Wednesday, September 21, 2011

UMNO Kelantan tak penting menang PRU.

INI BUKAN RAKYAT MALAYSIA, YANG BOLEH DITIPU

Kes Liwat II yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahin sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mana Anwar Ibrahim diarah membela diri oleh Mahkamah. Disamping itu timbul pula video yang mengambarkan Anwar Ibrahim sedang menaiki lif dengan Eskay bagi mengaitkan masih ada sisa-sisa bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam Video Lucah.

Itulah yang sedang berlaku kepada Ketua UMUM Pakatan Rakyat yang mana sekiranya pilihanraya umum diadakan sebelum Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dan parti-parti Pakatan Rakyat menang serta BN kalah maka Anwar Ibrahimlah akan menjadi Perdana Malaysia yang ke 7.

Tugas besar rakyat Malaysia hari ini yang sudah boleh mengundi adalah untuk mempastikan pada PRU 13, Malaysia akan mempunyai sebuah Kerajaan yang mementingkan Kebajikan Rakyat dan tidak mengambil propaganda mencemarkan nama baik pemimpin politik semata-mata untuk mengekalkan kuasa bagi bertindak rakus terhadap khazanah negara untuk diberi kemenangan.

Kini tiba-tiba pula ada rakaman suara yang dikatakan 'suara' Timbalan Presiden PAS Mat Sabu sedang bercakap melalui telepon dengan seorang perempuan yang berbicara soal sex melampau. Yang anehnya dari mana tape itu didapati dan diedarkan setelah Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS.

Rakyat Malaysia tahu akan kebolehan Mat Sabu berpidato mempengaruhi rakyat bagi menumbangkan Kerajaan BN. Adakah ini juga satu propaganda bagi menyekat kemaraan pemimpin parti pembangkang supaya Pakatan Rakyat akan kehilangan pemimpin dan akan tandus dalam PRU 13.

Sebelum tibanya hari pembubaran Parlimen siapakah lagi dikalangan pemimpin pembangkang melayu akan dikaitkan dengan skandal sebagai usaha terakhir Kerajaan BN untuk mencemarkan peribadi seseorang itu supaya rakyat terus sokong Kerajaan BN. Husam Musa barangkali kerana beliau juga dikira sebagai pemimpin yang berwibawa.

Walau bagaimana pun ada juga baiknya kerana dalam masa ini ada pula usaha dikalangan ahli-ahli UMNO yang merasakan bahawa PRU 13 nanti BN akan terus dapat berkuasa dan sedang mengatur startegi bagi menentukan pemilihan dalam Perhimpunan Agong UMNO Malaysia ada pertandingan dalam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Baru-baru ini berlangsung pertemuan yang dinamakan 'perjumpaan rangkaian sahabat' disebuah hotel lima bintang di Kelantan yang mana dihadiri oleh Dato' Zahid Hamidi. Apakah secara kebetulan atau dirancang itu tidak menjadi hal, tapi ucapan salah seorang yang hadir melabungkan Dato' Zahid sebagai orang yang layak jadi Timbalan Presiden UMNO mencetuskan suasana baru dalam UMNO.

Ertinya dalam masa UMNO sedang menyusun calun-calun yang layak untuk diturunkan sebagai calun telah ada usaha kedepan daripada itu, sudah pasti dan jelas bahawa UMNO Kelantan tidak mustahak untuk menang PRU13 tapi ahli-ahlinya sedang mencari kuda baru untuk ditunggang selepas PRU13.

Dengar kabar, majlis tersebut dianjurkan oleh Fatmi Salleh, Setiausaha Politik Dato' Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO. Apakah akan menimbulkan masaalah kepada Mahyuddin Yassin yang sekarang ini adalah Timbalan Presiden UMNO.

Dalam majlis yang sama ada suara untuk menukarkan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri daripada Mustapha Mohamed kepada Fatmi Salleh kerana dikatakan bahawa Mustapha Mohamed hanya asyik menumpukan kepada Bahagian Jeli saja sedangkan Bahagian lain yang menghadapi masaalah langsung tidak diberi perhatian.

Kata suara itu lagi, Mustapha Mohamed hanya nak menang pilihanraya untuk dia seorang saja, yang lain biar kalah tak apa. Ayat ini sekarang teramat 'sohor' di Kelantan terutamanya dikalangan pemimpin UMNO Bahagian-Bahagian. Orang-orang di Jabatan Pendidikan Kelantan tahu akan hal ini.


No comments: