Monday, January 13, 2014

Kerajaan Kangkong.

Dua tiga hari ini tak ada mood nak tulis blog. Ramai rakyat sengsara jiwa ekoran pengumuman kerajaan berhubung dengan kenaikan barang keperluan.

Pengumuman kangkong harganya muruh bolehlah mengubat sedikit panas kepala yang bengang memikirkan kekesalan memilih BN dalam PRU 13 lalu. Nasi sudah menjadi bubur.

PRU 14 masih jauh. Tapi rakyat dah mula berkira kerana pendapatan BRIM tidak boleh meringankan beban hidup kerana barang serba mahal. Tak ada rasa ringan beban dengan duit BRIM.

Hari ini semua orang bercakap pasal kangkong. Elok kalu sesiapa melahirkan anak  hari ini diberi nama 'Awang Kangkong' bagi lelaki dan 'Mek Kangkong' bagi Perempuan sebagai memperingati sejarah besar negara yang istihar harga kangkong turun.

Begitulah taraf sebuah negara yang dibanga banga oleh BN. Pemimpin Kangkong, Negara kangkong. Yang paling enak kangkong belacan.

No comments: