Friday, November 19, 2010

Peluang Khairy Jamaluddin jadi Menteri?


Banyak benar lembu-lembu dikorbankan di Kelantan sempena sambutan Hari Raja Haji tahun ini yang mana tarikh sambutannya dipertikaikan oleh YB.Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian. Begitulah peristiwa Nabi Ibrahim menyembeleh anak kesayangan Nabi Ismail atas perintah Allah.

Didalam UMNO peristiwa mengorbankan ahli-ahli parti yang aktif seringkali berlaku terutamanya semasa ada pemilihan pucuk pimpinan parti baik diperingkat Bahagian ataupun diperingkat pusat. Jawatankuasa displin parti akan memastikan yang mana patut dikorbankan dan yang mana patut dibebaskan, keputusan dibuat mengikut acuan sendiri dan tidak berpandukan kepada Kod Etika dan perlembagaan parti.

UMNO semakin hari semakin lemah, contohnya tindakan pucuk pimpinan parti yang sengaja dilakukan terhadap YB. Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Khairy diaibkan apabila calun yang kalah kepadanya dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB. Mukhris Tun Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Naib Ketuanya juga dilantik sebagai Timbalan Menteri sedangkan beliau yang dipilih secara demokerasi sebagai Ketua Pemuda UMNO tidak diberi peranan didalam Kerajaan.

Itu adalah tindakan yang melemahkan semangat Pergerakan Pemuda UMNO yang menjadi barisan depan kepada perjuangan parti. Apabila pemuda lemah parti juga akan lemah dan kesannya akan melarat kepada pilihanraya umum pru 13 nanti.

Tun Mahathir Mohamed bekas Presiden UMNO mengakui bahawa dalam pilihanraya umum ke 13 nanti agak sukar untuk BN mendapat mejoriti 2/3 dalam Parlimen nasib baik beliau tidak mengatakan bahawa BN akan tumbang dan hilang kuasa dalam pilihanraya umum kelak. Sekiranya Tun Mahathir meramalkan kerajaan BN akan tumbang agaknya adalah menteri yang akan terkencing nanti.

Menteri yang ada fail dengan SPRM dan mengumpul kekayaan melebihi kemampuan yang ada tentunya akan menerima balasan apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran PUTRAJAYA ini termasuklah 18 kes berprofail tinggi yang diumumkan oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim semasa beliau menjadi menteri yang bertanggongjawab kepada SPRM dulu.

Bagi menyejukkan hati rakan-rakan menteri kabinet bersama beliau, Rais Yatim menyakinkan bahawa BN akan terus kekal memerintah dengan mendapat mejoriti lebih daripada 2/3. Satu andaian yang bercanggah dengan Tun Mahathir Mohamed. Rais Yatim semasa Tun Mahatihr Mohamed jadi Perdana Menteri pernah 'membakar jambatan' semasa YBM Tengku Razaleigh Hamzah lawan Tun Mahathir. Dan kini Rais Yatim telah membena jambatan batu tapi terlupa diikatkan dengan besi yang mengakibatkan akan runtuh juga nanti.

Sosek-sosek yang didengar bahawa Dato' Sri Mohd Najib akan membuat rombakan kabinet dalam masa terdekat dan biasanya apabila seseorang Perdana Menteri membuat rombakan tentunya ada menteri yang digugurkan. Siapakah menteri yang tidak bernasib baik itu dan berapa orang semuanya yang digugur dan adakah Khairy Jamaluddin diberi penghormatan atas sifatnya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berada sama dalam barisan kabinet Dato' Sri Najib yang baru.

Sekiranya nama Khairy Jamaluddin tercicir lagi dalam kabinet baru Dato' Sri Najib amat malanglah Pemuda-Pemuda UMNO yang matang yang telah memilih Khairy Jamaluddin jadi Ketuanya. maka adalah elok pemuda pemuda UMNO yang pro KJ meninggalkan atau pun keluar parti seperti apa yang diajarkan oleh Tun Mahathir Mohamed semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

No comments: