Keganasan gunung berapi 'MERAPI' sudah pun reda, begitu jugalah dengan pemilihan pucuk pimpinan parti KEADILAN rakyat (PKR), episod bertumbuk, lontar kerusi dan maki hamun sudah semakin reda sama seperti luahan larva gunung berapi merapi itu.
PKR akan mengadakan Konvensyen pada 27hb. Nov ini di dewan sivik PJ, disitulah segala-galanya akan dikupas dan diterjemahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, hancur ataupun semakin kuat akan dapat kita semua nilai apabila selesainya konvesyen parti PKR nanti dan selepas daripada itu akan bermula pula pemilihan parti DAP dan disusuli oleh PAS.
Tentunya banyak berita yang tidak menyenangkan oleh penyokong Pakatan Rakyat akan dipropagandakan oleh akhbar arus perdana, itu sudah menjadi lumrah dalam penyiaran berita oleh media yang dimiliki dan pro Kerajaan BN. Internetlah yang akan disukai oleh banyak orang untuk mendapat berita yang sebenar apa berlaku dalam pemilihan parti Pakatan Rakyat.
Propaganda yang berlebihan yang disiarkan oleh media arus perdana banyak merugikan parti-parti kompenan BN terutamanya UMNO, rakyat semakin tidak yakin dengan berita-berita disiarkan itu, yang ruginya Kerajaan BN, yang ruginya UMNO, walaupun terdapat 80% berita yang disiarkan itu betul tapi rakyat mulai curiga. Inilah akibatnya apabila budaya 'bodek' diamalkan oleh peneraju media arus perdana yang dimiliki oleh Kerajaan.
Apabila rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap berita-berita kejayaan Kerajaan BN akibatnya rakyat juga hilang kepercayaan untuk menyokong BN dalam pilihanraya maka senang lenanglah pemimpin Pakatan Rakyat dan tak perlu banyak bersusah payah untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokongnya dalam piliharaya umum ke 13 nanti.
Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Serawak adalah medan terakhir kepada BN untuk mengelak ianya terjerumus kelembah kekalahan dalam PRU ke 13, walaupun ianya bukan menjadi faktor utama tapi ianya menjadi pemaking kepada usaha-usaha BN bagi merampas kembali negeri-negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 12 lalu.
Benar seperti kata Tun Mahathir Mohamed, kemenangan BN dalam piliharaya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi bukan menjadi ukuran sebenar bahawa sokongan rakyat kepada BN telah pulih terutamanya di Kelantan. Sebagai contoh dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir dulu BN menang tapi BN kalah dalam piliharaya umum ke 12.
Modal UMNO yang selesa dengan 55 kerusi Parlimen akan dapat dimacukan sekiranya slogan Tranformasi dalam UMNO itu menjadi, soalnya mampukan Presiden UMNO Dato' Sri Mohd Najib dapat melaksanakan sepenuhnya apabila melihat gelagat pemimpin UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian masih ditahap lama. Sombong, Ego dan tidak berpijak dibumi nyata.
Bercakap soal ketelusan, anti rasuah dan berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara tapi 'dialah' sendiri yang mengamalkan perbuatan yang terkutut dan tidak disukai oleh rakyat jelata. "Siang Mencuri, Malam Hari Menari". Inilah ragam manusia dan cuba lihat kehidupan dan kemewahan mereka, tak berniaga tapi harta melimpah ruah.
No comments:
Post a Comment