Thursday, September 29, 2011

PAS Kelantan perlu berhati-hati




Parlimen Malaysia sudah hampir bersidang, kali ini PM Najib Tun Razak akan bentang budget dan ada ura-ura mengatakan selepas budget dibentang Parlimen akan dibubarkan dan diikuti dengan pilihanraya umum ke 13.


Mahyuddin Yassin telah memberitahu bahawa senarai calun-calun Barisan Nasional telah siap hanya menunggu masa untuk diumumkan. Calun BN kali ini tidak semestinya dipilih dikalangan pemimpin ianya bergantung kepada keadaan setempat, sekiranya itu berlaku maka termakbulkan hajat dikalangan orang-orang yang tak ada jawatan dalam parti dipilih menjadi calun.


Di Kelantan, Mustapha Mohamed begitu yakin bahawa UMNO dapat membentuk kerajaan dengan mengalahkan PAS dan PKR dalam pilihanraya umum nanti, manakala PAS pula tidak sedikit pun gentar menghadapi tentangan dari UMNO kerana sejarah telah membuktikan selepas saja Dewan Undanagan Negeri dan Perlimen dibubarkan maka akan adalah pos-pos atau pondok-pondok parti UMNO dibakar atau dirobohkan.


Yang membakar dan meroboh bukannya orang-orang PAS tapi orang-orang UMNO sendiri yang tidak berpuas hati kerana idolanya tidak dipilih jadi calun dan dendam itu akan berterusan sehingga kehari mengundi yang menyebabkan calun UMNO akan kalah kerana orang UMNO sendiri tidak memberi undi kepada calun yang tidak disukainya.


Ini berlaku dengan jelas pada pilihanraya umum ke 12 di Parlimen KETEREH, yang mana Anuar Musa kalah kepada Aziz Kadir sebanyak 400 undi manakala undi rosak sebanyak 999 undi dan ada pula peti undi yang mana Alwi Che Mat menang tapi Anuar Musa kalah, hakikatnya kekelahan Anuar Musa kerana ada ahli UMNO yang tak undi beliau disebabkan ada golongan yang tak puas hati kepada Anuar Musa kerana tidak meletakkan Alwi Che Mat bertanding dikerusi Parlimen.


Walau bagaimana pun PAS perlu berhati-hati, mungkin sejarah 2008 tidak akan berulang lagi di Kelantan kerana dengan jelas sekarang ini UMNO sedang menumpukan hanya kepada 23 kerusi untuk menang bagi membolehkan UMNO membentuk kerajaan. Sehingga kini daripada 23 kerusi yang diidam-idamkan oleh Musatpha Mohamed itu, UMNO sudah mengenal pasti sebanyak 19 kerusi untuk diberi perhatian termasuklah yang sudah dimiliki sekarang ini.


PAS hendaklah berkubu di 18 kerusi yang menjadi perhatian UMNO itu selain memperkemaskan yang selebihnya bagi memberi pukulan 'maut' kepada UMNO dalam PRU 13 ini sesuai dengan semangat menuju ke PUTRAJAYA. Yang ke 19 kami akan pastikan bahawa kerusi UMNO DUN Kok Lanas akan dirampas oleh PAS. Insya Allah.

No comments: