Saturday, January 4, 2014

Nasib 3 Naib Presiden UMNO.

Naib Presiden UMNO bakal mewarisi kepimpinan Negara selepas PRU14. Itu pun sekiranya rakyat luar bandar masih percaya kepada UMNO dan BN. Walaupun masih jauh tarikhnya akan berlangsung PRU ke14, tapi agen-agen politik sudah pun mula buat perkiraan.

Ramai percaya edah kekuasaan Najib dan Muhyidden akan berakhir bersama buburnya perlimen bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru pada PRU 14, ini sedang hangat diperkatakan kerana sejak munculnya tahun 2014, banyak perkara yang diputuskan oleh kerajaan pimpinan Najib menimbulkan rasa tak senang dikalangan rakyat jelata.

Bukan saja pihak parti pembangkang mengambil kesempatan untuk memanaskan punggung para menteri dalam kerajaan Najib tapi pihak BN termasuk UMNO sendiri telah melahirkan perasaan kecewa secara terbuka diatas tindakan Najib dan beberapa orang menteri MEMBELAKANG KEPENTINGAN RAKYAT DALAM MEMUTUSKAN TINDAKAN KERAJAAN.

Mahu tidak mahu, Najib akan berdepan dengan satu suasana yang tidak menyenangkan apabila ahli-ahli UMNO secara terbuka menentang beliau, apatah lagi yang menentang itu adalah wakil rakyat UMNO yang mewakili ahli UMNO diseluruh negara. Suasana begini tidak pernah berlaku sejak Najib mengambil alih pucuk pimpinan UMNO dan Kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Najib akan menerima nasib yang lebih malang sekiranya lepas daripada ini sayap-sayap UMNO akan sepakat mendesak supaya berlaku transformasi dalam pucuk pimpinan. Genarasi muda dalam UMNO tidak akan menyokong kepentingan individu dalam menentukan nasib dan masa depan rakyat dan negara. Mana-mana yang perlu disingkir akan disingkirkan, sebagaimana komplot dalam UMNO menyingkirkan Tun Abdullah dahulu.

Pada waktu itu Muhyidden pun sudah dikira 'klasik' dan faktor umur dijadikan alasan oleh penyokong penyokong Naib Presiden UMNO untuk menyarakan beliau dari terus duduk dikerusi yang tidak menguntung parti dan rakyat. Sudah menjadi rahsia umum, Muhyidden bukan jenis pemimpin yang suka tolong orang tapi lebih bersifat bersekongkong dengan kroni dan orang yang dipercayai sahaja.

Tahun-tahun seterusnya 2015,2016,2017 akan lebih berani ahli-ahli UMNO bangkit untuk mempastikan Presiden dan Timbalan Presiden patut diturunkan dari takhta yang sekarang ini bermaharajala untuk mengunakan kekayaan negara semaksimum mungkin bagi kepentingan politik peribadi dan kroni.

Nasib UMNO hanya akan beruntung sekiranya PKR dan PAS melalui pemimpinnya akan terus sombong dan angkuh apabila menjelang PRU ke 14 nanti.




No comments: