan menteri kabinet bersama beliau, Rais Yatim menyakinkan bahawa BN akan terus kekal memerintah dengan mendapat mejoriti lebih daripada 2/3. Satu andaian yang bercanggah dengan Tun Mahathir Mohamed. Rais Yatim semasa Tun Mahatihr Mohamed jadi Perdana Menteri pernah 'membakar jambatan' semasa YBM Tengku Razaleigh Hamzah lawan Tun Mahathir. Dan kini Rais Yatim telah membena jambatan batu tapi terlupa diikatkan dengan besi yang mengakibatkan akan runtuh juga nanti.

Sosek-sosek yang didengar bahawa Dato' Sri Mohd Najib akan membuat rombakan kabinet dalam masa terdekat dan biasanya apabila seseorang Perdana Menteri membuat rombakan tentunya ada menteri yang digugurkan. Siapakah menteri yang tidak bernasib baik itu dan berapa orang semuanya yang digugur dan adakah Khairy Jamaluddin diberi penghormatan atas sifatnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berada sama dalam barisan kabinet Dato' Sri Najib yang baru.

Sekiranya nama Khairy Jamaluddin tercicir lagi dalam kabinet baru Dato' Sri Najib amat malanglah Pemuda-Pemuda UMNO yang matang yang telah memilih Khairy Jamaluddin jadi Ketuanya. maka adalah elok pemuda pemuda UMNO yang pro KJ meninggalkan atau pun keluar parti seperti apa yang diajarkan oleh Tun Mahathir Mohamed semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Wednesday, November 17, 2010

Undi itu hak anda.


Seorang tokoh politik tanahair yang pernah keluar UMNO memberitahu saya, katanya,' lebih baik kamu berkawan dengan orang yang kamu kenal dan tahu tahap kejahatannya daripada kamu berkawan dengan orang yang dikatakan baik tapi kamu tidak tahu apakah sebenarnya kebaikan yang ada padanya'. Ingatan yang saya pegan sehingga hari ini.

Desakan supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik, dengarnya macam baik tapi belum tentu desakan itu ada kebaikan kepada rakyat dan negara kerana orang yang menyuruh Anwar Ibrahim itu bersara hakikatnya kita tidak tahu apa tujuan sebenar.

Sepatutnya mereka itu tak paya menyuruh Anwar Ibrahim bersara dari politik, sekiranya mereka tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim mereka boleh terus berkerja memikat hati rakyat supaya jangan mengundi parti yang didokong oleh Anwar Ibrahim iaitu PKR.

Agaknya mereka sudah hidu bahawa Pakatan Rakyat mendapat tempat dihati rakyat dan oleh kerana mereka tahu kehadiran mereka tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim maka mereka suka-suka bercakap supaya Anwar Ibrahim bersara dalam politik, mereka gunakan berbagai-bagai platfom termasuk mengunkaan NGO dan media arus perdana.

Pelik benar bunyi, ada orang suruh Anwar Ibrahim bersara kerana moral dan sudah tua sedangkan orang yang bercakap itu pengaruhnya tidak kemana kalau hendak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Seperti bumi dengan langit. Biarlah rakyat ramai yang menentukan sama ada Anwar Ibrahim layak jadi pemimpin negara kerana malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokerasi, pilihanrayalah tempatnya untuk mengukur kemampuan seseorang itu.

Sekiranya rakyat merasakan Anwar Ibrahim menjadi beban kepada negara maka rakyat boleh menolak parti Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti, tak payah suruh Anwar Ibrahim berhenti, lawanlah secara 'jantan' jangan lawan secara ugut mengugut, kumpulkan segala kekuatan yang ada dan lawan.

Dalam politik berkempenlah mengenai dasar dan kemajuan, tak usah dijaja soal peribadi yang rakyat semua sudah tahu kerana rakyat telah faham akan istilah telunjuk lurus keliking berkait, berdepanlah dengan berlapang dada dan serahlah kepada rakyat menentukan, siapa yang boleh dan tidak boleh melakukan ketelusan dalam pemerintahan.

Hari ini kita masih lagi hidup aman dan mewah, apakah keadaan ini akan berterusan dengan gelagat para pemimpin UMNO dan Kerajaan yang tiap ketika meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti dan negara, apakah kita harus menunggu sehingga satu hari nanti rakyat terpaksa berebut untuk mendapat sekeping roti, baru kita mahu bercakap bahawa pemimpin hari ini adalah terlalu sombong dan angkuh. Dan baru kita sedar.

Jangan terlambat, tirulah macam saya.



Monday, November 15, 2010

Air Bersih,Kopi O, Awang Adek.

Kerajaan Kelantan memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa rakyat Kelantan boleh menikmati air bersih dalam masa 17tahun lagi, satu jangka masa yang amat panjang, manakala Dato' Dr Awang Adek pula memberitahu sekiranya Kerajaan Kelantan diperintah oleh BN rakyat Kelantan akan menikmati air bersih dalam masa 3 tahun.

Air adalah keperluan hidup manusia tiap-tiap hari, tak kira manusia itu menganuti fahaman politik kepartian yang mana, sama ada PAS, UMNO atau PKR. dan menjadi tanggongjawab Kerajaan bagi menyediakan kemudahan air bersih kepada rakyat ianya merupakan 'Fardu Kifayah'.
attachment image preview
Membekalkan air bersih kepada rakyat memerlukan satu peruntukan kewangan yang besar, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS mempunyai kewangan yang terhad manakala Kerajaan Persekutan yang diperintah oleh BN mempunyai cukup wang bagi menyediakan air bersih kepada rakyat.

Negeri Kelantan penduduknya adalah 99% orang melayu berugama Islam, sejak 20tahun lalu rakyat kelantan memilih PAS sebagai Kerajaan, hasil negeri Kelantan bukannya banyak sangat, cukup-cukup untuk menampung pembangunan yang sederhana. Jadi untuk melaksanakan projek yang memerlukan peruntukan yang besar agak payah untuk Kerajaan Kelantan melaksanakan dalam masa terdekat kerana hasil (cukai) pendapatan rakyat kelantan dibayar kepada kerajaan persekutuan.

Tertarik dengan kenyataan Dr.Awang Adek Husein sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bahawa BN boleh menyelesaikan masaalah air bersih di Kelantan dalam masa 3 tahun sekiranya rakyat kelantan memilih BN sebagai Kerajaan.

Inilah pe'al orang melayu Kelantan yang ada kuasa, nak tolong rakyat melayu yang berugama Islam mesti ada syarat, pada hal belanja itu bukannya duit poket sendiri, belanja dari wang rakyat dari hasil mahsul yang dianugerahkan oleh Allah swt. Apa salahnya bagi pihak rakyat Kelantan Awang Adek memainkan peranan sebagai orang Kerajaan pusat memohon peruntukan bagi memberi khidmat kepada rakyat kelantan yang memerlukan air bersih. Kalau tak dapat kuasa pun bolehlah pahala untuk dibawa bersama diakhirat nanti.

Jadilah 'hero' kepada rakyat Kelantan, tanpa bersyarat UMNO melalui Awang Adek telah berjaya melepaskan keresahan rakyat kelantan dari sentiasa berdepan dengan air yang tidak bersih, ambillah duit hasil daripada minyak yang terdapat dalam perairan kelantan, kerana hasil minyak itu adalah wajib dikembalikan kepada rakyat kelantan. Jangan pula Awang Adek menyeksa rakyat Kelantan dengan permainan politik assobiyah.

Awang Adek diminta jangan ikut perangai ahli politik UMNO Negeri lain yang tidak suka kepada orang kelantan, tengok berapa ramai anak-anak Kelantan yang sepatutnya menjawab-jawatan penting didalam kerajaan diketepikan kalau ada seorang dua itu pun kes terpencil.

Oleh kerana kerajaan persekutuan mampu menyedaikan air bersih di kelantan dalam masa 3 tahun adalah diminta seluruh rakyat kelantan mendesak kerajaan BN supaya memyediakan peruntukan melalui wang royalti minyak menyegerakan penyaluran air bersih di negeri Kelantan yang rakyat UMNO juga memerlukannya.

Sunday, November 14, 2010

Stardom.

orang tua berkopiah hijau (dalam gambar) meramalkan pru 13 nanti kerajan BN jatuh.


Di Kelantan Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar adalah STARDOM kepada rakyat Kelantan sejak 20tahun dulu. Kepimpinanya tidak dipertikaikan oleh rakyat kecuali pemimpin UMNO yang sudah bangkrap pengaruhnya di Kelantan. Justeru kegagalan UMNO Kelantan melahirkan seorang yang bertaraf Stardom memayahkan UMNO merampas Kelanatan dari tangan PAS.

Apa yang ada pada UMNO Kelantan hanya pemimpin UMNO Bahagian yang tersohor dikalangan ahli-ahli UMNO didalam Bahagiannya saja, itu pun tidak semua kerana sikap berpuak-puak yang sentiasa dicipta sendiri.

Tun Mahathir sampai menangis meminta supaya amalan berpuak-puak dikalangan ahli-ahli UMNO dihentikan. Dato' Sri Mohd Najib pula didalam ucapan pengulungan semasa Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini mengulangi lagi supaya ditiap Bahagian para pemimpinnya diminta berkerja secara berpasukan. Apakah Ketua-Ketua UMNO Bahagian bersedia mengamalkan sikap gantleman sepertimana yang diminta oleh Dato' Sri Najib itu, kalau ada pun hanya beberapa Bahagian saja yang Ketuanya telus dalam pentadbiran.

Ini kerana jawatan Ketua Bahagian dijadikan pesaka untuk mengaut harta kekayaan, soal perjuangan diletak dibawah tapak kaki maka jadilah UMNO sebuah parti yang dimiliki oleh orang-orang yang dulunya tidak mewah tapi kini sudah kaya raya, bukan kerana pandai berniaga tapi kerana mengunakan kuasa untuk mencari kekayaan diri.

Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian sekurang-kurangnya ada lesen kontarktor kelas A, kalau tidak ada yang memiliki sendiri pun mereka pakai lesen kroni untuk mendapat projek secara runding terus ataupun secara pilihan terhad. Adalah mungkin badjet pembangunan yang diumumkan oleh Kerajaan telah sudah dikenal pasti siapa pemiliknya. Proses tender adalah bagi menghalalkan cara untuk memberi projek tersebut kepada orang-orang tertentu.

Dasar-dasar yang tidak menguntungkan menteri diubah sesuka hati, mengikut kemahuan menteri yang berkenaan. Sebagai contoh apa yang berlaku di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mana menteri dan setiausaha sulit kanan nampaknya seperti berpakat melayan seseoarng untuk tidak mahu membantu.

Sebagai pemimpin politik dan kerajaan, seseorang itu hendaklah melahirkan sifat STARDOM supaya ianya disukai dan digilai oleh rakyat dan apabila aura Stardom terdapat pada dirinya sudah semesti beliau dan parti pimpinan akan menjadi kegilaan rakyat untuk menyokongnya.

Oleh kerana buat masa ini UMNO dan pemimpinnya tidak ada sifat STARDOM, maka kata-kata seorang tua di Pengkalan Haram di Chow Kit Road, depan masjid pakistan petang tadi bahawa mengikut sejarah politik dunia sudah sampai masanya PUTRAJAYA akan bertukar kerajaan. Ini dibuktikan dengan kejatuhan beberapa negeri dalam piliharaya umum ke 12 lalu.

Yang mana selain negeri Kelantan yang mempunyai pemimpin yang mempunyai sifat STARDOM, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan telah berada ditangan Pakatan Rakyat dan cula-cula telah nampak beberapa negeri lain akan juga dijatuhkan dengan kuasa rakyat yang sudah muak dengan sikap pemimpin UMNO dinegeri tersebut.

Manakala 42 kerusi Parliman yang mejoritinya orang melayu tapi tidak diletakkan calun melayu oleh UMNO belum tentu nasibnya dalam PRU 13 nanti dan kemenangan BN di kawasan tersebut akan dinafikan setelah PERKASA mendaftarkan ahli-ahlinya menjadi calun bebas kelak.

Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri tahu bila masa yang sesuai untuk membolehkan Pakatan Rakyat menerajui PUTRAJAYA setelah beliau umumkan tarikh pilihanraya umum ke 13 nanti.

Friday, November 12, 2010

e-mail yang diterima

WARKAH UNTUK TOK PA

Siri 1

Tok Pa kena tahu bahawa dia sudah tidak mampu lagi membawa kemenangan kepada UMNO untuk merampas Kelantan dari tangan PAS. Tok Pa mungkin hanya boleh menambah beberapa kerusi Parlimen atau beberapa kerusi DUN tapi jauh lagi dari mengembalikan kegemilangan UMNO di Kelantan seperti dulu. Keupayaan Tok Pa di ragui oleh orang UMNO sendiri dengan sikap penakut dan acuh tak acuh beliau dan ditambah dengan kecelaruan dalaman yang tidak ditangani oleh Tok Pa setelah sekian lama.

PRK Galas menunjukkan Tg Razaleigh masih `bisa’ dan dihormati oleh seluruh rakyat Kelantan terutama di Gua Musang. Tok Pa kena sedar bahawa beliau hanya seorang `budak baik yang rajin bekerja’ tetapi bukan sebagai `leader’ dalam ertikata yang sebenarnya. UMNO Kelantan kini memerlukan pemimpin, bukan pentadbir. Banyak beza nya antara `pemimpin’ dan `pentadbir’. Kualiti pemimpin perlu ada karisma dan aura yang dihormati rakyat dan digeruni lawan. Tok Pa dan Dato Awang adalah teknokrat yang dibawa kedalam saf kepimpinan politik bagi mengurustadbir negeri dan negara. Dalam trauma kekalahan yang memanjang UMNO di Kelantan, sehingga sekarang masih tidak ada lagi aura nak menang dari UMNO Kelantan menghadapi PRU 13 nanti. Aura nak kalah ada merata-rata diseluruh pelusok negeri dengan permasalahan yang tidak kunjung difahami dan tidak cuba diatasi secara bersungguh-sungguh.

Rakyat Kelantan sebenarnya perlukan `pemimpin’ yang jantan setelah sekian lama pemimpin UMNO Kelantan `berkokok berderai-derai ,tapi ekor penuh tahi’. Banyak pemimpin yang lupa diri dan hanyut dalam perebutan harta kekayaan diri. Jaguh tersohor diluar tapi dikampung `gadai pun tak laku’. Masaalah sombong, berlagak pandai , menunjuk-nunjuk harta kekayaan dan masalah prilaku dan nilai moral yang baik masih membelenggu sebahagian besar dari pemimpin UMNO terutama di Bahagian-Bahagian. Ramai dari Ketua-ketua Bahagian yang menang nya dulu hanya dengan kuasa wang kini menyerlahkan lagi kedunguan mereka dikhalayak ramai dan masih tidak sedar-sedar lagi diri mereka ditilek oleh rakyat setiap masa.

Hanya beberapa kerat sahaja lagi pemimpin UMNO Kelantan yang masih tinggal untuk di adudomba dengan PAS dalam PRU13 nanti. Nama besar seantero negara hanya lah Tg Razaleigh yang dilihat layak memimpin UMNO Kelantan buat masa ini.Dihormati rakyat dan digeruni lawan. Nama-nama lain yang ada kaliber kepimpinan adalah seperti TS Annuar Musa dan Dato’ Ibrahim Ali sahaja. Dalam keadaan sekarang TS Annuar Musa, sungguhpun ada kualiti pemimpin tetapi diselubungi sedikit sebanyak isu moral,egoistik dan kronisma.Memang layak lah beliau menerokai bidang baru yang lebih berbaloi dengan menerjunkan diri dalam arena Bolasepak. Setidak-tidak nya beliau timbul sebagai Timbalan Presiden FAM dan membawa balik Piala Malaysia ke Kelantan.Satu `tabik spring’ boleh diberikan kepada TS Annuar diatas keupayaan nya.

Dato Ibrahim Ali pula sudah `cula’ dengan UMNO dan kini dilihat lebih sesuai dengan PERKASA nya. Beliau sudah tercemar oleh sejarah politik lampau tetapi bakat kepimpinan nya menyerlah dalam apa jua bidang yang diceburi nya.

Tokoh-tokoh lain juga ada `senga’ dan wibawa masing-masing ditempat dan bidang tertentu tetapi belum cukup `haul’ untuk di gelar `pemimpin’ Kelantan termasuk Tok Pa sendiri. Macamana Tok Pa nak memimpin, dia sendiri takut dan gerun dengan Ketua-ketua Bahagian yang muda-muda keluaran KJ Enteprise. Sekali imbas Tok Pa nampaknya `berkenan sangat’ kalau hanya dia seorang sahaja yang menang kerusi Parlimen di Kelantan , agar senang DSN lantik dia sebagai Menteri Penuh tanpa sebarang pertandingan. Tg Razaleigh yang rekodnya tak pernah kalah bertanding dan paling lama sebagai ahli parlimen, memang `digeruni’ untuk dilantik kejawatan penting takut-takut silap haribulan di sanggahnya nanti. Bijak juga hisab politik Tok Pa kerana tidak nampak sangat dia berkehendak kepada jawatan menteri tetapi bahagian-bahagiaan lain dibiarkan dengan noda dan kemelut dalaman yang tak kunjung padam.

Mengimbas kembali PRK Galas baru-baru ini ,factor `batang tubuh’ Tg Razaleigh sahaja sudah menyumbangkan 50% dari kemenangan UMNO. 50% lagi sumbangan adalah dari gabungan kekuatan operasi jentera kempen UMNO baik diperingkat negeri maupun pusat dan jasabaik negeri-negeri angkat. Bahagian-bahagian angkat Kelantan banyak yang tak buat kerja walaupun Perhubungan UMNO Kelantan memberikan alokasi sebagai Bahagian angkat. Ramainya yang datang memenuhi kedai-kedai kopi di Bandar Gua Musang dan sebelum balik , menjalani sessi `tunjuk muka’ kepada Tok Pa dan Tg Razaleigh bahawa mereka ada dan bekerja kepada UMNO. Sesetengah Ketua Bahagian sampai sudah PRK, tak nampak batang hidung di Peti Undi yang dijaga.

Calun Tg Razaleigh yang tidak kontraversial juga memberi sumbangan besar dalam memudahkan kerja-kerja kempen UMNO. Disamping itu sebagaimana biasa, UMNO sentiasa kukuh dari segi kewangan dalam mana-mana PRK jika dibandingkan dengan pembangkang. PRK Manek Urai dulu pun bukan nya UMNO kurang belanja, cuma ada ketirisan di tengah jalan. Wang sampai tapi tak mengalir, kerana wang pilihanraya tak sampai kepada pengundi sebenar dibeberapa peti undi. Mungkin agaknya tersangkut dimana-mana atau dalam simpanan `orang-orang besar’ tertentu dalam jentera pilihanraya Tok Pa sendiri.

PRK Galas, kita juga perlu ingat bahawa PAS ada kaedah dan tatacara tersendiri menjaga airmuka Tg.Razaleigh. Dengan meletakkan calun yang jenis ` 3 Selinder’ iaitu Dr Zulkifli dan tidak Ustaz Lah, ianya ternyata lebih menyenangkan kempen UMNO untuk menang.Gerakkerja kempen Pas tidak nampak sangat untuk nak menang di Galas baru-baru ini. Seandainya Pas meletakkan Ustaz Lah sebagai calun dan membawa YTM Al Sultan Kelantan yang dilihat pro PAS ke Galas , nahas juga UMNO dan Tg. Razaleigh. Apa pun Pas memang pandai dalam ilmu siasah politik mereka diGalas untuk masa depan yang lebih cerah. Wallahuaklam bissawab.

Renungan Petang Jumaat



Apabila bekas mufti Perlis, Drs. Asri menyarankan supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim bersara berpolitk banyak komen daripada ahli-ahli UMNO menyokong saranan tersebut sehingga memaksa Nurul Izzah menjawab bahawa ayahnya masih gagah dan mampu untuk mentadbir negara.

Maka Zaid Ibrahim pun mengambil kesempatan mengencam Anwar Ibrahim dengan harapan beliau dapat menggantikan tempat Anwar Ibrahim dan sekali gus menjadi orang penting dalam Pakatan Rakyat dengan mengambil kira bahawa Kerajaan BN akan jatuh pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Kepada yang buta sejarah politik tanahair, mereka itu menganalisa bahawa dengan kemelut yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) maka riwayat politik Anwar Ibrahim akan berakhir dalam penjara dan hasrat rakyat untuk melihat Kerajaan yang ada sekarang bertukar kepada PR akan berakhir.

Drs. Asri memberi gambaran yang Anwar Ibrahim sudah tua maka sudah tidak berkemampuan untuk mentadbir negara, beliau terlupa bahawa angka umur yang ada pada Anwar Ibrahim hampir sama dengan Tan Sri Muhyidden Yassin. Apakah kerana Anwar Ibrahim tidak berjawatan dalam Kerajaan maka faktor umur dijadikan alasan untuk mengasak Anwar Ibrahim manakala oleh kerana Muhyidden Yassin adalah Timbalan Perdana Menteri maka faktor umur dibolehkan pada pandangan Drs. Asri bekas mufti Perlis itu.

Bekas mufti Perlis itu berkata, beliau tidak berniat untuk menghina Anwar Ibrahim tapi memberi pandangan secara ikhlas mengikut pendapatnya. Ikhlas apa kalau hanya menyarankan kepada Anwar Ibrahim seorang saja. Kalau Ikhlas beliau sepatutnya menyentuh kepada semua orang tak kira orang itu ada kuasa atau pun tidak, kalau memilih dan memberi pendapat kepada orang-orang tertentu saja, itu TIDAK IKHLAS namanya.

Pengajian akedamik tinggi tidak bermakna cerdik dalam menganalisa politik, tambah-tambah pula dalam dirinya ada kelulusan PHD (Pendapat Hasad Dengki), berkopiah, berjanggut tidak semestinya tidak jahat dan pendapat Drs. Asri itu banyak perkara yang boleh dipertikaikan walaupun beliau adalah bekas seorang mufti.

Drs.Asri sepatutnya menyertai UMNO bersama-sama ulama muda UMNO yang dikatakan seramai 40 orang itu, yang kini entah kemana ghaibnya, supaya dapat mentarbiahkan pemimpin UMNO yang sudah hilang pedoman hidup, supaya pimimpin UMNO ditegur jangan terlalu tamak, rakus dan sombong bagi menjamin sebuah kerajaan yang bersih dan amanah.

Diwaktu rakyat sedang bersedia untuk melihat Anwar Ibrahim menerajui PUTRAJAYA adalah sumbang apabila Drs.Asri mengatakan Anwar Ibrahim sudah tidak berkeupayaan lagi untuk menerajui politik Pakatan Rakyat. Sumbangnya perkataan Drs. Asri itu boleh menghakiskan kepercayaan masyarakat kepada beliau yang dianggap sebagai seorang tokoh ugama yang mempunyai nilai-nilai sebagai seorang alim yang berdarjat.

Betullah kata-kata peribahasa melayu, 'kerana mulut badan binasa'. Walau bagaimana pun sebagai seorang manusia yang cerdik dan berpendidikan tinggi serta mempunyai ilmu ugama Islam adalah wajar beliau terus berdakwah supaya perpaduan melayu dapat direalisasikan mengikut acuan ugama Islam.

Beliau sepatutnya tidak memberi pendapat yang negatif yang boleh merusakkan kepercayaan orangramai kepada dirinya yang sebelum ini dianggap sebagai seorang manusia yang mulia.


Thursday, November 11, 2010

Semakin diasak Anwar Ibrahim terus kuat.


Baca suratkabar Utusan Malaysia hari ini terdapat sepuloh tajuk berhubung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan berbagai bagai berita supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim jatuh dan tersyukur dalam gelanggang politik tanahair.

Hari ini adalah sejarah dalam penerbitan Utusan Malaysia menyerang PKR dan Dato' Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan mahu melihat PKR terkubur dan Anwar Ibrahim lupus dan tidak digambarkan sebagai seorang ahli politik yang hebat di Malaysia.

Tajuk-Tajuk berita seperti, Krisis PKR paling getir, Saya mahu penjelasan, Ahli PKR tulis surat terbuka pada Wan Azizah, Nalla sudah tahu 'Azmi anak emas' Anwar, Desak Anwar: Mohd Asri tidak tarik balik mahupun menyesal, Anwar satu bebanan - Zulkilfli Nordin, PKR perlu dibubarkan, 'Saya tak akan undur merebut jawatan timbalan presiden", Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah, Anwar banyak janji dengan Hindraf.

Itulah tajuk-tajuk yang disiarkan dalam UM hari ini bagi mengambarkan bahawa PKR sekarang adalah sebuah parti politik yang teruk, yang perlu dihancurkan kerana Utusan Malaysia tahu bahawa denyut nadi rakyat sekarang mahu melihat Kerajaan BN diganti dengan Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU ke 13 nanti.

Ini dapat diukur apabila suratkabar diterajui oleh orang yang berkepentingan dengan UMNO, maka berita parti pembangkang disensasikan manakala berita ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO disorot dan tidak disiarkan untuk pengetahuan umum. Rakyat Malaysia kini tidak bodoh untuk menelan berita yang disiarkan oleh UM itu berkaitan dengan berita PKR kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa PKR dan Pakatan Rakyat akan terus diterima oleh seluruh rakyat yang cintakan sebuah kerajaan yang Adil, Telus dan Bertimbangrasa.

Manakala suratkabar yang dikuasai oleh UMNO akan terus memainkan propaganda supaya rakyat terus memberi sokongan kepada Kerajaan walaupun sudah terang banyak kecacatan dan kepincangan sudah dan sedang berlaku dalam UMNO dan Kerajaan.

Buat apa minta supaya PKR dibuburkan, biarkan sistem demokerasi hidup berterusan dan biarlah rakyat keseluruhan menentukan masa depan PKR. Pilihanraya UMUM ke 13 yang boleh menentukan sama ada Pakatan Rakyat atau BN yang masih releven untuk Malaysia dan mampukan BN pertahankan PUTRAJAYA secara gantleman.

Wednesday, November 10, 2010

Zaid Ibrahim tu UMNO dah reject?

gambar bekas setiausaha politik Muhyidden Yassin dan Zaid Ibrahim


Zaid Ibrahim berjaya mengistihaarkan bahawa beliau layak jadi Ketua PKR yang baru, ini diluahkan semasa sidang akhbar yang diadakan dirumah beliau apabila ada wartawan bertanya kepada beliau, siapakah patut jadi Ketua PKR yang baru, jawabnya saya fikir saya boleh. Rupa-rupanya beliau menyertai PKR nak jadi Ketua bukan nak melihat Pakatan Rakyat jadi kuat dan dapat menawan PUTRAJAYA.

Zaid Ibrahim jadi begini kerana kesilapan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi melantik beliau jadi Senator dan diberi jawatan Menteri, Gahnya tidak terkira, mahu dilihat beliaulah yang hebat, dan sungguh permainan politiknya hebat, bukan saja sekarang tapi semasa dalam UMNO dulu lagi, sepak teranjang beliau membuat UMNO Bahagian Kota Bharu punah sehingga kini belum pulih lagi.

Kepintaran beliau bermain politik berjaya sehingga hari ini kerana samasa hayat politiknya mahu berakhir dalam UMNO beliau keluar UMNO dan menyertai PKR, dalam PKR beliau diberi banyak keistimewaan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walau pun orang baru dalam PKR beliau telah menonjol sebagai salah seorang pemimpin masa depan PKR.

Kini beliau mahu menawan hati ahli-ahli PKR supaya menyebelahi beliau dan menjatuhkan Anwar Ibrahim, beliau nampaknya mahu menjadi Ketua PKR dengan harapan apabila Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR berjaya menumbangkan BN dalam piliharaya umum yang akan datang maka beliaulah yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 nanti.

Sikap yang tidak mengenang budi yang ada dalam dirinya boleh merusakkan perjuangan murni rakyat yang mendokong 'Reformasi' yang mahu melihat Kerajaan Malaysia dimasa depan akan lebih bersih dan lebih baik apabila Pakatan Rakyat memerintah.

Mujurlah Tuhan telah menyekat awal-awal lagi kemaraan beliau yang bercita-cita tinggi itu dengan mengalahkan beliau dari terus merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, beliau mengaku ditengah jalan tapi meneruskan hasrat 'biar sama saja' didalam PKR. Sekiranya beliau berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR sudah pasti Wan Azizah akan dimamahnya hidup-hidup supaya jawatan Presiden itu kosong dan beliaulah yang akan bertindak sebagai Presiden.

Dengan arus politik Malaysia sekarang sudah jelas rakyat akan menolak Kerajaan BN yang gagal mentarbiahkan pemimpinnya supaya tidak menyombong dan memperkayakan diri dan keluarganya yang mengakibat rakyat tidak akan memilih BN dalam PRU 13 nanti.

Apabila Kerajaan ditolak oleh rakyat maka tentunya Pakatan Rakyat dapat membentuk Kerajaan dan pada waktu itu akan gilalah Zaid Ibrahim nak jadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan orang yang berperangai seperti Zaid Ibrahim ini tidak layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri kerana sikapnya 'dia saja yang betul' dan melihat orang lain mesti menurut kehendaknya.

Dalam kemelut PKR sekarang ini sebenarnya Anwar Ibrahim yang salah, salah kerana mudah menerima Zaid Ibrahim dalam barisan penting kempimpinan PKR, melantik Zaid Ibrahim kedalam Biro Politik, memberi tugas sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat, memberi jadi calun PR di Hulu Selangor dan melantik beliau jadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan tanpa menyelidik apakah tujuan sebenar Zaid Ibrahim ingin menyertai PKR.

Anwar Ibrahim bernasib baik, mujur tembelang Zaid Ibrahim dapat dilihat dengan cepat dan Zaid Ibrahim sendiri membuka tembelangnya. Hari ini Zaid Ibrahim berjaya mempengaruhi beberapa orang kuat PKR bersamanya untuk menghancurkan PKR dari dalam dengan bertindak memburuk-buruk Anwar Ibrahim dan Azmi Ali. Kenapa Zaid Ibrahim tidak memburukkan Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR.

Kerana Zaid Ibrahim tahu sekiranya beliau memburukkan Wan Azizah Ismail itu bererti beliau membuka pekung didadanya sendiri kerana Wan Azizah Ismail adalah orang yang bersih dan diterima oleh seluruh rakyat jelata.


Zaid Ibrahim nak jadi Ketua PKR tapi takut kepada Wan Azizah Ismail. Jadi menitilah beliau pada dahan yang bongkok.

Tuesday, November 9, 2010

UMNO rusak kerana pemimpinnya?


Kesesakan nafas semasa berada dalam UMNO kini berasa lega seperti lepas hutang berjuta-juta, inilah nikmat yang Tuhan anugerahkan setelah saya keluar dari UMNO pada 1hb. Nov 2010 lalu. UMNO yang satu masa dulu membuat saya menjadi pengikut yang setia yang sentiasa meletakkan semangat perjuangan untuk Ugama, Bangsa dan Negara kini hanya tingggal sejarah.

UMNO dulu tidak seperti UMNO hari ini bahkan tidak akan selama-lamanya, kerana sudah jelas UMNO sekarang bukan lagi sebagai alat untuk memperkasakan Bangsa tapi UMNO sekarang dijadikan alat oleh pemimpin mencari KUASA dan KEKAYAAN untuk KEMEWAHAN.

Rupa-rupanya ahli-ahli hanya dijadikan alat untuk mereka mengejar kemewahan, Menteri UMNO apabila ahli minta tolong dijawabnya tidak ada kuasa tapi untuk keroninya apa apa boleh saja. Lain dengan pemimpin UMNO terdahulu sentiasaa peka dengan masaalah ahli-ahlinya, bersuara saja lantas dihulur khidmat untuk membereskan masaalah.

Kini jutaan ahli-ahli UMNO sudah nampak mereka diperbodohkan, mereka hanya tunggu masa untuk mengajar keangkuhan pemimpin diatas, sudah pasti kuasa satu undi pada mereka akan digunakan untuk memberi padah kepada Kerajaan BN dalam PRU 13 nanti. Mereka bukan tidak sayang pada UMNO tapi mereka lebih benci melihat gelagat pemimpin UMNO.

Mereka bukan tidak mengenang budi dan jasa Kerajaan BN, tapi mereka mahu menurun pemimpin UMNO melalui piliharaya, kerana tidak ada cara lain lagi untuk mengajar mereka. Mereka mengambil contoh, bagaimana Tun Mahathir menurunkan Tun Abdullah Ahmad Badawi, tapi oleh kerana mereka terikat dengan jawatan kerajaan mereka tidak keluar UMNO seperti Tun Mahathir, Bukan mereka tidak berani tapi mereka pandai waspada.

Buat apa mereka setia kepada orang yang mereka tidak suka, mereka tahu tepuk bahu dan berpeluk-pelukan semasa bertemu dengan pemimpin itu hanya mainan lakunankan saja tapi hatinya kotor lebih daripada 'air car' longkang yang busuk nak muntah.

Dalam UMNO, apabila Dato' Seri Najib jatuh sakit ada pemimpin lain yang gairah dan sukaria.

Saturday, November 6, 2010

Pertemuan yang berharga.

bersama YAB Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Negeri Kelantan, Datul Naim. Selepas subuh pada 6hb. November 2010

Friday, November 5, 2010

Tahniah BN. parti Ku Li menang di DUN Galas.


Kerja kuat dan kesungguhan YBM Tengku Razaleigh Hamzah berhasil memberi kemenagan besar kepada lambang BN didalam piliharaya kecil DUN Galas. Ternyata pengaruh Ku Li sejak 50tahun menjadi wakil rakyat di Gua Musang masih kuat, walau pun khidmat beliau sudah tidak diperlukan oleh Kerajaan Malaysia.

Parti Ku Li menang dengan 1,119 undi mejoriti mengalahkan calun PAS yang selalu kalah dalam piliharaya umum di Parlimen Gua Musang pada piliharaya umum, ini menunjukkan batang tubuh Ku Li yang dinobatkan sebagai 'Anak Raja Berjiwa Rakyat' tidak boleh dipersendakan dalam arena politik Negeri Kelantan bahkan di Malaysia.

Walau pun Aziz sebagai calun tapi sebenarnya menganti batang tubuh Ku Li, ini kerana Ku Li berkerja dalam piliharaya kecil di DUN Galas ini adalah luar biasa. Tidak pernah Ku Li turun berkempen siang dan malam, pagi dan petang walau pun beliau sendiri bertanding sebelum daripada ini. Dalam keputusan piliharaya umum ke 12 lalu di DUN Galas ini undi Ku Li kalah kepada calun PAS.

Dan keputusan piliharaya kecil ini tidak semestinya akan kekal pada piliharaya umum ke 13 nanti, rakyat Galas tahu dan akan menelai sejauh mana janji-janji yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam pilihanraya akan dilaksana, jawapan sebenar apakah pengundi Galas akan terus menyokong BN akan dapat dilihat pada pilihanraya umum kelak.

Orang Gua Musang hanya akan memerhati, apakah Kerajaan Barisan Nasional akan beri pengiktirafan kepada wakil rakyat mereka iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah terbukti telah menebus keaiban BN. Apakah Kerajaan BN akan memberi kelulusan atas permintaan Ku Li supaya Royalti Minyak diberi kepada rakyat kelantan.

Keputusan Piliharaya kecil DUN Galas ini adalah untuk menguji layanan Kerajaan BN kepada Ku Li yang mana selama ini dilihat Ku Li telah dipinggirkan. Kalau dalam piliharaya kecil ini Ku Li adalah Pengarah Pilihanraya dan Mustapha Mohamed adalah timbalannya terbukti BN menang apakah nanti kedudukan ini akan diterjemahkan kepada penyusunan Badan Perhubungan UMNO Negeri iaitu YBM Tengku Li akan dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baru seperti mana yang dijanjikan oleh Dato' Sri Mohd Najib dalam perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini bahawa akan ada penyusunan baru dalam UMNO diperingkat pusat dan negeri.

Sanggupkah Ku Li hanya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan tanpa terlibat dalam pentadbiran negara.

Thursday, November 4, 2010

PRU13, PUTRAJAYA milik siapa?

Hari ini rakyat di DUN Galas yang ada nama dalam buku daftar mengundi telah keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka didalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tak kiri siapa yang menang, wakil rakyat yang dipilih nanti mempunyai tanggongjawab dan amanah untuk membela rakyat dikawasan tersebut supaya terus dapat menikmati suasana yang harmoni dan aman.

Mereka yang hadir dari luar DUN Galas sebagai jentera tambahan dari parti UMNO/BN ataupun PAS akan meninggalkan Galas setelah pengumuman dibuat pada malam ini, yang tinggal adalah rakyat tempatan akan meneruskan kehidupan sehari-harian dan akan menunggu mengundi sekali lagi apabila adanya pilihanraya umum ke 13 nanti.

Tinjauan saya di Kelantan, kebanyakan rakyat tidak kisah sangat dengan keputusan pilihanraya kecil di DUN Galas ini, Siapa saja yang menang tak menjejaskan sokongan fanatik parti kepada parti mereka. Tapi lain pula dengan mereka yang bukan fanatik, mereka melihat jauh kedepan terutamanya menanti pengumuman yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Piliharaya bilakah akan berlangsung pilihanraya umum ke 13.

Kepada penyokong pro PAS mereka mahu melihat Kerajaan PAS yang dipimpin oleh YAB Tok Guru Nik Aziz akan terus kekal memerintah Kelantan manakala penyokong pro UMNO mahu melihat PAS tumbang dan diganti dengan Kerajaan BN.

Sehingga kini, walau apapun berlaku di DUN Galas, yang menang adalah rakyat Galas, mereka telah mendapat apa yang mereka tidak minta terutamanya orang-orang Asli. Inilah rezeki yang mereka dapat dari 'kematian seorang wakil rakyat' dan tentunya lepas daripada ini tidak akan ada lagi basikal baru untuk diberi percuma kepada orang Asli dengan angka yang banyak seperti apa yang berlaku kini.

Dalam piliharaya umum ke 13 nanti adalah dijangka beberapa kerusi DUN yang dimilkiki PAS akan jatuh, begitu juga dengan kerusi Parlimen. Ini dapat dirasakan apabila ada kawasan-kawasan yang mejoriti yang didapati oleh Pakatan Rakyat adalah tipis. Tapi bukan mudah kerjanya untuk membuat rakyat Kelantan memberi kemenangan kepada BN/UMNO.

Ini kerana sistem dan perangai pemimpin UMNO yang tidak peka kepada ahli-ahlinya sendiri boleh mengakibatkan undi tidak berpihak kepada lambang dacing (BN). Ego dan kemalasan pemimpin UMNO untuk memberi kerjasama kepada ahli ahli UMNO dalam menumpukan gerak kerja supaya UMNO/BN menang dibuat tidak kisah oleh pemimpin maka ahli-ahli akan merasa muak dan malas untuk bekerja kepada parti.

Sedangkan pemimpin PAS setiap detik dengan rajin turun menyelami hati dan perasaan rakyat bagi memberi bantuan dan cepat menyelesaikan masaalah rakyat yang menyebabkan ahli-hali UMNO pun kelu untuk mengatakan pemimpin PAS tidak baik dan tidak menjalankan tanggongjawab dan amanah.

Sebab itulah ada kerusi DUN dan Parlimen yang dimiliki oleh Pakatan rakyat yang rapuh di Kelantan, walaupun peluang ada pada BN tapi tidak dapat ditawan kerana pemimpin UMNO 'Sombong dan Angkuh' setelah mereka itu berkuasa dan hidup mewah.

Buat apa lagi bersama UMNO setelah kita melihat hanya ahli-ahli saja yang hendak kemenangan tapi gelagak pemimpin UMNO lebih mementingkan sakunya daripada kesungguhan untuk melihat UMNO menang dalam pilihanraya umum.

Mampukah Dato' Sri Najib pertahankan PUTRAJAYA sedangkan gelombang rakyat yang benci kepada sikap pemimpin UMNO setiap hari sedang membara kemarahan. Percayalah ramai dihati ahli UMNO terluka dan dilukakan oleh pemimpin mereka.


Wednesday, November 3, 2010

BN Menang besar di DUN Galas?

Kerja-Kerja mengetar jalan diwaktu maghrib ini boleh jadi hasil daripada lawatan Shaziman Mansor, Menteri JKR ke Galas.


Selepas mengumumkan KELUAR dari UMNO pada 1hb. Nov.2010 saya ke Gua Musang bagi mengikuti perkembangan suasana pilihanraya kecil DUN Galas. Pusing keliling kawasan DUN Galas dirasakan BN akan menang besar pada 4hb. Nov ini.

Ikut saja lorong mana dan jalan mana tentunya akan bertembung dengan kenderaan jabatan kerajaan Persekutuan, kereta agensi kerajaan lalu lalang seperti berada di PUTRAJAYA. Ini sudah jelas tumpuan jentera kerajaan persekutuan ke Galas adalah untuk kempen pilihanraya kecil DUN Galas. Tapi yang mnenariknya selepas sahaja waktu maghrib ada jentolak dan lori-lori bekerja mengetar jalan.

Apakah secara kebetulan ataupun dirancang, saya tidak tahu tapi kerja mengetar jalan semasa pilihanraya kecil diwaktu malam mengambar kerja yang bodoh. Apakah tujuan sebenar jalan yang tidak rosak di tarkan dimasa ini. Adakah usaha kerajaan BN berbuat demikian kerana terdesak untuk menagih undi.

Dengan jentera dari dalam dan luar tambahan pula pengumuman peruntukan oleh pemimpin BN bernilai berjuta-juta ringgit adalah tidak menasabah BN akan kalah di DUN Galas dan tentunya BN akan memperolehi menang mejoriti lebih daripada 2000 undi yang mana pengaruh Ku Li selaku Pengarah Pilihanraya masih lagi kuat.

Sebaliknya kalau PAS dapat mempertahankan kemenangan yang lalu, itu menunjukkan PAS akan terus kuat dan bersemangat bersama dengan Pakatan Rakyat untuk menyusun jentera bagi menghadapi piliharaya umum ke 13 nanti yang tentunya mempunyai idaman menawan PUTRAJAYA dengan cara demokerasi.

Hanya tinggal 48jam saja lagi, pengundi di DUN Galas akan mengunakan kebijaksaannya bagi memilih parti mana yang akan mewakili suara rakyat Galas dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan kelak. Sekiranya PAS menang maka Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan akan berangkat ke Mekkah dengan tenang dan senang hati.

Sebaliknya pula sekiranya BN kalah itu menandakan bahawa ada permainan dalaman UMNO untuk mengaibkan Tengku Li. dan adalah elok untuk Tengku Li bersiap-siap untuk meninggalkan UMNO kerana kekalahan itu nanti sebenarnya bukan rakyat Galas menolak Tengku Li tapi permainan politik sama sendiri masih tebal diamalkan oleh UMNO.

Yang anihnya dalam pilihanraya kecil DUN Galas ini sebenarnya bukan BN lawan PAS tapi PAS lawan Tengku Li tapi dalam memperjuangkan isu royalti minyak Tengku Li bersama PAS lawan Kerajaan BN.

Tuesday, November 2, 2010

UMNO tak berminat 'Kerusi Parlimen Ketereh' untuk menang.

Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh ke Perhimpuan Agong UMNO Malaysia 2010


Beratus sms yang saya terima hari ini memberi semangat yang kuat untuk saya meneruskan langkah ke episod kedua dari beberapa episod dalam sejarah berpolitik diri bagi mencapai wadah perjuangan untuk melihat sebuah Kerajaan yang Bersih lagi Adil untuk rakyat dan tanahair.

Tidak ada satu pun sms dari sahabat dan kenalan daripada ahli-ahli UMNO yang mengutuk tindakan saya keluar dari UMNO yang telah saya maklumkan kepada Pejabat Setiausaha Agung UMNO melalui surat tepat jam 10.45 pagi tadi. Bahkan ada yang berjanji akan bersama jejak saya setelah urusan peribadi dengan kerajaan selesai. Dalam sidang akhbar saya di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada jam 2.15 petang, ramai sahabat dan kenalan yang datang walaupun saya tidak menjemput, bahkan ada yang datang khusus dari Kelantan untuk memberi sokongan moral dalam sidang akhbar tersebut.

Ada Ketua-Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Ketereh menalipon minta supaya dapat berjumpa mereka dalam masa terdekat, ada yang sms meminta supaya jangan tinggalkan mereka, ertinya mereka mahu berjuang bersama-sama saya, ada sahabat meminta saya supaya menangguhkan hasrat dan ada yang bertanya parti mana yang akan saya sertai selepas daripada ini. Ada sahabat yang merajuk kerana tidak memaklumkan hasrat saya kepada mereka dan banyaknya ucapan tahniah daripada kenalan saya dari parti PAS dan KEADILAN.

Ada juga sahabat bertanya, tidak kah akan menerima padah dan tidak adakah risiko berhubung keputusan saya keluar dari UMNO dan ada juga yang melahirkan perasaan sedih, manakala terdapat beberaapa orang pemimpin Wanita UMNO menangis merayu supaya saya ubahkan keputusan untuk keluar UMNO. Terima kasih kepada semua yang telah menghubungi saya sama ada melalui sms ataupun menalipon terus. Ingatan dan nasihat dari anda semua sangat-sangat saya hargai.

Yang amat saya gembira apabila sebilangan besar pemimpin pemuda UMNO Bahagian Ketereh menghormati keputusan saya dan meminta supaya saya tidak memutuskan persahabatan dan berharap hubungan yang sedia terjalin tidak dipisahkan walaupun saya bukan lagi ahli UMNO. Keikhlasan mereka itu dilihat betapa matangnya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh berpolitik.

Tidak seperti YB. Haji Alwi Che Mat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang mengatakan bahawa ahli UMNO didalam DUN Kadok ramai yang tidak suka kepada saya seperti yang ditulis dalam blog Wan Nasru. Walhal semua ahli UMNO Ketereh tahu hanya beberapa orang saja yang tidak menyukai saya kerana mereka itu menyokong Haji Alwi secara membabi buta. Mereka itu menyokong Haji Alwi kerana takut tak dapat projek dan mereka itulah sekarang ini digunakan oleh Haji Alwi untuk menikam Tan Sri Annuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh dari belakang.

Sepertimana ucapan saya didalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang lalu yang mana saya katakan bahawa ada dikalangan jawatankuasa UMNO Bahagian tidak mahu hadir mesyuarat jawatankuasa bahagian sekiranya dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa dan tidak dihadiri oleh Haji Alwi adalah jawatankuasa yang rapat dengan Haji Alwi.. Itulah caranya Haji Alwi berhasrat menjatuhkan Tan Sri Annuar Musa, lawan berdepan takut tapi berperangai seperti 'gunting dalam lipatan'.

Perangai seperti itulah yang boleh menghancurkan UMNO dan orang seperti itulah yang diguna pakai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Dato' Mustapha Mohamed untuk menyuramkan politik Tan Sri Annuar Musa. Banyak peranan yang diserahkan oleh Dato' Mustapha Mohamed kepada Haji Alwi yang terbaru memilih Haji Alwi sebagai jurucakap Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam Perhimpunan Agong UMNO Malaysia. Macamlah dah tak ada orang lain yang boleh bercakap membahaskan usul ucapan dasar presiden.

Nak tahu siapa yang lebih berpengaruh didalam DUN Kadok datanglah Haji Alwi bertanding dalam piliharaya umum ke 13 nanti sebagai calun untuk DUN Kadok, adakah saya yang akan ditolak ataupun Haji Alwi akan hilang jawatan sebagai wakil rakyat. Sekiranya Haji Alwi kalah dengan undi dibawah daripada satu ribu, betullah dia hebat.

bersambung.


Monday, November 1, 2010

UMNO dan Mimpi Ngeri.


Seminggu telah berlalu selesainya Perhimpunan Agung UMNO Malaysia yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Tentunya AMANAT PRESIDEN dipenghujung hari terakhir Perhimpunan itu menjadi tumpuan seluruh ahli-ahli UMNO terutamanya ahli-ahli perwakilan yang dipilih didalam Bahagian akan berada didalam Dewan Merdeka untuk mendengar dengan penuh minat.

Biasanya diwaktu itu Dewan Merdeka dipenohi oleh semua perwakilan dan tidak akan ada kerusi yang kosong tapi malangnya pada Perhimpunan kali ini kerusi perwakilan didalam Dewan Merdeka hanya dipenohi oleh 70% ahli perwakilan itu pun sudah termasuk saya yang mewakili UMNO Bahagian Ketereh.

Semasa pemilihan berlangsung diperingkat Bahagian untuk menjadi perwakilan terlebih dahulu dipilih melalui pertandingan, yang menang dikira hebat, tapi malangnya apabila datang ke Dewan Merdeka para perwakilan dalam sekitar 30% tidak berada didalam dewan untuk mendengar ucapan dan pesanan Presiden parti. Sedangkan pesanan Presiden itu adalah PENTING untuk ahli parti membawa pulang ke Bahagian masing-masing bagi dilaksanakan.

Dikira sebanyak 7 amanat Presiden dikutip untuk dilaksanakan di Bahagian bagi menjamin parti akan menang pada pilihanraya umum akan datang dan lebih penting lagi adalah untuk mempertahankan PUTRAJAYA supaya tidak jatuh kepada pihak pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat. Sekiranya PUTRAJAYA berjaya ditawan oleh pembangkang maka akan terbongkarlah segala bentuk perkara yang tidak baik (sekiranya ada) yang telah diperalatkan oleh Kerajaan BN.

Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Ab.Razak sebagai Presiden UMNO dalam Amanat beliau telah meminta supaya ahli-ahli mengutamakan maruah dan kepentingan parti daripada kepentingan diri. Ini adalah satu pesanan yang boleh dianggapkan sebagai kunci kekuatan parti. Persoalannya, bolehkan perkara ini dipatuhi oleh ahli-ahli parti diperingkat akar umbi sedangkan amalan pemimpin UMNO diperingkat Bahagian, Negeri dan Pusat masih banyak yang boleh dipertikaikan. Hari ini apa yang berlaku hanya ahli parti di akar umbi telah meletakkan kepentingan parti diutamakan daripada kepentingan diri sedangkan pemimpin meletakkan kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan parti. Contoh-contoh akan saya kupaskan dalam ceramah mejelajah Kelantan apabila bermulanya program "Rakyat Mesti Tahu Perkara Sebenar" tentang UMNO kini.

Perkara yang kedua yang hendak saya sentuhkan ialah berhubung dengan saranan Presiden supaya ahli-ahli pentingkan pasukan bukan kumpulan. Bercakap senang tapi apabila sampai untuk dilaksanakan terutamanya di Bahagian tentunya tidak menjadi kerana pemimpin Bahagian itu sendiri yang menciptakan kumpulan, kalau tidak pemimpin Bahagian yang ujudkan kumpulan ada pula campur tangan diperingkat Perhubungan yang meletakkan kroni supaya di Bahagian yang tidak disukainya terdapat kumpulan yang pro perhubungan ataupun pemimpin pemimpin tertentu. Saya mengalami suasana begini.

Ketiganya ialah UMNO mesti menuju sifar masaalah. Cadangan ini sama sekali tidak akan tercapai selagi pucuk pimpinan UMNO diperingkat Ibu Pejabat tidak mahu mendengar masaalah yang dibawa oleh ahli-ahli diakar umbi. Sikap memilih bulu dan mengambil mudah untuk tidak mendengar dan menyelesaikan masaalah ahli-ahli diakar umbi akan membuat ahli-ahli akan kecewa dan ianya akan menjejaskan parti apabila sampai masa pilihanraya. Ahli-ahli akan protes sama ada secara diam ataupun secara terang-terang dan ada juga ahli-ahli parti secara 'gantleman' akan meninggalkan parti walaupun sudah lama menjadi ahli bahkan lebih lama daripada Presiden parti.

Apabila seorang ahli parti mengambil keputusan secara 'gantleman' meninggalkan UMNO, itu tidak bererti orang itu hanya sebatang kara, mungkin bersamanya ada satu ratus orang, dua ratus orang ataupun seribu orang yang akan bersamanya apabila tiba masa yang sesuai. Dan apabila suasana itu terjadi maka hasrat Presiden UMNO didalam ucapan pengulungan di Persidangan Agung UMNO yang lalu untuk mempertahankan PUTRAJAYA dengan cara apa sekalipun hanya akan menjadi sebagai sebuah catitan.

7 amanat Najib yang disiarkan oleh Berita Minggu pada hari Ahad 24hb. Oktober 2010 lalu tidak akan menjadi kenyataan dan tidak akan berjaya dilaksanakan di Kelantan selagi pemimpin diperingkat negeri mengamalkan sikap melayan kepada hanya mereka yang terpilih dan dipilih. Pemimpin yang berkepentingan diri, pentingkan puak dan tidak suka mendengar dan menyelesaikan masaalah ahli-ahli masih TEBAL amalanya di Kelantan. Kasihan Dato' Sri Najib hanya berdua.