Apabila bekas mufti Perlis, Drs. Asri menyarankan supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim bersara berpolitk banyak komen daripada ahli-ahli UMNO menyokong saranan tersebut sehingga memaksa Nurul Izzah menjawab bahawa ayahnya masih gagah dan mampu untuk mentadbir negara.
Maka Zaid Ibrahim pun mengambil kesempatan mengencam Anwar Ibrahim dengan harapan beliau dapat menggantikan tempat Anwar Ibrahim dan sekali gus menjadi orang penting dalam Pakatan Rakyat dengan mengambil kira bahawa Kerajaan BN akan jatuh pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
Kepada yang buta sejarah politik tanahair, mereka itu menganalisa bahawa dengan kemelut yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) maka riwayat politik Anwar Ibrahim akan berakhir dalam penjara dan hasrat rakyat untuk melihat Kerajaan yang ada sekarang bertukar kepada PR akan berakhir.
Drs. Asri memberi gambaran yang Anwar Ibrahim sudah tua maka sudah tidak berkemampuan untuk mentadbir negara, beliau terlupa bahawa angka umur yang ada pada Anwar Ibrahim hampir sama dengan Tan Sri Muhyidden Yassin. Apakah kerana Anwar Ibrahim tidak berjawatan dalam Kerajaan maka faktor umur dijadikan alasan untuk mengasak Anwar Ibrahim manakala oleh kerana Muhyidden Yassin adalah Timbalan Perdana Menteri maka faktor umur dibolehkan pada pandangan Drs. Asri bekas mufti Perlis itu.
Bekas mufti Perlis itu berkata, beliau tidak berniat untuk menghina Anwar Ibrahim tapi memberi pandangan secara ikhlas mengikut pendapatnya. Ikhlas apa kalau hanya menyarankan kepada Anwar Ibrahim seorang saja. Kalau Ikhlas beliau sepatutnya menyentuh kepada semua orang tak kira orang itu ada kuasa atau pun tidak, kalau memilih dan memberi pendapat kepada orang-orang tertentu saja, itu TIDAK IKHLAS namanya.
Pengajian akedamik tinggi tidak bermakna cerdik dalam menganalisa politik, tambah-tambah pula dalam dirinya ada kelulusan PHD (Pendapat Hasad Dengki), berkopiah, berjanggut tidak semestinya tidak jahat dan pendapat Drs. Asri itu banyak perkara yang boleh dipertikaikan walaupun beliau adalah bekas seorang mufti.
Drs.Asri sepatutnya menyertai UMNO bersama-sama ulama muda UMNO yang dikatakan seramai 40 orang itu, yang kini entah kemana ghaibnya, supaya dapat mentarbiahkan pemimpin UMNO yang sudah hilang pedoman hidup, supaya pimimpin UMNO ditegur jangan terlalu tamak, rakus dan sombong bagi menjamin sebuah kerajaan yang bersih dan amanah.
Diwaktu rakyat sedang bersedia untuk melihat Anwar Ibrahim menerajui PUTRAJAYA adalah sumbang apabila Drs.Asri mengatakan Anwar Ibrahim sudah tidak berkeupayaan lagi untuk menerajui politik Pakatan Rakyat. Sumbangnya perkataan Drs. Asri itu boleh menghakiskan kepercayaan masyarakat kepada beliau yang dianggap sebagai seorang tokoh ugama yang mempunyai nilai-nilai sebagai seorang alim yang berdarjat.
Betullah kata-kata peribahasa melayu, 'kerana mulut badan binasa'. Walau bagaimana pun sebagai seorang manusia yang cerdik dan berpendidikan tinggi serta mempunyai ilmu ugama Islam adalah wajar beliau terus berdakwah supaya perpaduan melayu dapat direalisasikan mengikut acuan ugama Islam.
Beliau sepatutnya tidak memberi pendapat yang negatif yang boleh merusakkan kepercayaan orangramai kepada dirinya yang sebelum ini dianggap sebagai seorang manusia yang mulia.
No comments:
Post a Comment