Wednesday, April 15, 2009

Saya suka hati.

Hati saya hari ini terasa sedikit puas apabila baca surat kabar Utusan Malaysia yang memamparkan berita bertajuk "Bersatulah Melayu" dan Biro Pengaduan Awam BPA turun padang, kerana inilah yang selalu saya tulis untuk menyampaikan hasrat rakyat melalui apa yang saya dengar.

Bersatulah Melayu telah saya kisahkan kelmarin dengan menyediakan senikata lagu wairsan untuk dinyanyikan bagi memberi penghayatan kepada kita betapa akan hancur dan hilangnya kuasa kita dan tanah air kita sekiranya kita orang-orang melayu asyik berpecah belah terutamanya pemimpin melayu yang penting agenda politik tapi membelakangan kesejahteraan rakyat.

Kita kena terima hakikat bahawa 3 parti politik yang dipimpin oleh orang melayu yang mana mereka itu harus memikirkan untuk menentukan kuasa melayu tidak terhakis, orang melayu boleh hidup dengan aman dan damai, orang melayu boleh hidup senang dan sehajtera, orang melayu tidak akan menjadi bangsa yang meminta dibumi sendiri.

Dalam erti katanya, sekiranya kuasa melayu terhakis, sekiranya bangsa melayu sudah tidak dihormati lagi, mereka bertiga itulah yang bertanggongjawab sekarang ini, Dato' Najib, Anuar Ibrahim dan Haji Hadi kerana dalam keadaan bangsa lain telah secara terbuka menuntut hak sama rata dan sesekali semacam ada ugutan pemimpin melayu masih lagi membuka pekong didada, masih lagi mengata dan mencaci serta menghina sesama mereka.

Cepatlah wahai pemimpin bangsa ku, bangkit dan bersatu.


Perkara yang kedua yang paling menyukakan hati saya ialah dengan pengumuman oleh Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri berhubungan dengan peranan oleh Biro Pengaduan Awam BPA yang akan digerakkan supaya turun padang di segenap daerah bagi mempastikan masaalah rakyat dapat diselesaikan secepat mungkin, Tahniah.

Mengikut lapuran, bahawa pegawai-pegawai Biro Pengaduan Awam BPA bukan saja akan mendengar masaalah rakyat bahkan akan menyelesaikannya dengan kadar yang segera, bukan saja mendengar masaalah tapi juga melihat projek-projek yang ada kaitan dengan kegunaan rakyat supaya tidak terbengkalai dan siap pada waktu yang ditetapkan dan dapat digunakan oleh rakyat dengan sempurna.

Kita mengalu-alukan langkah bijak BPA itu, dengan kesungguhan itu maka terlaksanalah apa yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia bahawa Kerajaan hari ini adalah Kerajaan rakyat, maka dengan besar hati kita berharap semuga tidak akan menjadi "Cakap lain buat lain", dengan harapan masaalah rakyat dapat diselesaikan dengan segera.

Sekiranya lepas daripada ini ada lagi sunggutan rakyat yang tidak diselesaikan, maka menteri yang bertanggongjawab ataupun timbalan menteri itu hendaklah dihadapkan kepada KPI Petunjuk Prestasi Utama. Kerana sekiranya masaalah rakyat tidak dapat diselesaikan maka rakyat akan selesaikan kerajaan dalam pilihanraya yang ke 13 nanti.

No comments: