Thursday, January 16, 2014

Siapa penipu?

Siapa berkuasa di Selangor, PR atau Khalid Ibrahim?


Permainan apa yang dilakunkan oleh Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor apabila Azmi Ali diberhentikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Beliau kata itu hal tak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri. Tapi pihak PKNS jawab keputusan 'memecat' Azmi Ali telah diputuskan dalam mesyuarat Exco.

Apakah dalam hal ini, Khalid Ibrahim sudah pandai bercakap 'bohong' atau pihak PKNS sedang 'menipu' rakyat. Isu sekarang rakyat mahu tahu, siapa yang bercakap bohong dan siapa yang  menipu diantara Azmi Ali dan Khalid Ibrahim dalam perang di PKNS.

Yang malangnya, Azmi Ali sebagai Timbalan Presiden Keadilan seperti tak boleh bersuara menegur kerajaan PR di Selangor, apakah Azmin Ali tidak dilayan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai Timbalan Presiden. Kalu inilah caranya bererti PKR tidak ada nilai dinegeri yang diterajui oleh Parti Keadilan.

Bagaimana agaknya apabila PR memerintah Malaysia, apakah suara Timbalan Presiden Parti Keadilan tidak ada nilai seperti apa yang berlaku diantara Kerajaan Selangor dengan Azmi Ali sekarang. Lebih parah lagi sekiranya unsur-unsur tidak menghormati kepada pemimpin parti yang berkuasa di Selangor akan berterusan.

Jasteru itu adalah disarankan, Ketua UMUM Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim mesti bersuara untuk mengelakkan tomohan yang lebih parah yang akan mengugat sokongan rakyat kepada PR. Usaha PAS dan DAP untuk bersama PKR akan jadi sia sia apabila PKR hancur di Selangor.

Jangan biarkan kerakusan manusia yang gilakan kuasa mengatasi kemahuan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang bersih, amanah dan pemimpin tidak mementingkan diri sendiri. Nampaknya tak ada sesiapa dah yang boleh diharap dalam PKR kecuali Dato' Seri Anwar Ibrahim tampil dengan ketegasan.

Jangan biarkan orang muda yang meminati PKR dan PR tergelincir sokongan pada PRU14 nanti akibat ketololan yang berlaku dalam Kerajaan Negeri Selangor, yang mana kenyataan Menteri Besar dinafikan oleh agensi yang beliau jadi Pengerusinya. Rakyat disamping mahu tahu siapa benar diantara Azmi Ali dengan Khalid Ibrahim juga sedang memerhati, siapa sebenarnya sedang menipu rakyat.

Ditengah-tengah rakyat tidak senang dengan galagat Kerajaan BN, yang bikin tidak serupa cakap (janji) adalah terlalu amat malang apabila Azmi Ali dan Khalid Ibrahim masih tidak ada jalan perdamaian. Apakah Azmi dan Khalid tidak dapat merasai bahawa 'Damai itu Nikmat'.


No comments: