Kerja-Kerja mengetar jalan diwaktu maghrib ini boleh jadi hasil daripada lawatan Shaziman Mansor, Menteri JKR ke Galas.
Selepas mengumumkan KELUAR dari UMNO pada 1hb. Nov.2010 saya ke Gua Musang bagi mengikuti perkembangan suasana pilihanraya kecil DUN Galas. Pusing keliling kawasan DUN Galas dirasakan BN akan menang besar pada 4hb. Nov ini.
Ikut saja lorong mana dan jalan mana tentunya akan bertembung dengan kenderaan jabatan kerajaan Persekutuan, kereta agensi kerajaan lalu lalang seperti berada di PUTRAJAYA. Ini sudah jelas tumpuan jentera kerajaan persekutuan ke Galas adalah untuk kempen pilihanraya kecil DUN Galas. Tapi yang mnenariknya selepas sahaja waktu maghrib ada jentolak dan lori-lori bekerja mengetar jalan.
Apakah secara kebetulan ataupun dirancang, saya tidak tahu tapi kerja mengetar jalan semasa pilihanraya kecil diwaktu malam mengambar kerja yang bodoh. Apakah tujuan sebenar jalan yang tidak rosak di tarkan dimasa ini. Adakah usaha kerajaan BN berbuat demikian kerana terdesak untuk menagih undi.
Dengan jentera dari dalam dan luar tambahan pula pengumuman peruntukan oleh pemimpin BN bernilai berjuta-juta ringgit adalah tidak menasabah BN akan kalah di DUN Galas dan tentunya BN akan memperolehi menang mejoriti lebih daripada 2000 undi yang mana pengaruh Ku Li selaku Pengarah Pilihanraya masih lagi kuat.
Sebaliknya kalau PAS dapat mempertahankan kemenangan yang lalu, itu menunjukkan PAS akan terus kuat dan bersemangat bersama dengan Pakatan Rakyat untuk menyusun jentera bagi menghadapi piliharaya umum ke 13 nanti yang tentunya mempunyai idaman menawan PUTRAJAYA dengan cara demokerasi.
Hanya tinggal 48jam saja lagi, pengundi di DUN Galas akan mengunakan kebijaksaannya bagi memilih parti mana yang akan mewakili suara rakyat Galas dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan kelak. Sekiranya PAS menang maka Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan akan berangkat ke Mekkah dengan tenang dan senang hati.
Sebaliknya pula sekiranya BN kalah itu menandakan bahawa ada permainan dalaman UMNO untuk mengaibkan Tengku Li. dan adalah elok untuk Tengku Li bersiap-siap untuk meninggalkan UMNO kerana kekalahan itu nanti sebenarnya bukan rakyat Galas menolak Tengku Li tapi permainan politik sama sendiri masih tebal diamalkan oleh UMNO.
Yang anihnya dalam pilihanraya kecil DUN Galas ini sebenarnya bukan BN lawan PAS tapi PAS lawan Tengku Li tapi dalam memperjuangkan isu royalti minyak Tengku Li bersama PAS lawan Kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment