Wednesday, November 24, 2010

KEMARUK KUASA


Ada seorang ahli Parlimen meminta kerajaan menyekat Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya tidak dibenarkan keluar negara, Katanya kerana Anwar Ibrahim memcerca negara Malaysia. Satu permintaan yang tak masuk akal dan ada pula meminta supaya Parti Keadilan Rakyat PKR dibubarkan setelah Zaid Ibrahim keluar PKR juga satu permintaan yang tak masuk akal.

Semua itu melambangkan perasaan takut terhadap Anwar Ibrahim dan PKR. Orang yang menyuarakan pendapat supaya Anwar Ibrahim disekat dan PKR dibubarkan merasa dirinya tidak selamat kerana mereka itu tahu 'gelombang Pakatan Rakyat menuju PUTRAJAYA' semakin hari semakin mantap dan semakin dekat.

Pemimpin UMNO tahu daripada 222 kerusi Parlimen diseluruh negara hanya 55 kerusi saja selamat untuk UMNO manakala bagi kerusi kompenan BN diseluruh Malaysia termasuk sabah dan Serawak hanya 42 kerusi yang selamat yang selebihnya masing-masing diibaratkan nasib dihujung tanduk.

Itulah sebab dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini, Dato' Sri Mohd Najib beria-ia benar mengajak para perwakilan supaya mempertahankan PUTRAJAYA lantas beliau mengajukan supaya ahli-ahli UMNO rapatkan barisan dan berkerja sabagai satu pasukan.

Oleh kerana tak ada isu yang boleh dipesongkan supaya rakyat terus membenci Pakatan Rakyat dan memberi sokongan yang padu kepada BN maka pemimpin UMNO dan media arus perdana yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba mempromosikan isu Zaid Ibrahim keluar PKR yang mana ada akhbar mempamerkan gambar Zaid Ibrahim lebih besar daripada gambar Rosmah Mansor.

Zaid Ibrahim tiba-tiba dijadikan 'hero keluar parti' mengalahkan Tun Mahathir Mohamed yang satu ketika keluar daripada UMNO yang diikuti oleh Sanusi Junid iaitu bekas Presiden UMNO dan bekas Setiausaha Agong UMNO sedangkan Zaid Ibrahim hanya ahli biasa PKR yang menumpang kasih daripada Anwar Ibrahim.

Dan oleh kerana terdesak juga BN terpaksa membuka keahlian secara terus dan keahlian bersekutu yang jelas menagih sokongan. PERKASA siang-siang lagi membuat kenyataan tidak berminat menjadi ahli sekutu BN tambahan pula keahliannya tidak dibenarkan bertanding diatas lambang BN. Begitu juga agaknya NGO yang rasional yang ahli-ahlinya terdiri dari berbagai-bagai fahaman politik tidak mungkin sanggup menjadi ahli sekutu BN hanya sekadar pak turut.

Culu-cula telah terbayang bahawa PUTRAJAYA akan berubah wajah.

No comments: