Monday, November 15, 2010

Air Bersih,Kopi O, Awang Adek.

Kerajaan Kelantan memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa rakyat Kelantan boleh menikmati air bersih dalam masa 17tahun lagi, satu jangka masa yang amat panjang, manakala Dato' Dr Awang Adek pula memberitahu sekiranya Kerajaan Kelantan diperintah oleh BN rakyat Kelantan akan menikmati air bersih dalam masa 3 tahun.

Air adalah keperluan hidup manusia tiap-tiap hari, tak kira manusia itu menganuti fahaman politik kepartian yang mana, sama ada PAS, UMNO atau PKR. dan menjadi tanggongjawab Kerajaan bagi menyediakan kemudahan air bersih kepada rakyat ianya merupakan 'Fardu Kifayah'.
attachment image preview
Membekalkan air bersih kepada rakyat memerlukan satu peruntukan kewangan yang besar, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS mempunyai kewangan yang terhad manakala Kerajaan Persekutan yang diperintah oleh BN mempunyai cukup wang bagi menyediakan air bersih kepada rakyat.

Negeri Kelantan penduduknya adalah 99% orang melayu berugama Islam, sejak 20tahun lalu rakyat kelantan memilih PAS sebagai Kerajaan, hasil negeri Kelantan bukannya banyak sangat, cukup-cukup untuk menampung pembangunan yang sederhana. Jadi untuk melaksanakan projek yang memerlukan peruntukan yang besar agak payah untuk Kerajaan Kelantan melaksanakan dalam masa terdekat kerana hasil (cukai) pendapatan rakyat kelantan dibayar kepada kerajaan persekutuan.

Tertarik dengan kenyataan Dr.Awang Adek Husein sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan bahawa BN boleh menyelesaikan masaalah air bersih di Kelantan dalam masa 3 tahun sekiranya rakyat kelantan memilih BN sebagai Kerajaan.

Inilah pe'al orang melayu Kelantan yang ada kuasa, nak tolong rakyat melayu yang berugama Islam mesti ada syarat, pada hal belanja itu bukannya duit poket sendiri, belanja dari wang rakyat dari hasil mahsul yang dianugerahkan oleh Allah swt. Apa salahnya bagi pihak rakyat Kelantan Awang Adek memainkan peranan sebagai orang Kerajaan pusat memohon peruntukan bagi memberi khidmat kepada rakyat kelantan yang memerlukan air bersih. Kalau tak dapat kuasa pun bolehlah pahala untuk dibawa bersama diakhirat nanti.

Jadilah 'hero' kepada rakyat Kelantan, tanpa bersyarat UMNO melalui Awang Adek telah berjaya melepaskan keresahan rakyat kelantan dari sentiasa berdepan dengan air yang tidak bersih, ambillah duit hasil daripada minyak yang terdapat dalam perairan kelantan, kerana hasil minyak itu adalah wajib dikembalikan kepada rakyat kelantan. Jangan pula Awang Adek menyeksa rakyat Kelantan dengan permainan politik assobiyah.

Awang Adek diminta jangan ikut perangai ahli politik UMNO Negeri lain yang tidak suka kepada orang kelantan, tengok berapa ramai anak-anak Kelantan yang sepatutnya menjawab-jawatan penting didalam kerajaan diketepikan kalau ada seorang dua itu pun kes terpencil.

Oleh kerana kerajaan persekutuan mampu menyedaikan air bersih di kelantan dalam masa 3 tahun adalah diminta seluruh rakyat kelantan mendesak kerajaan BN supaya memyediakan peruntukan melalui wang royalti minyak menyegerakan penyaluran air bersih di negeri Kelantan yang rakyat UMNO juga memerlukannya.

1 comment:

mahaza said...

Dalam BN/UMNO melaungkan Kelantan tiada hak royalti minyak, poster di GALAS menggunakan royalti minyak sebagai umpan - UNDI BN UNTUK ROYALTI MINYAK HAK KITA. Pelik bukan? Nampaknya BN akan terus bermimpi untuk menawan Kelantan... terang lagi bersuluh