Monday, April 6, 2009

Keputusan Pilihanraya esok, bukan ujian pada Dato' Najib.

Esok (7hb. April, 2009) adalah hari mengundi bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, DUN Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Serawak. Ini adalah pilihanraya kecil diera Dato' Najib jadi Perdana Menteri Malaysia.

Ada pendapat mengatakan pilihanraya ini sebagai ujian kepada BN yang baru mendapat Perdana Menteri baru, sekiranya BN kalah di ketiga-tiga pilihanraya kecil ini, maka nasib BN dimasa akan datang tidak selamat. Pilihanraya yang ke 13 nanti tidak akan berpihak kepada BN untuk membentuk kerajaan, kemungkinan besar rakyat akan tolak parti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PBB, PBS dan lain-lain kompenan BN kerana rakyat ingin merasa kerajaan baru dibawah parti PKR, PAS dan DAP.

Sekira inilah terjadi bermakna Dato' Najib adalah Perdana Menteri yang malang, kerana kerajaan dibawah kepimpinannya tidak tahan lama dan parti UMNO dibawah terajunya juga tidak dapat mempertahankan rekod sebagai sebuah parti yang tertua didunia menjadi kerajaan. Maka bersorak ria lah orang yang tak suka kepada Dato' Najib. sama ada diluar parti ataupun didalam parti.

Dan tentunya Dato' Najib tidak akan membiarkan, parti dibawah kepimpinannya akan hanyut, Beliau tidak akan membiarkan rakyat menolak kerajaan BN yang telah banyak berjasa kepada rakyat, Beliau tidak akan leka untuk memperkasakan parti yang telah melalui jalan sukar selepas pilihanraya umum yang ke 12 dulu.

Dato' Najib tentunya sudah atur gerak kerja, bagaimana untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN, bagaimana hendak memberi keyakinan kepada rakyat bahawa hanya kerajaan BN yang mampu memulihkan ekonomi untuk kesehajteraan rakyat, mampu meletakkan suasana negara dalam keadaan stabil, makmur dan aman damai, Dato' Najib tahu bagaimana untuk memulakan langkah, beliau sangat arif untuk memahami jiwa dan perasaan rakyat, beliau mampu melaksanakannya.

Tinggal lagi adakah beliau mahu melaksanakan kehendak rakyat terbanyak, beliau terpaksa mengenepikan para sahabat dan penyokong yang dilihat tidak bersih yang tentunya rakyat akan muak sekiranya masih terdapat orang yang tidak bersih dilantik mentadbir parti dan kerajaan, perasuah dan pemecah amanah. Dan inilah yang rakyat akan perhatikan, perlantikan jemaah menteri nanti, orang-orang yang macam mana?,

Ukuran sebenar yang rakyat nanti-nanti bukanlah keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau atau di Batang Ai, keputusan itu tidak meletakkan kerajaan hari ini dibawah kepimpinan Dato' Najib akan tumbang sekiranya BN kalah di ketiga-tiga kawasan tersebut. Yang rakyat nak tunggu, apakah bentuk penyusunan semula pentadbiran parti dan kerajaan betul betul bersih dan beramanah.

Pentadbiran kerajaan, selain menteri dilantik dikalangan orang yang bersih, amanah dan tidak rasuah, pegawai kerajaan juga hendaklah dilantik mereka yang amanah dan bertanggongjawab dan ini hendaklah bermula dari Ketua Setiausaha Negara, orang yang memastikan perlantikan Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian kementerian dan pegawai pegawai atasan hendaklah tidak dilantik terdiri daripada kroni-kroni, perlantikan hendaklah dibuah mengikut kepada kelayakan dan prestasi.

Begitu juga dengan pentadbiran parti, penyusunan semula bermula dari Ibu Pejabat UMNO Malaysia seterusnya kepada peringkat Perhubungan Negeri dan Bahagian-Bahagian hendaklah dikemas kini, ertinya daripada Setiausaha Agong dan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri.

Dua manusia yang akan menerajui parti dan kerajaan hendaklah dilantik orang baru sebagai jentera pengerak bagi memperkukuhkan kerajaan dan parti iaitu Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Agong UMNO kerana ianya adalah nadi kepada pentadbiran, pincang disini pincanglah parti dan tumbanglah kerajaan.

Perlu diingat, dua kelompok ini yang akan menentukan kestabilan kerajaan dan negara. Rakyat yang menyokong dan menyertai parti UMNO dan Kakitangan kerajaan yang menyokong menteri dan pegawai-pegawai atasan mereka. sekiranya dua kelompok ini tidak dapat diuruskan dengan berkesan dibimbangi angin perubahan akan berlaku dan apabila rakyat memutuskan untuk menukarkan kerajaan maka diwaktu itu pitih mas tidak berharga lagi.

No comments: