Friday, September 30, 2011

Hasrat Beberapa Orang Pemimpin UMNO Ketereh.



Sekiranya PM Najib jujur pada dirinya sendiri bahawa PRU 13 ini UMNO akan meletak calunnya orang yang boleh memberi kemenangan kepada parti, maka pemilihan pengarah pilihanraya olok-olok di Perlimen Ketereh hari ini adalah orang yang layak diletak menjadi calun.

Pengarah DUN Melor Cikgu Hadi Nawi adalah orang yang tidak banyak memberi ruang kepada PAS untuk mencari kelemahan dan bersesuai pula kerana beliau adalah anak kepada bekas penghulu (PPM). Begitu juga di DUN Kadok yang mana Cik Gu Sanusi menjadi pengarahnya. Cikgu Sanusi adalah bekas pengarah KEMAS yang anak buahnya bertabur didalam DUN Kadok termasuk Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ketereh iaitu Sabariah Hamzah seorang Penyeluia KEMAS dan ramai penyokong wanita.

Manakala di DUN Kok Lanas adalah seorang pengetua sekolah yang saya sendiri pun tidak begitu kenal jadi bolehlah diberi sebagai calun kerana orang yang tidak pernah dikenali yang akan memberi untung kepada UMNO kerana tidak akan ada isu yang boleh dibangkitkan. Manakala Pengarah untuk Parlimen Ketereh adalah Cikgu Mat Yani yang sememangnya layak diberi peluang untuk bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Inilah masanya untuk rakyat Ketereh bertukar angin kerana calun-calunnya muka baru dan nama Anuar Musa serta Alwi Che Mat tidak lagi disebut dimusim berkempen dalam pilihanraya yang mana sekiranya nama Anuar Musa dan Alwi Che Mat masih kedengaran didalam Parlimen Ketereh dimusim PRU 13 nanti akan mempercepatkan kekalahan kepada UMNO.

Apa yang saya tulis ini bukannya datang dari sanubari saya tapi itulah yang disampaikan oleh beberapa orang pemimpin UMNO Ketereh kepada saya melalui telepon. Mereka itu memberi amaran kepada saya bahawa PAS di Kawasan Ketereh tidak akan menang mudah pada PRU 13 nanti sekiranya PM Najib dan Ibu Pejabat UMNO mengotakan janji bahawa PRU 13 kelak, pemimpin UMNO Bahagian tidak semestinya dipilih menjadi calun.

Sekiranya harapan beberapa orang pemimpin UMNO Ketereh itu menjadi kenyataan, saya kira UMNO telah memecah rekod yang mana Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian tidak bertanding dalam Piliharaya di parlimen Ketereh dan terbukti bahawa PM Najib bukan berbohong dengan plan tranformasi dalam UMNO. Oleh itu PAS Kawasan Ketereh perlu juga bersiap dengan kemungkinan tersebut kerana nama-nama guru-guru yang menjadi pengarah pilihanraya olok-olok hari ini tidak pernah diuji.

Sekiranya perkara yang disebutkan ini benar-benar terjadi maka tidak sia-sialah Pengarah Pendidikan Kelantan berperanan menyokong UMNO kerana UMNO akan memberi kepercayaan kepada Cikgu-Cikgu sebagai calun dalam PRU 13.

Saya doakan supaya hasrat beberapa orang pemimpin UMNO dalam Parlimen Ketereh itu betul-betul berlaku pada PRU 13 kelak kerana Anuar Musa dan Alwi Che Mat tidak dipilih sebagai calun dan tumPAS sebelum bertanding.


No comments: