Seingat saya, inilah kali pertama Perdana Menteri melantik seorang wanita menjadi setiausaha politik. Sejak PM Najib mengistiharkan wanita adalah tulang belakang UMNO maka inilah hasilnya.
Tentunya wanita UMNO akan memberi tepukan gemuruh kepada PM Najib untuk waktu ini terutamanya Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Sharizat Jalil.
Tiga tahun lagi belum tentu, kerana wanita UMNO akan ada pemilihan, sekiranya Sharizat Jalil pada waktu itu sudah mahu bersara inilah orangnya yang layak menganti beliau. Orang yang diasuh di Pejabat Perdana Menteri merangkap Presiden parti.
Sekiranya Sharizat Jalil mahu terus memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia tidak mustahil akan berlaku pertandingan merebut jawatan dan sekiranya berlaku pertandingan mampukah Sharizat Jalil mempertahankan jawatan sekiranya beliau ditentang oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.
Terlalun awal untuk membincangkan perkara ini, catitan ini hanya sebagai 'letak kerja' dan persepsi awal kemungkinan berlaku tarik tali dalam pergerakan tulang belakang UMNO.
Mungkinkah?
No comments:
Post a Comment