Friday, January 3, 2014

Siapa berani? kalulah Dato' Harun masih hidup.

Salam Jumaat.
Kecoh tahun 2014 dengan slogan 'TURUN' iaitu himpunan anak-anak muda turun di Dataran Merdeka bagi melahirkan rasa tak puas hati kerana Kerajaan berdolak dalih berhubung dengan kenaikan harga keperluan rakyat jelata.

Ribuan lapuran telah dibuat oleh penyokong Kerajaan dan UMNO kerana dikatakan ada gerakan untuk mengulingkan kerajaan. hasutan yang dilakukan secara terang-terang oleh mereka yang membuat lapuran polis dibiarkan oleh pihak berkuasa dengan membutakan mata dan menulikan telinga.

Menuduh rakyat hendak mengulingkan kerajaan seakan-akan mengugut rakyat bahawa negara dalam keadaan tidak aman, dan boleh menimbulkan rasa gelisah oleh rakyat. Kalau hanya satu orang budak menulis dalam facebook sudah dianggap ada gerakan nak guling kerajaan, itu adalah rumusan yang kurang cerdik.

Tiba tiba ada seorang mufti mengeluarkan kata-kata bahawa 'halal darah' sekiranya menentang kumpulan yang turun didataran merdeka pada malam tahun baru, lagi bercelaru apabila dikaitkan dengan hukum hakam yang mana boleh juga disifatkan seperti menghasut. 

Kita doakan supaya mereka-mereka yang nak bodek kerajaan itu akan dibukakan pintu hati oleh Allah semuga semuanya berbalik ke jalan yang benar dalam mencari kedamaian hidup, Tak payahlah bersusah payah mencari helah semata-mata nak tunjuk hero kepada kerajaan yang sekarang ini dihimpet masaalah.

Kini ada pula satu golongan sedang menghina orang Islam,contoh yang disiarkan dalam facebook ini telah mengambarkan ada manusia yang secara terang-terang menghina Islam,apakah tidak ada satu tindakan bagi membendung perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Begitu juga Kecoh diselangor antara JAIS dengan Gereja, titih baginda tidak diendah oleh pihak gereja kristian, bunyi UMNO Selangor dah beri amaran tapi adakah sengatnya. Sekarang bukan zaman Dato' Harun, mampukah UMNO Selangor mewarisi keberanian Dato' Harun dalam mempertahankan maruah Islam dan Melayu. Kita tengoklah nanti.


No comments: