Wednesday, January 1, 2014

Testing.testing.testing.

Salam sejahtera, semuga bertemu kembali dengan jelmanya tahun 2014. Alhamdulillah kita masih bernyawa, kita masih dapat melihat dan mendengar. Melihat disekeliling kita tentang alam, tentang keindahan, tentang peal perangai manusia dan binatang.

Kita juga dianugerah untuk mendengar, dengar kabar dan berita, yang baik dan yang tidak baik, yang diupat dan yang difitnah. Dan terpulanglah kepada kita sama ada percaya ataupun tidak kerana di akhirat nanti kita akan disoal dan dihisab. 

Yang ku dengar dan ku lihat akan tetap dengan pendiriaan asal, akan menulis selagi mampu, yang benar akan disanjung dan yang palsu akan diterjah. Khas buat mereka yang terlibat dengan rakyat jelata, hanya ada sedikit kelainan dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca, selain dari apa yang didengar dan dilihat penulis juga bersedia memberi ruang kepada rakan-rakan yang ingin berkongsi blog ini untuk dimuatkan penulisan yang boleh mendedah peristiwa dan serba sedikit bagi mencurahkan ilmu untuk dikongsi bersama.

Diblog ini keutamaan kita paparkan apa yang berlaku disekeliling kita, berlaku dalam kerajaan, apa yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat, pegawai kerajaan dan pemimpin politik, yang ada hubung kait dengan kehidupan kita, yang menyentuh keistimewaan anak cucu kita. Mereka yang 'auta' akan kita terjah semaksima  mungkin. Awas.

Tahun 2013 sudah menjadi sejarah, keputusan PRU13 sudah muktamad walaupun ada empat lagi kawasan Parlimen yang ada kes dimahkamah, itu semua tidak boleh mengubahkan kekejapan kerajaan BN. Rakyat kena akui keputusan demokrasi. Yang tak puas hati tunggulah pada PRU14 peluang masih ada.

UMNO ternyata menguasai lebih kerusi parlimen, maka UMNOlah menjadi teras kepada Kerajaan hari ini, walaupun mejoriti rakyat banyak memberi sokongan kepada PR itu tidak boleh mengubah apa yang telah ditulis dalam perlembagaan. Akuilah.

PRU14 masih jauh, lima tahun lagi lebih kurang 55 bulan dari sekarang, kepada parti-parti yang ingin masuk bertanding dalam PRU nanti boleh lah bermula dari sekarang untuk berkempen, tapi jangan lupa tanggongjawab sosial kepada rakyat, yang rakyat patut berhak dapat harus ditunaikan, PR pula jangan sengaja mencari alasan tak mahu menyokong kebaikan apa yang kerajaan buat, rakyat kini sudah pandai menilai.  

Janji dalam Pilihanraya hendaklah ditunai, kuasa yang ada hari ini tidak akan kekal apabila rakyat mula persoal, kenapa barang-barang harganya naik,kenapa subsidi ditarik, apakah itu semua dilakukan oleh kerana kerajaan BN ingin menunai janji pilihanraya. apakah tarik subsidi dan menaikkan harga barang itu adalah sebahagian janji BN, atau satu pembohongan kempen dimusim pilihanraya iaitu janji rakyat didahulukan.

Malanglah kapada rakyat sekiranya apa yang dibantah oleh anak-anak muda didataran merdeka tidak diendahkan oleh kerajaan, anak-anak muda itu mewakili ibu bapa yang terpaksa mengikat perut akibat kenaikan barang-barang sepertimana yang diwar-warkan.

PM Najib!.  Hanya Dato' Seri mampu mendamaikan hati rakyat yang gelisah dan resah akibat ketololan ucapan para menteri, "kalau tol mahal, tak usah lalu lebuhraya', kalau ikan mahal tak payah makan ikan, kalau astro mahal tak payah tengok astro" kenyataan bunyinya cerdik tapi Haji Alwi ADUN Kok Lanas merangkap Ketua Penerangan UMNO Kelantan menyeru dengan berkata "menteri-menteriku, cerdiklah sikit".

Itu bermakna ada dikalangan menteri yang PM Najib lantik terpaksa dinasihat oleh ahli UMNO kerana kurang cerdik agaknya.

No comments: