Baca suratkabar Utusan Malaysia hari ini terdapat sepuloh tajuk berhubung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan berbagai bagai berita supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim jatuh dan tersyukur dalam gelanggang politik tanahair.
Hari ini adalah sejarah dalam penerbitan Utusan Malaysia menyerang PKR dan Dato' Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan mahu melihat PKR terkubur dan Anwar Ibrahim lupus dan tidak digambarkan sebagai seorang ahli politik yang hebat di Malaysia.
Tajuk-Tajuk berita seperti, Krisis PKR paling getir, Saya mahu penjelasan, Ahli PKR tulis surat terbuka pada Wan Azizah, Nalla sudah tahu 'Azmi anak emas' Anwar, Desak Anwar: Mohd Asri tidak tarik balik mahupun menyesal, Anwar satu bebanan - Zulkilfli Nordin, PKR perlu dibubarkan, 'Saya tak akan undur merebut jawatan timbalan presiden", Parti Keadilan Rakyat ibarat retak menanti belah, Anwar banyak janji dengan Hindraf.
Itulah tajuk-tajuk yang disiarkan dalam UM hari ini bagi mengambarkan bahawa PKR sekarang adalah sebuah parti politik yang teruk, yang perlu dihancurkan kerana Utusan Malaysia tahu bahawa denyut nadi rakyat sekarang mahu melihat Kerajaan BN diganti dengan Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU ke 13 nanti.
Ini dapat diukur apabila suratkabar diterajui oleh orang yang berkepentingan dengan UMNO, maka berita parti pembangkang disensasikan manakala berita ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO disorot dan tidak disiarkan untuk pengetahuan umum. Rakyat Malaysia kini tidak bodoh untuk menelan berita yang disiarkan oleh UM itu berkaitan dengan berita PKR kerana sudah terang lagi bersuluh bahawa PKR dan Pakatan Rakyat akan terus diterima oleh seluruh rakyat yang cintakan sebuah kerajaan yang Adil, Telus dan Bertimbangrasa.
Manakala suratkabar yang dikuasai oleh UMNO akan terus memainkan propaganda supaya rakyat terus memberi sokongan kepada Kerajaan walaupun sudah terang banyak kecacatan dan kepincangan sudah dan sedang berlaku dalam UMNO dan Kerajaan.
Buat apa minta supaya PKR dibuburkan, biarkan sistem demokerasi hidup berterusan dan biarlah rakyat keseluruhan menentukan masa depan PKR. Pilihanraya UMUM ke 13 yang boleh menentukan sama ada Pakatan Rakyat atau BN yang masih releven untuk Malaysia dan mampukan BN pertahankan PUTRAJAYA secara gantleman.
1 comment:
Assalamualaikum,
Kita orang Melayu, dan kita juga mengaku kita Islam. Islam itu suci. Islam telah mengajar kita kepada kebaikan, menyuruh kita bersifat sidiq iaitu benar, Amanah iaitu dipercayai, tabliq iaitu menyampaikan, dan fatanah iaitu pintar. Walau pun mustahil bagi kita mendapatkan sifat seperti Rasul, tetapi sekurang-kurangnya kita mahu mendekati sifat-sifat itu.
Apakah yang menjadikan kebanyakan orang Melayu sekarang berperangai seburuk apa yang kita lihat dan dengar ini ?. Mungkin ada profesor yang bijak pandai di menara gading sana yang mahu mengkaji perangai dan karekteristik bangsa Melayu kini?. Bangunlah wahai profesor-profesor Melayu yang bijak pandai, bukankah ini telah menjadi tugasanmu ?.
Bila Melayu dikata malas oleh inggeris, kamu marah dan cuba mempertahankannya, sebab kamu juga Melayu, sedangkan sifat itulah yang mereka nampak dari perangai datuk moyang kita yang mereka gauli dahulu. Kiranya petani di kampung yang mereka dekati tidak mungkin Melayu dikatakan malas kerana terlihat bendang habis dibajak bersih, benih padi di cucuk hanya dengan menggunakan tangan sahaja. Pohon kelapa tinggi melampai, pokok buahnya juga lebat mencecah bumi. Butakah mata mereka untuk berkata demikian ?. Jangan pula kamu marah kiranya ada bangsa barat lain mendahului tuan membuat penyelidikan dan mentafsirkan perangai Melayu di Malaysia ini sebagai apa sahaja yang mereka lihat sekarang: Pembohong, penipu, kaki fitnah, perasuah dan apa juga kehinaan yang boleh dicalitkan kepada kita bangsa Melayu. Mengapa setelah lebih lima-puluh tahun kita merdeka ianya menjadikan orang Melayu lebih gembira melihat Melayu lainnya dijahanamkan. Tentunya tuan-tuan profesor lebih arif mengenainya dari kami. Wassalam.
Post a Comment