Tuesday, April 7, 2009

RTM Bodoh.

Wisel penamat hampir tiba, pengundi di tiga kawasan pilihanraya kecil akan buat keputusan hari ini, hari yang akan menentukan siapa yang akan dipilih sebagai wakil rakyat, dari parti mana dan akan memikul tugas dan tanggongjawab serta amanah.

Dato' Najib boleh tersenyum lebar sekiranya BN menang di ketiga-tiga kerusi itu, tersenyum kerana rakyat boleh terima plan pembaharuan politik dan kerajaan setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 6 dan akan lebih bersemangat lagi untuk turun kebawah memujuk dan memenangi hati rakyat supaya bersama-sama beliau membangunkan negara dan memperkasakan ekonomi rakyat.

Kerajaan rakyat yang dicipta oleh Dato' Najib akan berterusan diterima oleh rakyat sekiranya jentera parti dan kerajaan tidak mengamalkan rasuah dan pecah amanah, kerana inilah penyakit yang terdapat hari ini.

Anwar Ibrahim pula akan berlapang dada sekiranya DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang terus dikuasai oleh Pakatan Rakyat, beliau akan terus mengasak supaya kerajaan yang dipimpin oleh BN akan tumbang dalam masa terdekat, beliau adalah seorang pejuang, kalah tidak melemahkan semangat juangnya dan gagal bukanlah bererti kalah.

Keputusan pilihanraya hari ini juga akan ada kaitan dengan perlantikan jemaah menteri dan pentadbiran parti serta kerajaan, sekiranya kemenangan berpihak kepada parti pembangkang, Dato' Najib kena "check" parti mana yang tidak kerja secara ikhlas dalam proses kempen itu dan hendaklah dilakukan sesuatu supaya ianya tidak merebak kepada pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

Hanya dalam kempen BN melalui RTM, TV Kerajaan diakhir-akhir ini sangat memuakkan dan tidak bermoral apabila sedutan sedutan ucapan Anwar Ibrahim semasa dalam Kerajaan dan UMNO disiar secara bertubi-tubi sedangkan sekarang ini Anwar sudah meninggalkan Kerajaan dan UMNO dan kenapa ucapan Tun Mahathir yang puji Anwar semasa Anwar hendak menyertai UMNO dulu tidak disiarkan, dan siarkan ucapan Dato' Najib sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang memuji Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kalau disiarkan agaknya PKR akan menang mudah dalam pilihanraya kecil hari ini.

Saya kira RTM tidak bertamaddun, Pegawai yang melakukan slot ini, otaknya beku, kerana propaganda begitu boleh menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan RTM dan perkara sebegini hendaklah dielakkan supaya seluruh rakyat percaya kepada RTM yang menjadi saluran berguna untuk negara Malaysia. Kenapa RTM melakukan projek yang bodoh ini. Saya kira ramai rakyat yang benci kepada RTM daripada yang suka cara RTM berkempen itu.

Kalau BN kalah dalam pilihanraya kecil ini lagi malu, Kementerian Penerangan dan RTM juga perlu disusun semula, biar sesuai dengan kehendak zaman. Dan satu lagi kebodohan RTM ialah berhubung dengan berita orang Cina baca ayat Quran, untuk dapat penjelasan lebih lanjut sila baca Blog Sayuti Omar dengan tajuk, Salahkah orang kafir baca Quran?.


No comments: