Semua manusia mesti berhadapan dengan kematian pada satu hari nanti, hari-hari kita menerima berita kematian kadang-kadang yang mati itu berlaku berdekatan dengan kita, orang yang kita kenali, orang yang kita sayangi dan juga orang yang kita paling benci.
Kematian berlaku dengan bermacam-macam suasana, ada yang mati secara biasa, ada yang mati kerana sakit, ada yang mati kerana kemalangan, ada yang mati kerana dibunuh, ada yang mati kerana mempertahankan negara dan bermacam-macam sebab lagi berlaku kematian.
Yang paling sedih apabila orang tersayang tiba-tiba mati, selapas 'beselora' dengan gelak ketawa tak berapa lama kemudian terima berita kematian. Antara percaya atau tidak, kematian terpaksa diterima kerana kematian tetap akan terjadi tak kira kepada siapa.
Dimusim deman pilihanraya ini, kematian telah menjadi tumpuan terutamanya oleh pemimpin poilitik tanahair, tak kiralah pemimpin parti mana terutamanya orang yang selalu pasang body, bercita-cita nak bertanding dalam pilihanraya umum ke 13. Pantang dengar kematian pasti muncul dikhalayak ramai, ejen-ejen diberi tugas khas untuk memaklumkan kematian. Hipokret politik.
Zairah kematian (melawat) sudah menjadi budaya kepada pemimpin PAS, orang PAS sentiasa sibuk mengurus jenazah apabila ada kematian, mengurus sejak mula jenayah hendak dimandi, hinggalah kedalam kubur, dalam bab itu orang-orang PAS adalah juara dalam pengurusan jenazah dikampung kampung sehinggalah menjadi 'shikh' waktu majlis tahlil. Hebatnya orang PAS.
Perkara ini jarang jarang menjadi kebiasaan kepada orang-orang UMNO, para pemimpin UMNO hanya mampu menzairahi ketika diminta menzairahi oleh orang-orangnya saja dan bermusim, seperti sekarang ini apabila ada berita kematian dikawasannya baru nampak wajah kerana pilihanraya dah hampir tiba, musim deman pilihanraya, katakan.
Yang tidak patut berlaku juga sedang berlaku, yang mana ada wakil rakyat cuba mengambil kesempatan diatas penderitaan kematian. contoh, oleh kerana mahu terus populor dan mahu bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 ada wakil rakyat sanggup bersama menyokong mendesak supaya mayat-mayat dibedah untuk kali kedua. Bukan apa sebenarnya, itu hanya kerana nak berlakun menunjukan bahawa dia prihatin kepada rakyat.
Sedangkan wakil rakyat tersebut tahu yang simati itu terlibat dalam banyak kes jenayah yang menyusahkan orangramai, disini kita harus bertanya, apakah orang ini patut dipilih lagi sebagai wakil rakyat kerana sudah jelas mengambil kesempatan diatas kematian dan snggup membela sipenjenayah melawan polis serta menyusahkan rakyat.
Jangan kerana mahu memikat undi, ada bakal-bakal calun atau wakil rakyat sanggup mengambil kesempatan memperlekehkan kerja polis, Polis bertugas menjaga kepentingan awam dan orangramai, menjaga rakyat yang tidak melakukan kesalahgan, Polis wajib bertindak terhadap pengacau ataupun mereka yang boleh mengakibatkan harta dan nyawa orang awam dan dalam menjalankan tugas ada kadang-kala berlaku peristiwa diluar jangka.
Tidak ada seorang polis pun yang sengaja mahu bertindak hendak membunah orang semasa menjalankan tugas kecuali orang itu penjenayah merbahaya. Polis sekadar menjalankan tugas untuk menghalang berlakunya perkara yang boleh menjejaskan keharmonian orangramai, apabila berlaku pergelutan dan kejar mengejar serta tembak menembak maka tentulah ada perkara accident yang berlaku.
Janganlah kerana kesalahan yang tidak ada niat dan tidak diduga berlaku itu dijadikan alasan untuk menghina pasukan polis dan bertindak bagi mempertahankan mangsa yang terang melakukan kesalahan semata-mata mahu memikat undi. Ingat polis pun ada undi, keluarga polis pun ada undi.
Kebiasaannya wakil rakyat dari PR selalu mengambil kesempatan untuk menjadi hero dalam kes kematian yang melibatkan pasukan polis, wakil rakyat seperti ini sepatutnya tidak diberi peluang untuk bertanding sekali lagi dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, kerana wakil rakyat seperti ini bukan sebenarnya pejuang untuk keadilan, keamanan dan membela rakyat, orang seperti ini adalah seorang yang hipokret politik hanya sengaja mencari kesempatan diatas kematian orang.
Harus diingat selepas pilihanraya umum ke 13 nanti, pasukan polis diraja Malaysia adalah pasukan polis kerajaan PR.
1 comment:
Sepatutnya mereka sehabat. Lebih dpd itu mereka di bayar gaji hasil cukai dikutip dpd keringat rakyat. Malang sekali di Malaysia majoriti anggota polisterikut ikut dgn budaya pemimpin yg pegang tampuk pemerintahan. Pemimpin kaya cepat kerana rasuah mereka ikut sama. Akhirnya rakat hilang kepercayaan terhadap integriti kePolisian kita. Lebih dpd itu mereka anggap Negara ini Negara Polis - boleh rogol sesuka hati, boleh pukol & bunuh org sesuka hati. Banyak jenayah yg telah di lapor tidak disiasat. Layak kah mereka jadi sehabat?
Post a Comment