Tuesday, September 13, 2011

Revisionist history.

YB. Cikgu Wan Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu yang mengalahkan Fatmi Salleh (Setiausaha Politik Perdana Menteri) pada PRU 12. tahun 2008 .

Semalam diadakan Forum Rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohd ke4, Kota Bharu dengan jayanya yang mana sekitar 10,000 membanjiri dataran Stadium. Forum Rakyat bertajuk 'Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara' dianjur oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan dibantu oleh PAS Kawasan Kota Bharu.

Pengerak utama yang menjayakan Forum Rakyat tersebut ialah Dato' Cikgu Wan Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu dan barisan jawatankuasa Muslimin dan Muslimat PAS Kawasan. Dua orang tokoh telah dijemput dan memberi hujah yang boleh memadamkan isu-isu yang telah diputarbelitkan oleh media massa yang pro Kerajaan BN.

Penyandang kursi Tun Abdul Razak ke 12, Universiti Ohio Amerika Syarikat merupakan kakitangan akademik di Jabatan Sejarah selama 20 tahun sebelum memegang jawatan Ketua dan Profesor di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, dan Dekan Fekulti Sastera Sosial, Universiti Malaya iaitu Prof. Dato' Mohamnad Abu Bakar telah memperjelaskan berhubung dengan golongan kiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Prof. Dato' Mohamed Abu Bakar pernak menjadi Profesor di Universiti Nasional La Plata, Argentina, Felo Pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford, Felo Pelawat Fulbright di Universiti Washington, Amerika Syarikat, Felo Pelawat di Universiti Victoria, Wellington New Zealand dan Pensyarah di Jabatan Pengajian di Universiti Kaherah Mesir.

Belia bercakap tentang penulisan sejarah yang perlu kepada disiplin yang tinggi dan ilmu akademik yang tulin, tidak seperti sesetengan orang yang bercakap tentang sejarah tapi tidak pernah membuat kajian sejarah secara akademik seperti apa yang berlaku dalam sehari dua ini ada orang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Itu sebenarnya pendapat oleh orang yang 'juling' sejarah.

Malam semalam juga Yang Berbahagia Haji Mohamed Sabu (Mat Sabu) yang telah melontarkan nama Mat Indera sebagai 'wira' yang berjuang untuk menentang penjajah British telah menghuraikan panjang leber berhubung syarahan beliau pada 21hb. Ogos 2011 di Padang Menora, Tasik Gelugur, Pulau Pinang yang telah diputarbelit oleh Akhbar Utusan Malaysia sehingga memaksa beliau mengambil tindakan undang-undang.

Pada Forum Rakyat semalam juga bolehlah disahkan bahawa Mohamned Sabu tidak seorang ahli Komunis kerana beliau gagal memberitahu nombor keahlian sebagai ahli PKM apabila saya bertanya secara terbuka. Sedangkan UMNO pada mula ditubuhkan terdapat ahli yang bernombor 000006, bukanya seorang melayu.

Dalam Forum semalam saya telah merumuskan bahawa:-

(1) Sejarah itu ditulis oleh mereka yang menang, bukannya ditulis oleh mereka yang kalah (History is written by victors not the vanquished).

(2) Perjuangan Kebangsaan juga digerakkan oleh mereka-mereka yang berfahaman kiri.

(3) Mereka-mereka yang beraliran kiri yang sebenarnya mendahului gerakan Kebangsaan Melayu manakala yang berpendidikan Inggeris hanya menumpang gelombang Kebangsaan dan mendapat labanya.

(4) Apabila Mohamed Sabu (Mat Sabu) bercerita pasal Mat Indera, mungkin Mat Sabu memikirkan bahawa sejarah perjuangan Kebangsaan perlu dikaji semula kerana beliau berpendapat bahawa Mat Indera seperti juga Dr. Burhanuddin atau Ahmad Boestaman sebagai PEJUANG KEBANGSAAN.

Yang harus juga dikaji, kenapa Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) yang diterajui oleh Dr. Burhanuddin, Parti Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestaman serta Parti Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang mana Shamsiah Fakeh ketuanya diharamkan oleh British.

Yang jelas bahawa Mat Sabu, bukan komunis seperti apa yang diberitahu oleh beliau sendiri semalam dalam Forum Rakyat bertajuk 'Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara' yang ideanya dicetuskan oleh YB. Dato' Cikgu Wan Rahim, Ahli Parlimen Kota Bharu. Syabas dan tahniah.

No comments: